Didakwa Berat Sebelah & Amal Double Standard Selepas Iring Konvoi Kelab Mustang, Ini Reaksi Padu JPJ Perlis

Hujung minggu lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai konvoi kelab Ford Mustang Malaysia ke Perlis.

Ia mula menjadi perbualan selepas beberapa netizen mempersoalkan kondisi kebanyakan kereta yang menyertai konvoi berkenaan yang dilihat mengenakan modifikasi yang keterlaluan.

Isu tersebut lebih menjadi panas apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut dilihat mengiringi konvoi seolah menutup mata dengan ‘kesalahan’ yang dilakukan peserta konvoi.

Ini kerana ramai berpendapat, mereka secara terang-terangan dikesan sudah melakukan kesalahan iaitu penggunaan tinted kereta yang begitu gelap dan tidak mengikuti spesifikasi yang dikeluarkan jabatan tersebut.

Situasi tersebut membuatkan orang ramai mula merasakan JPJ telah bersikap ‘double standard’ dan pilih kasih walhal mereka sebelum ini begitu tegas dalam isu modifikasi kenderaan dan isu tinted.

Hanya untuk memastikan kelancaran trafik

Enggan isu tersebut disalah ertikan, Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah kemudiannya tampil menjelaskan bahawa kehadiran mereka di sana bukanlah sebagai escort sebaliknya hanya untuk memastikan kelancaran aliran trafik.

Ianya selepas pihak penganjur meminta bantuan JPJ untuk memastikan tiada sebarang kesesakan jalan raya yang boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain.

“Semasa kembara itu memasuki Perlis, JPJ bertindak memecahkan konvoi kepada beberapa kumpulan kecil terdiri daripada 10 hingga 12 buah kenderaan.

“Setiap kumpulan kecil itu bergerak dengan dipandu arah oleh kenderaan JPJ sebagai ‘lead car’ ke destinasi dituju bagi memastikan mereka tidak tersasar dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

“Pergerakan kembara tersebut tidak menggunakan laluan sesak dan pemilihan jalan raya yang lebih jauh serta tidak sibuk dengan kenderaan lain dipilih bagi memastikan keselesaan kepada pengguna lain,” katanya dipetik dari Kosmo.

Selain itu kehadiran mereka disana juga supaya peserta konvoi patuh kepada peraturan jalan raya seperti pengguna lain termasuk berhenti ketika lampu merah serta bergerak hanya pada kelajuan 60 kilometer sejam.

Sudah lakukan advokasi pada peserta

Tambah Fatimah lagi, pihaknya juga sudah melakukan advokasi atau pemeriksaan rambang kepada peserta mengenai kesalahan-kesalahan lain seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, penggunaan cermin gelap serta lain-lain pengubahsuaian.

Namun isu hangat seperti penggunaan cermin gelap tidak dapat dipersoalkan kerana sesetengah pemilik sememangnya mempunyai kelulusan untuknya.

“Semua maklumat peserta kembara itu telah diambil pihak JPJ semasa program advokasi diadakan dan pemeriksaan rambang mendapati ada dalam kalangan peserta mendapat kelulusan menggunakan cermin gelap”
Sebagai info, penggunaan cermin gelap sepenuhnya ke atas sesebuah kenderaan dibenarkan atas beberapa faktor seperti keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

kredit: https://www.buzzkini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*