Rihanna Petra Luah Rasa Kepayahan Besarkan Leon Seorang Diri

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Petra atau nama sebenar beliau, Oksana Andreevna Voevedina ada berkongsikan kisah susah payah hidupnya menerusi beberapa hantara di Instagram pada beberapa hari lalu.

Jelas Rihana,29 yang kini berhijrah ke London, berkongsi serba sedikit perjalanan hidup dirinya yang sering berpindah-randah sewaktu berusia 17 tahun hinggal kini menetap di kota raya tersebut bersama anak lelakinya.“Saya mula berpindah ke Moscow pada usia 17 tahun, ketika saya masuk ke universiti. Kemudian pada 24 tahun saya pindah ke Malaysia. Sekarang selepas 5 tahun, saya kemas bagasi lagi, bawa Leon dan mulakan hidup baru”, tulis Rihana.

“Memandangkan saya melahirkan dia seorang diri, dan membersarkan dia seorang diri, semuanya perlu dilakukan untuk masa depan (Leon), kerana tiada siapa yang akan buat selain saya”, ujar Rihana.

Menurut bekas ratu cantik ini, meski berpindah ditempat yang baru, dirinya yakin segalanya akan berjalan dengan lancar. Malah Rihana sendiri beranggapan dirinya tidak takut dengan perubahan dan akan bergerak kehadapan demi mencapai impian.

“Di Moscow, saya tinggalkan segalanya, keluarga, kawan-kawan, apartment, kereta, cagaran. Terdapat isu perniagaan yang saya uruskan dari jauh”

“Segalanya baru di London, tapi saya tak pernah takut pada perubahan dan kemungkinan sebab itu banyak cabaran berlaku dalam hidup saya sama ada baik atau buruk”, tulis Rihana.Dalam satu hantaran lain di Instagram, Rihana turut ada berkongsikan perkembangan semasa Leon yang kini sudah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*