Tak Pernah Ada Lagi Varian Yang Merebak Secepat Ni. Terkini Uk Sahkan Ada Satu Pesakit Dah Pergi Buat Selamanya Gara Gara Varian Omicron.

Sebelum ini, pemerhatian awal dari pakar menunjukkan varian terbaru yang dinamakan Omicron ini dilihat kurang merbahaya berbanding Delta walaupun cara ia merebak lebih pantas dan dikatakan boleh dimutasi dengan lebih cepat. Terbaru, Bernama melaporkan sekurang-kurangnya seorang individu telah meninggal akibat varian Omicron di UK dan pemergian ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri British, Boris Johnson semalam.

Omicron telah menyebabkan ramai orang masuk ke dalam hospital dan malangnya sekurang-kurangnya satu pesakit disahkan pergi mengadap illahi kerana Omicron.” Setiausaha Kesihatan British, Sajid Javid pula mengatakan, seramai 10 orang telah dimasukkan ke dalam hospital di England kerana Omicron dan memberi amaran kemasukan ke hospital dan peemrgian akibat varian ini akan terus meningkat.

Sajid turut mengatakan varian Omicron ini telah merebak dengan kadar yang fenomenal dan jangkitan ini terus berganda setiap dua ke tiga hari. Kadar varian ini merebak tak seperti yang pernah kita lihat sebelum ini.” Manakala Ketua Eksekutif Airfinity, Rasmus Bech Hansen berkata, beliau pasti kesan Omicron ini akan menyebabkan gelombang baru di seluruh dunia namun kesannya kepada kemasukan ke hospital dan kematian masih belum dikenalpasti.

Kesannya dilihat seperti ringan atau perlindungan yang kita dapat memang memberikan perlindungan. Tapi angka jangkitan dilihat sangat membimbangkan.” Untuk pengetahuan korang, setakat ini sebanyak 4,713 kes varian Omicron telah ditemui di Britain dan negara tersebut menunjukkan kenaikan kes terbesar sejak varian tersebut dikesan di sana.

Kes Pertama Omicron Di Malaysia. Sekali Kkm Dedah Akan Laksanakan Kempen Vaksinasi Lebih Agresif.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kempen lebih agresif bagi memastikan mereka yang layak menerima vaksin Covid-19 untuk segera melengkapkan suntikan dos tersebut. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu termasuk menjalinkan kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan pemberian vaksin kepada mereka yang belum mendapatkannya.

“Kita akan bekerjasama dengan NGO untuk memastikan dalam kalangan pekerja asing yang mungkin kerisauan belum mendapatkan vaksinasi termasuk rakyat kita yang belum divaksin. “Justeru, kita akan buat kempen agresif terlebih dahulu untuk memudahkan mereka mendapatkan dos vaksinasi pertama dan kedua,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow hari ini, seramai 1,031,946 orang dewasa berusia 18 tahun ke atas belum mendapatkan vaksinasi Covid-19 untuk dos pertama dan kedua. Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, KKM juga akan memperhebatkan lagi kempen pemberian dos penggalak melalui penambahan kapasiti seperti yang pernah diumumkan beberapa hari lalu.

“Selain itu, kempen kesedaran untuk memastikan rakyat tahu betapa pentingkan untuk mendapatkan dos penggalak. Pada minggu depan, kita akan berbincang (berkenaan dos penggalak) dan sekiranya didapati ada keperluan, akan membuat pengumuman status vaksinasi penuh yang memerlukan dos penggalak,” ujarnya. Tambah beliau, buat masa ini, KKM menetapkan sasaran 75 peratus daripada penerima dos lengkap untuk mendapatkan dos penggalak. – K! ONLINE

KKM Dedah Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia. Sekali Ini Penjelasan Menteri Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan kes pertama positif CvdI9 varian Omicron telah dikesan di Malaysia pada 2 Disember 2021.

Penemuan varian Omicron

Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Beliau telah menjalani ujian RT-PCR CvdI9 setibanya di PMA KLIA. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak. Kes telah diberi diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Difahamkan, perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar terbabit yang sudah lengkap menerima vksin dan tidak bergelaja itu telah patuh dengan menjalankan kuarantin seorang diri di penginapan tersebut.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif CvdI9 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021. Berikutan daripada itu, kontak rapat seramai lima orang termasuk penumpang dan pemandu bas telah menjalani saringan ujian CvdI9 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Oh Bulan

Pengerusi SPR Membenarkan Calon Yang Positif Cov19 Bertanding PRN Melaka. Tapi Ramai Pula Warganet Bising Kerana Ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, semalam mengumumkan bahawa tiada sebarang halangan untuk calon yang positif COVID-19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurut Abdul Ghani, borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.

Selain itu, ujian saringan COVID-19 melibatkan calon juga tidak diwajibkan namun semua calon digalakkan melakukannya. “Tiada masalah untuk mereka (calon) bertanding, asalkan mereka menghantar borang pencalonan itu pada masa ditetapkan,” katanya kepada Bernama.

Pun begitu, kebanyakan warganet di media sosial dilihat memberi respon yang seakan membantah keputusan berkenaan. Rata-rata mereka menganggap calon yang positif sepatutnya dilarang untuk bertanding.Malah, menurut mereka, saringan sepatutnya diwajibkan memandang kos ujian kit semakin murah.

“SOP yang lebih ketat sepatutnya dipraktikan memandangkan negara kini sedang memasuki fasa endemik”.

“Wajibkan la saringan. Bukan mahal pun test kit sendiri tu. Kalau PCR pun apa salahnya. Buat pilihan raya kos mahal-maha, nak buat saringan setiap calon tak boleh. Safety come first”

“Peristiwa PRN Sabah bakal berulang..siap sedia menuju lockdown”

“Mana boleh macam tu, positif pun boleh bertanding,” tulis beberapa warganet.

Pun begitu, ada juga warganet yang cuba menjelaskan bahawa SOP tersebut tertakluk pada penamaan calon sahaja.

Mana-mana calon yang bertanding dan pada masa sama positif Covid-19 tidak perlu ‘turun padang’ dan borang pencalonan boleh dihantar melalui wakil.

“Aku tengok je mana yang komen, dah baca habis belum tu? Diorg hantar nama ikut wakil pun boleh, Itu maksudnya boleh bertanding, tuan badannya tak ada pun tak apa,” tulis seorang warganet.

Sekadar info, SPR juga telah menempatkan sebuah khemah khas di pusat pencalonan sekiranya terdapat calon yang bergejala Isnin ini. Khemah ini akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama SPR. Difahamkan, sebanyak 12,900 petugas daripada pelbagai agensi termasuk KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan terbabit pada PRN ini. Sumber: Gempak.

Baru Sahaja KJ Umum Tidak Benarkan Aktiviti Berkaitan Pilihan Raya Dijalankan. Ahmad Maslan Desak SOP PRN Melaka Disemak Semula.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendesak kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan supaya sedikit kelonggaran dibenarkan ketika berkempen.

Ahmad berkata, sebagai ahli Parlimen yang menyokong kerajaan, beliau sendiri tidak dapat menerima SOP tersebut yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya dilakukan.

“Nak buat pilihan raya tetapi sebarang aktiviti mengenai pilihan raya tidak boleh dibuat. Penularan varian delta dijadikan alasan untuk SOP PRN Melaka dibuat,” katanya mengkritik SOP berkenaan ketika perbahasan berhubung tujuh ordinan darurat dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad menetapkan, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat. Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, beliau mencari maklumat berkaitan varian Delta di laman web KKM.

“Dalam laman web itu disebut bahawa jangkitan varian delta dalam kalangan individu yang divaksin jarang berlaku dan jika dijangkiti, (kita) tidak akan mengalami gejala teruk dan mungkin tidak perlu ke hospital. Tapi ia dijadikan alasan untuk tidak boleh dilakukan sebarang aktiviti ketika PRN Melaka,” katanya.

Justeru beliau berkata, SOP berkenaan seharusnya diteliti semula agar aktiviti kempen secara kecil-kecilan dibenarkan. Katanya, ia termasuk kempen dari rumah ke rumah, ceramah dan pertemuan dalam jumlah kecil.-Sumber: SH.

Ada Satu Lagi Perkara Yang Tidak Dibenarkan. Sekali KJ Umum Ini Antara Aktiviti Yang Berkaitan Pilihan Raya Tidak Dibenarkan.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata larangan yang akan berkuatkuasa mulai 25 Okt hingga 27 Nov itu juga termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya.

“Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan PRN Melaka pada 20 Nov, KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Khairy berkata larangan itu juga selaras dengan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu ‘apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan’.

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),”katanya,

Katanya, perhimpunan atau majlis sosial tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.

Dikatakan pakai tangkal ada 4 jin untuk lindung diri. Tak boleh berdiam sekali ini respon padu KJ buat ramai yang terdiam.

KHAIRY Jamaluddin guna tangkal untuk lindungi diri? Menteri Kesihatan tersebut pada Ahad berkongsi tangkap layar perbualan beberapa orang individu dipercayai dari sebuah group Telegram.

Seorang individu mendakwa, gelang yang dipakai Khairy merupakan tangkal yang lengkap dengan empat jin syaitan bagi melindungi dirinya. “Salah. saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, jin Pfizer, AstraZenaca, Sinovac dan CanSino,” jawab menteri tersebut dalam satu hantaran di akaun Instagramnya.

Tangkap layar dikongsi KJ di akaun instagramnya. Menurut Khairy, golongan anti-vaksin ini kini dilihat semakin menjadi-jadi.

Baru Je YB KJ umum akan ‘menyukarkan’ hidup, Ini reaksi pedas dari Rita dan Zul

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vksin.

Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin. Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Antara yang kelihatan menyuarakan pandangan mereka adalah pelakon Zul Yahya dan Rita Rudaini.Menerusi satu hantaran di Instagram Zul Yahya, keputusan kerajaan itu dianggap seolah menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik.

“Ramai ahli keluarga aku, sahabat aku yang ambil vaksin dan juga yang tak ambil vaksin tapi tidak ada jurang permisah antara kami. “Tidak ada siapa yang lebih atau pun yang kurang, kami masih berkasih sayang kerana Islam itu ada di dalam diri kami. Masing-masing berikhtiar untuk hidup baik,” katanya.

Jelasnya, tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjnyh atau pun pnggns. “Mereka juga ada dalam kalangan oang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat. Jangan terlalu sombng dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik,” katanya.

Sementara itu, aktres Rita Rudaini turut berpandangan yang sama. Menurut Rita, dia menyuarakan pendapatnya tentang vksin kerana itu adalah haknya sebagai rakyat. “Ya saya ‘prosafe’ pun tak ada hak. So antivaksin ke, ‘prosafe’ ke, saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, cukai pintu dan macam-macam lagi.

“Takkanlah bersuara pasal hak pun dikatakan melwan kerajaan, kita bukan buat jahat. Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin. “Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya. Sumber Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*