Afieq bakar surat diberikan oleh bekas kekasih kerana enggan mengenang kisah cinta lama. Enggan lagi mengenang kisah cinta lama, penyanyi Afieq Shazwan nekad membakar surat kenangan yang pernah diberikan oleh bekas teman wanitanya. Babak Afieq membakar surat cinta itu ditunjukkan dalam video muzik (MV) lagu nyanyian semula Layu Dihujung Mekar yang dimuat naik di YouTube sejak 26 November lalu.
“Ya saya ada bakar surat dalam MV tersebut. Itu memang betul-betul surat yang diberikan oleh bekas teman wanita saya. Surat itu dah bertahun saya simpan tapi dah tak ada guna untuk disimpan lagi… semua janji yang ditulis dalam surat itu telah dimungkiri. Saya tak mahu lagi kenang benda lama… biarlah benda lepas berlalu. Siapa wanita itu? Biarlah hanya saya yang tahu!” katanya.
Lagu Layu Di Hujung Mekar versi Afieq itu dimuat naik di saluran YouTube FMC Music dan menjadi trending nombor satu di laman tersebut. Untuk rekod, lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan Rio dan popular pada awal tahun 2000.
Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah!
“Mulanya saya menyanyi sekadar suka-suka sahaja tapi tak sangka ramai peminat minta saya menyanyi lagu ini semula. Selepas berbincang dengan syarikat rakaman terhasil la nyanyian semula lagu itu. Alhamdulillah peminat dan pendengar menyukai lagu nyanyian semula saya itu dan mereka tinggalkan komen positif. Itu sudah cukup menggembirakan saya,” ujarnya.
Menyentuh mengenai sisi peribadi dan kerjaya, penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dia masih belum mempunyai kekasih dan lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya seni.
“Sekarang saya single. Hubungan dengan Wani Kayrie pun hanya sekadar kawan. Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah. Lagi pula tahun ini saya agak sibuk dengan kerjaya. Fokus saya selepas ini nak seimbangkan kerja sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Alhamdulillah banyak tawaran yang diterima… memang tak jangka karier saya berkembang sangat baik tahun ini. Ini semua rezeki yang Allah bagi, saya bersyukur sangat!” katanya. Sumber : Mstar
Afieq Syazwan Dedah Pernah Ajak Wanita Lebih Berusia Berkahwin Tapi Ini Yang Terjadi. Sekali Afieq Tampil Jelaskan Sesuatu.
Sudah menjadi impian setiap individu di muka bumi ini untuk menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumah tangga. Ada yang membuat keputusan untuk berkeluarga pada usia muda dan ada juga yang menunggu apabila tepat pada waktunya.Bagi penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, perkahwinan merupakan satu hal yang sentiasa ada dalam perancangan hidupnya. Afieq atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, perancangan untuk mendirikan rumah tangga sudah mula difikirkan ketika usianya masih muda remaja.
“Sejak usia saya 21 sehingga sekarang iaitu 24 tahun, saya sentiasa mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Sehinggakan, kalau nak kahwin sekarang pun saya okay. Cuma, saya mendengar nasihat beberapa orang kawan yang sudah berkahwin supaya sabar dahulu.“Bagi saya, nasihat mereka itu bersebab. Mungkin mereka sudah lalui apa yang belum atau tidak saya lalui. Kalau saya berada di tempat mereka, atau saya berada di tempat saya sekarang, saya tidak mahu kalau melihat seseorang yang berbakat dibiarkan macam itu sahaja.“Saya macam tu, sebab dulu saya tahu hidup saya macam mana. Jadi, kalau saya kelihatan macam tu, pandangan orang lain terhadap saya mungkin begitu juga. Sebab tu bila ada orang nasihat, saya pegang betul-betul. Kenapa? Mesti ada sebab. Perancangan ada, semua dah ready. Saya dah bersedia sebagai seorang lelaki untuk menjadi suami,” katanya kepada Gempak. Afieq ditemui secara virtual menerusi sidang media maya drama bersiri terbaharu lakonannya, Diari Seorang Suami baru-baru ini.
Dalam pada itu, Afieq turut berkongsi yang dia pernah mengajak seorang wanita yang lebih berusia daripadanya untuk mendirikan rumah tangga. Namun, ajakannya dibalas dengan penolakan.“Pernah ajak seorang wanita berusia 28 tahun untuk mendirikan rumah tangga, tetapi ditolak. Katanya, dia menolak ajakan saya kerana masih belum bersedia. Tetapi, saya okay sahaja dengan penolakan tersebut.“Sejujurnya, saya tidaklah patah hati sebab masing-masing mahu mencari hidup sendiri. Soal rezeki dan jodoh bukan kerja kita tetapi kerja Tuhan,” katanya. Untuk rekod, Afieq dikatakan rapat dengan penyanyi dan pelakon muda, Wani Kayrie. Namun, masing-masing menganggap hubungan itu tidak lebih sekadar teman tapi mesra. Sumber : Gempak
Baru Dua Hari Drama Ditayangkan. Tak Pasal Pasal Afieq Shazwan Dikritik Warganet Disebabkan Ini. Sekali Ini Respon Beliau.
Baru dua hari drama ditayangkan, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 24, dikritik warganet gara-gara watak yang dibawakan dalam satu drama terbaharu yang disiarkan di slot Lestary TV3 dua hari lalu.
Dalam drama bersiri Diari Seorang Suami, Afieq membawa watak sebagai Hairi berlakon disamping aktres Yuna Rahim yang membawa watak Nisa iaitu isteri Hairi.
Memetik Xtra, ini merupakan kali pertama Afieq membawakan watak seorang suami yang diakui agak berat oleh tuan badan sendiri.
“Mereka komen dari segi luaran sahaja. Mereka kena fahamkan apa yang disampaikan melalui drama ini,” katanya.
Afieq juga tidak kisah dengan komen-komen neg4tif kerana baginya, dia mendalami watak kehidupan seorang suami seperti apa yang orang lalui di dunia realiti.
Malah, Afieq juga berpuas hati dengan penyampaiannya di dalam drama ini.
“Apa yang istimewanya dalam drama ini bagi saya adalah perubahan watak Hairi. Bermula dengan kehidupan remaja sehinggalah menjadi dewasa dan bergelar suami dimana ia mengubah watak Hairi menjadi matang,” kata Afieq ketika dihubungi Xtra.
Walaupun tidak pernah melalui pengalaman berumah tangga, Afieq mempunyai kawan-kawan seusia dengannya yang sudah mendirikan rumah tangga sebagai rujukan.
Pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakannya menjadi pendorong bagi Afieq menjayakan watak sebagai suami dengan sebaik mungkin.
Menurut Afieq, dia sejujurnya sangat risau kerana dia membawa watak yang sangat berat dan pengendalian drama ini juga sangat berat.
Tetapi Afieq yakin dia sentiasa melakukan sehabis baik untuk drama ini.
“Tidak hairan jika watak Hairi kelihatan muda kerana sekarang ramai yang berkahwin pada usia muda dan kadang-kadang masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri berkait dengan apa yang dihadapi oleh watak Hairi dan Nisa,” katanya.
Apa yang diharapkan oleh Afieq bagi drama ini adalah penonton dapat ikuti dan fahami apa yang disampaikan dari awal sehingga habis serta merasakan keserasiannya bersama Yuna.
Drama slot Lestary yang bersiaran selama 13 episod dan ditayangkan mulai 12 November setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3 turut dibintangi oleh Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham dan ramai lagi. Sumber: Motif Viral.
ama Digugurkan Dan Digantikan Dengan Pelakon Lain Tanpa Pengetahuan. Amerul Affendi Kesal Dengan Sikap Produksi.
Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa kesal terhadap produksi tempatan yang telah menggugurkan namanya disebabkan perubahan syarat yang terlalu banyak dalam kontrak.Dedah Amerul, selain ditertawakan oleh pengurus produksi terbabit, dia turut digugurkan dan diganti dengan pelakon lain.
“Bila kau ditertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term yang nak diubah dalam kontrak.
“Dan kemudian tahu-tahu dah ditukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau. Tengoklah tahap professionalnya industri ni..”Nasib baik dah jadikan lakonan ni hobi sahaja,” ciapnya.
Amerul dalam masa sama turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama wakil produksi terbabit yang memaklumkan kontraknya masih diproses ekoran terlalu banyak syarat.
Turut disertakan emoji ketawa.Dalam perbualan sama, Amerul menjelaskan dia perlu meneliti kontrak terbabit supaya tidak timbul sebarang isu pada masa akan datang.Berdepan situasi kurang menyenangkan itu, dedah Amerul dia pernah diperli produksi sama sebelum ini sebagai pelakon yang demand.
“Dan ini kali ketiga berurusan dengan pengurus produksi ni… Ingat lagi bagaimana dia menganjing waktu di lokasi kata ‘wah bukan main ko ye sekarang demand betul’ sambil kawan-kawan dia ketawa terkekek-kekek.
“Lepas pada projek tu tahu-tahu nama dah dijaja ke merata tempat kata demand melampau.”Demand-kah kalau menuntut hak yang sepatutnya.. demand-kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak?” tambahnya.
Keluh Amerul lagi, biarpun industri tempang disebabkan wabak COVID-19, sikap dan pemikiran sama masih dibawa oleh penggiat industri hingga kini. “Ingatkan bila dah terduduk dek kerana pandemik dulu akan berubahlah pemikiran dan perangai bila sudah boleh bekerja kembali.
“Rupanya masih sama.. berbuih mulut penggiat-penggiat industri bermuzakarah itu ini di serata platform media sosial untuk menjadikan industri ini kembali sihat selepas pandemik.”Tapi kenyataannya masih sama dengan modus operandi yang sama.
Sampai bila mahu begini?” luah Amerul lagi.Sebelum ini, Amerul yang aktif menjalankan perniagaan ikan patin sangkar pernah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pilih kasih produksi tempatan yang hanya mengambil pelakon yang punyai jumlah pengikut 500,000 di media sosial. Sumber: Twitter@Amerul_Affendi/Gempak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply