“Tidur Dengan Mat Salleh Sampai Gugvrkan Kandvngan” Perbuatan Lana Akhirnya Kant0i!

1. Berikutan daripada itu juga, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan perbuatan Zarul yang sanggup menceraikan isterinya demi kakak kembar Ellani iaitu Ellana (Chacha Maembong).

Namun begitu, siapa sangka kebahagiaan yang diidamkan oleh Ellana untuk mendapatkan Zarul terhenti di episod ke-32 sahaja. Ini kerana, adik kepada Zarul iaitu Amirul (Farhan Asri) berjaya membongkar perbuatan jijik Lana semasa berada di luar negara.

Dalam episod ke 32 semalam, Zarul telah membawa Lana pulang ke rumah keluarganya. Sebaik sahaja tiba di rumah, ibu Zarul menghalang Lana untuk menjejakkan kaki ke rumahnya lagi.

Ujar ibu Zarul, Lana tidak sesuai dan tidak layak berada di rumah tersebut. Zarul turut memarahi ibunya kerana bercakap sedemikian terhadap Lana. Pergaduhan di antara anak beranak itu membawa ke pengakhiran apabila ibu Zarul jatuh di tangga.

Semasa berada di hospital, Zarul meminta Lana untuk pulang ke rumah dengan kadar segera. Ini kerana, ayah dan adiknya bakal tiba di hospital tidak lama lagi. Tetapi, Amirul telah sampai di hospital terlebih dahulu dan berjaya melihat lakonan Lana untuk memujuk abangnya supaya segera berkahwin.

Tanpa membuang masa, Amirul mula menunjukkan kesemua bukti mengenai perbuatan jijik Lana ketika berada di luar negara. Menurut Amirul, Lana ‘dibela’ oleh seorang lelaki mat salleh dan mereka sudah terlanjur banyak kali. Bukan itu sahaja, Lana turut menggugurkan kandungannya banyak kali.

Terkejut melihat kesemua bukti yang berjaya dikumpul oleh Amirul, Zarul bertindak mencekik Lana di depan hospital. Kesedihan Zarul tidak berakhir di situ apabila ibunya pula disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Dalam episod semalam, penonton dapat melihat wajah Zarul yang menyesal dengan perbuatannya terhadap Lani. Zarul meminta kebenaran daripada ayahnya untuk tinggal bersama Lani dan Mak Ngah demi menjaga anak-anak mereka.

Jelas Zarul, dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada anaknya selepas ini. Lana turut menetap di rumah yang sama dan masih berniat jahat untuk mendapatkan Zarul. Mak Ngah (Jasmin Hamid) yang sudah insaf turut memberi nasihat kepada Lana agar tidak menganggu Zarul selepas ini.

Adakah Lana akan mendengar nasihat Mak Ngah? Kita tunggu episod seterusnya minggu hadapan!

Komen dari netizen

“Lg puas ati akn dtg Lani reject Zarul.. sbb dia hina Lani mcm2.. siap pukuI & rogoI Lani sblm cerai.

“Awl sgt nk kantoi, patut lepas kawin baru kantoi, baru padan muka

“puas hati. pdn muka.. jah4t lana ni.. episod sebelum ni sampai aku nangis2 min. hahahahahahahahaha.. tgh buat keja boleh nangis.. ishhh laaa cerita ni

“Masalahnye lepas mama zarul meninggal kenapa lani boleh tenang je dengan zarul? Siap tanya kenapa tak minum air . Yg zarul pulak bahasakan abg sebelum ni kemain ko aku…. Eh emo betul

Sumber : 0hbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*