Perkongsian Shaheizy Sam, 36, menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya mencetus kebimbangan ramai apabila dia dimasukkan ke dalam wad zon merah.
Menurut Shaheizy atau lebih mesra di disapa Sam, dia mengalami ‘hypoventilation’ ketika menjalani penggambaran.
“Saya kena sama macam shoot Polis Evo 2 dulu, hypoventilation.
“Basically, oksigen kurang dalam badan, dada jadi sempit,” katanya.
Jelasnya, keadaan tersebut tidak begitu serius dan dia diberi ‘green light’ untuk meneruskan penggambaran selepas tempoh sejam.
“After ambil drip sejam, terus sambung shoot, takda la serious. Dia akan sentiasa datang dan pergi.
“Terima kasih atas ucapan dan doa semua,” katanya kepada Gempak.
Sekadar info, Sam pernah mengalami sesak nafas dan kebas separuh badan sehari sebelum kembali ke lokasi penggambaran Polis Evo 2.
Menurut Sam, kejadian itu menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan.
Untuk rekod, Hypoventilation berlaku apabila pernafasan yang terlalu singkat atau terlalu lambat untuk memenuhi keperluan badan.
Jika seseorang hypoventilates, tahap karbon dioksida badan akan meningkat, sekali gus menyebabkan pertambahan asid dan terlalu sedikit oksigen dalam darah.
Sumber: IG Shaheizy Sam Via Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Leave a Reply