Hari ini nasib Najib akan di tentukan, anak Najib tampil luah sesuatu

ekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bersalah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan pada Rabu.

Dalam kemas kini di laman sosialnya malam ini, Najib turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama penyokongnya mengadakan solat jemaah kerana beliau menjadi kontak kasual kepada pesakit Covid-19.

“Maaf tidak dapat solat berjemaah bersama malam ini. Bacaan Yasin dan doa kita buat secara maya sahaja malam ini, atas sebab status kontak dengan pesakit positif Covid-19.

“Saya menerima banyak mesej, dapat panggilan dan ada baca banyak posting dan komen-komen di Facebook yang memberikan kata-kata sokongan dan doa juga. (Saya) amat menghargai setiap satunya.

“Saya sedia menghadapi aturan dan ujian ALLAH SWT dengan tenang dan redha. Semoga ALLAH SWT berikan kekuatan kepada hamba-Nya dan permudahkan segalanya,” tulisnya.

Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

Media melaporkan peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan anaknya Muhammad Farhan, yang juga seorang peguam dalam pasukan Najib, telah diuji positif Covid-19.

LANGSUNG | Rayuan SRC: Najib, Shafee muncul melalui aplikasi Zoom

Mahkamah Rayuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan bekas perdana menteri Najib Razak hari ini bagi membatalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn bhd.

Malaysiakini melaporkan prosiding tersebut secara langsung.

9.35 pagi – Istana Kehakiman: Panel hakim Mahkamah Rayuan sampaikan keputusan.

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Abdul Karim Abdul Jalil mula menyampaikan keputusan berhubung rayuan Najib bagi membatalkan sabitan bersalah dalam kes SRC.

9.32 pagi – Istana Kehakiman: Shafee perkenalkan pihak pembelaan dan pendakwaan.

Peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah mula memperkenalkan pihak-pihak dari pasukan pembelaan dan pendakwaan dalam kes rayuan SRC yang difailkan anak guamnya, Najib Razak.

9.29 pagi- Istana Kehakiman: Hakim memasuki Mahkamah Rayuan

Tiga hakim yang dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil memasuki Mahkamah Rayuan untuk menyampaikan keputusan mereka berhubung rayuan Najib Razak untuk membatalkan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

Tiada penyokong Najib hadir prosiding secara hibrid

Tidak seperti kebiasaan apabila membabitkan keputusan kes berprofil tinggi, perkarangan istana Kehakiman hari ini yang akan memutuskan rayuan Datuk Seri Najib Razak hanya dipenuhi media tempatan dan asing.

Walaupun tiada penyokong yang hadir memberikan sokongan, perkarangan mahkamah pada kedua belah pintu masuk tetap dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan polis bantuan mahkamah.

Hampir 100 wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing dibenarkan mengikuti prosiding yang dijalankan secara hibrid.

Pasukan pendakwaan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan akan menghadiri prosiding secara fizikal manakala Najib dan pasukan peguamnya menyertai prosiding melalui aplikasi Zoom daripada rumah masing-masing.

Prosiding permohonan Najib masukkan bukti baharu dijalankan secara hibrid

Ia berikutan mereka tidak dibenarkan berada di mahkamah kerana status MySejahtera bertukar kuning berikutan salah seorang peguam disahkan positif COVID-19.

Selepas tujuh bulan mendengar rayuan Najib yang mengemukakan 307 alasan kenapa dirinya tidak patut didapati bersalah terhadap kesemua tujuh tuduhan, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera akan memberikan keputusan mereka yang dijadualkan pada jam 9 pagi.

Najib merayu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.

SRC ialah subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga tuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Doakan Daddy diberi kekuatan, keadilan – Anak Najib

Menjelang keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bekas perdana menteri Najib Razak, anak perempuannya Nooryana Najwa berkongsi hantaran media sosial meminta agar orang ramai mendoakan agar ayahnya itu diberi kekuatan dan keadilan.

“Sebagai hamba Allah SWT kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik.

“Berdepan dengan berbagai ujian tetapi kekal tenang, percaya dan yakin dengan kebenaran. Kebenaran di dunia dan di akhirat.

“Doakan agar Daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini, dan semoga keputusan esok memberikan keadilan kepadanya,” katanya dalam hantaran di Instagram petang tadi.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya dijangka menyampaikan keputusan esok sama ada rayuan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman berhubung kes SRC International bernilai RM42 juta dibenarkan atau tidak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*