
Konflik rumah tangga antara bekas pemain bola sepak Selangor dan Indonesia, Bambang Pamungkas dengan isterinya, Amalia Fujiawati menjadi perbualan hangat netizen apabila bekas atlet berkenaan berasa ragu mengenai status anak kandungnya.
Ceraikan isteri masa hamil anak kedua
Lapor Pop Grid, pasangan tersebut dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga pada 2018 sebelum hubungan mereka mula retak. Walau bagaimanapun, Bambang dan Amalia membuat keputusan untuk berpisah secara baik ketika bekas isterinya itu hamil anak kedua.
Perpisahan mereka membuatkan bekas isterinya berasa geram kerana Bambang mungkir janji dan tidak bertanggungjawab terhadap anaknya. Selain itu, dia juga pernah berjanji untuk memberi nafkah bulanan, berjumpa sebulan sekali dan membuat panggilan video dua kali seminggu kepada anaknya
Namun, wujudnya dakwaan yang mengatakan anak keduanya itu bukanlah darah daging bekas pemain bola sepak berkenaan membuatkan Amalia nekad untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan bahawa anak itu adalah anak kandung mereka berdua.
Nafi status anak kandung sendiri
Hasil ujian DNA mendapati bahawa anak tersebut merupakan anak kepada Bambang, namun bekas atlet terbabit terus menafikan status anak kandungnya itu.
Saya harap Bambang menamatkan drama ini. Hati Bambang sebenarnya tahu yang anak-anak itu adalah anak kandungnya.
Dalam pada itu, pihak mahkamah memutuskan bahawa status anak mereka gagal dibuktikan kerana mereka telah berkahwin secara rahsia tanpa wali dan dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.
Anak tersebut tak terbukti anak dari kedua belah pihak. Maka tuntutan hak asasi anak dan mata pencarian anak ditolak oleh panel hakim.
Sumber : Suara.com, Pop Grid
Leave a Reply