Isteri M Nasir Ceritakan Apa Sebenarnya Terjadi Selepas M.Nasir Positif C0vid

PENYANYI Datuk M Nasir disahkan positif Covid-19 pada pagi Isnin.

Berita mengejutkan itu disahkan oleh isterinya, Datin Marlia Musa yang memaklumkan mereka berdua kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

marlia mnasir

“Semalam Datuk buat rapid test kit kerana sepatutnya dia ada program pada tengah hari tapi ujian dibuat mendapati dia positif.

“Kami terus ke klinik buat PCR dan pagi ini keputusan masih positif.

“Jadi sekarang kami berdua berada di rumah dan perlu menjalani proses kuarantin,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Marlia memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dia turut memohon orang ramai mendoakan agar penyanyi lagu Mentera Semerah Padi ini segera sembuh dan pulih seperti biasa.

“Alhamdulillah, keadaan Datuk baik, dia sedang berehat.

“Doakan semoga Datuk segera sembuh dan terima kasih semua yang mendoakan kami,” ujarnya.

Kali terakhir, M Nasir membuat persembahan semasa program Festival Filem Malaysia ke-31 yang diadakan pada malam Jumaat lalu.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*