Rakyat Marah Menantu PM Diselamatkan Helikopter Dari Banjir, Sekali Jovian Mandagie Jawab Balik

Sejak semalam negara berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang apabila air naik berikutan hujan lebat tidak henti sejak Jumaat lalu. Berikutan banjir berlaku, ramai yang tersangkut di jalan raya kerana kenderaan tidak dapat melalui jalan yang dinaiki air.

Malah, ada lagi mangsa banjir yang terperangkap di bumbung rumah berjam lamanya sementara menunggu pasukan bantuan untuk menyelamatkan mereka.

Namun, disebalik kesusahan rakyat, tular perkongsian seorang netizen yang mempersoalkan menantu Perdana Menteri iaitu yang juga pereka fesyen terkenal yang diselamatkan dengan menaiki helikopter.

Menerusi satu perkongsian, netizen itu turut berkongsikan Insta Story menantu PM itu yang memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan mustahil untuknya pulang ke rumah disebabkan jalan sesak berikutan beberapa kawasan dinaiki air.

Kemudian, menantu PM itu dilihat memuat naik pemandangan dari atas kawasan banjir melalui helikopter serta berkongsikan gambar akhirnya dapat bersama anaknya berserta kapsyen ‘home sweet home’.

Perkongsiannya itu mengundang rasa kurang netizen yang mengecam tindakannya itu apabila menayang di Instagram sedangkan ada yang tersangkut di atas bumbung serta tidur di dalam hujan dan terperangkap di dalam kereta.

Sementara itu, netizen mengatakan perkongsian tersebut sudah pun di padam daripada Insta Story miliknya. Mungkin sedar tindakannya itu mengudang kecaman ramai.

“Kalau nak menunjuk saya dah buat OOTD” – Jovian jawab isu naik helikopter, tak guna aset kerajaan

Kuala Lumpur: Menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie menafikan dirinya menggunakan helikopter milik kerajaan untuk kegunaan peribadi bagi menyelamatkan diri daripada terkandas akibat banjir.

Menerusi hantaran di Instagram rasminya, Jovian yang juga pereka fesyen terkenal menegaskan, dia tidak akan sesekali menggunakan harta benda yang bukan miliknya selain menganggap tuduhan terbabit satu fitnah.

“Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan.

“Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.

“Kalian nak maki hamun saya silakan, tapi itu adalah fitnah. Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai? Jawapannya, itu adalah helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Menurut Jovian lagi, jika kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak, dia berharap individu terbabit boleh berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial.

“Kalau awak tak suka saya, jangan ikuti saja (di media sosial). Lebih baik bantu negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul terhadap saya.

“Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya,” katanya.

Terdahulu Jovian mendakwa difitnah apabila dia dikatakan menaiki helikopter kerana status sebagai menantu kepada Perdana Menteri.

Disebabkan itu, Jovian juga dikatakan mendapat akses mudah untuk menyelamatkan diri daripada terkandas akibat banjir yang berlaku di Lembah Klang ketika ini

Penjelasan Jovian berhubung isu yang tular.

Biodata Pereka Fesyen Jovian Mandagie, Menantu Ismail Sabri Yaakob

Datuk Jovian Mandagie merupakan seorang usahawan dan pereka fesyen ternama di Malaysia.

Beliau adalah menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta suami kepada usahawan dan sosialit, Nina Sabrina Ismail Sabri.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Jovian Mandagie atau Mohd. Ridhwan (nama Islam).

Berumur 34 tahun.

Dilahirkan di Indonesia pada 6 Jun 1986 – membesar di Kuala Lumpur.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Fesyen dan Peruncitan daripada Universiti LimKokWing.

Kini bergelar pemilik butik terkenal, Jovian Flagship Store.

Mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan sosialit, Nina Ismail Sabri pada 11 Disember 2013 dan sehingga kini pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Jeanelle Nika Mandagie yang dilahirkan pada 1 November 2017.

Laman sosial Instagramnya atas nama @jmandagie mencatatkan lebih 614,000 pengikut.

Fakta Menarik

Abang ipar kepada penyanyi dan pelakon, Dafi iaitu bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kelima.

Tidak pernah menyimpan impian untuk bergelar usahawan dalam bidang fesyen sewaktu awal kariernya.

Menukar pengajian daripada jurusan seni bina kepada bidang fesyen ketika menuntut di Universiti Lim Kok Wing, tanpa diketahui ibunya yang pada awalnya membantah.

Menganggap dunia fesyen menjadikan dirinya seorang yang lebih kreatif.

Menyifatkan perkembangan pantasnya dalam bidang fesyen adalah berikutan dirinya mengetahui apa yang diinginkan, sekaligus meletakkannya untuk sentiasa berada di landasan yang betul.

Memulakan bisnes pada 2006 dengan hanya bermodalkan wang ibunya sebanyak RM5,000 dan hasil wang simpanannya sendiri, termasuk sebuah mesin jahit, meja kecil dan seorang pekerja.

Beliau yang asalnya melakukan pemasaran dengan bergerak dari rumah ke rumah dalam tempoh setahun, akhirnya mengupah 40 orang pekerja serta mengembangkan perniagaan hingga ke luar negara.

Mula mengusahakan koleksi pakaian siap dipakai atau ready-to-wear (RTW) sejak 2012.

Menjadi pereka fesyen pertama yang menghasilkan pakaian sedia dipakai untuk jualan dalam talian Zalora dan FashionValet.

Diangkat sebagai Pereka Fesyen Terbaik 2013, Mercedes Benz Stylo Grand Prix.

Antara lain, beliau pernah memegang peranan sebagai pengacara program Mahligai Cinta siaran TV3 iaitu sebuah rancangan yang berkisar tentang persiapan perkahwinan.

Mengidolakan pereka Valentino dan Lee Alexander McQueen.

Menjadikan aktiviti membaca sebagai hobinya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*