Baru Baru Ni Kecoh Pasal Hanafi. Sekali Ini Pula Tindakan Dari Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Lepas Dapat Tahu Hal Ni.

Johor Bahru – Seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku tak setia dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia dilepaskan. Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Najihah Othman. Menurutnya, dia mula berasa curiga dengan tindakan suaminya sejak tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.

“Untuk pengetahuan semua, saya telah dilepaskan oleh bekas suami pada 5 Disember 2021 asbab orang ketiga. Jangan minta saya buang status ini dan ia bertujuan untuk mendapatkan keadilan untuk saya dan anak. Biarlah warganet nilai sendiri siapa yang salah dalam hal ini,” katanya.

Tambah Najihah, bekas suaminya mula menghubunginya sejak tiga hari lepas untuk memohon maaf, tetapi dia masih belum dapat menerimanya dan menganggap perbuatan yang dilakukan sangat keji. Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Saya Najihah Othman bertanggungjawab terhadap penulisan dan posting saya.

Pertama sekali saya berharap posting ini dapat menjawab persoalan dan mengelakkan ftnah dimasa akan datang. Untuk pengetahuan semua, saya telah dic.eraikan oleh bekas suami Hanafi pada 5/12/2021 asbab orang ketiga. Seperti sebahagian orang tahu, saya merupakan doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan di selatan tanah air.

Kenyataan Dari Pengarah

Jabatan Kesihatan Negeri Johor JKNJ sedang melakukan siasatan berhubung kejadian membabitkan isu rumahtangga penjawat awam sebuah klinik kesihatan di negeri ini yang tular sejak kelmarin. Pengarah JKNJ, Datuk Dr. Aman Rabu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu yang tular di media sosial berkaitan rumah tangga kakitangan sebuah klinik kesihatan.

“Perkara itu dianggap sebagai satu yang serius kerana ia tak patuh Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993. “Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. Kita juga memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak kelmarin, isu membabitkan seorang pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan sebuah daerah dipercayai di Mersing tular di media sosial. Ini susulan isterinya yang juga pegawai kesihatan mend.edahkan kelakuan tak setia suaminya itu secara terbuka di media sosial.

Menerusi video yang tular itu, isteri kepada pegawai kesihatan berkenaan berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita lain, sebelum dia mendkwa dilepaskandi hadapan wanita yang menjalinkan hubungan slit dengan suaminya.

Kredit : UN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Akui Masih Sayang Isteri. Fizi Ali Menangis Dan Luah Perasan Masa On Air Buat Warganet Turut Sebak.

Walaupun wargamaya tertanya-tanya punca perpisahan Fizi Ali dan isterinya, mereka tetap dengan pendirian untuk terus merahsiakan tentangnya. Semasa sedang on air pagi tadi di stesen radio tempatnya berkerja, Ajak Shiro juga sempat bertanya mengenai perasaan Fizi waktu ini.

Tak ada manusia dalam dunia nak perpisahan…Kalau nak tahu, aku masih sayang bekas isteri aku.

Pada ketika itu, Fizi dengan tenang menjawab tidak ada seorang pun manusia di dalam dunia ini mahukan perpisahan. Katanya lagi kalau terjadi mesti sesuatu dapat dielakkan atau sudah berfikir panjang. Terpaksa ‘menelan’ keperitan yang terjadi, dia akui sedang merasai kehilangan besar. Bapa kepada seorang anak perempuan itu juga sempat berterus-terang masih sayangkan bekas isterinya sambil menitiskan air mata.

Kami kenal hampir 8 tahun…Sampai satu tahap aku tak tahu nak bagitahu anak aku macam mana.

Sepanjang 8 tahun tempoh perkenalan mereka, bekas isterinya disifatkan sebagai wanita yang telah banyak mengubahnya. Teringat akan cahaya mata bernama Ameena, Fizi masih tidak tahu bagaimana untuk dia menerangkan hal sebenar kepada si kecil itu. Dalam masa sama, lelaki berkenaan memohon agar orang ramai mendoakan mereka bertiga diberikan kekuatan mengharungi ujian ini.

Video:

https://www.instagram.com/tv/CXhkrSzAn45/?utm_source=ig_web_copy_link

Terima kasih buat doa kalian untuk kami bertiga…Allah ada jaga Mimi & Ameena.

Terbaharu, pelakon wanita berkenaan ada memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan semua individu yang telah mendoakannya. Dia sendiri yakin bahawa Allah akan sentiasa menjaga mereka anak-beranak.

Video:

https://www.instagram.com/tv/CXhrF9hp_wE/?utm_source=ig_web_copy_link

Simpan sini jadi ingatan masa depan.

Fizi juga telah memuat naik satu posting terbaharu. Katanya, Simpan sini jadi ingatan masa depan…terima kasih atas doa semua orang..maaf tak dapat nak balas satu persatu..cuma saya di sini mengharapkan doa dari kalian semua..insyallah

Rata-rata wargamaya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku dan mendoakan agar semua urusan rumah tangga Fizi dan isteri dipermudahkan. Selain peminat rakan artis juga sama-sama turut mendoakan agar semua dipermudahkan dan mereka terus kuat untuk menghadapi ujian ini.

Kreditl: Instagram suriamalaysia, Instagram fiziali_ & Instagram syakillakhoriri

Dapat Tahu Fizi Ali Nak Berpisah Dengan Isteri. Sekali Ini Kata Kata Dari Feeya Iskandar Dalam Linangan Air Mata Buat Ramai Yang Sebak.

BERITA perpisahan Fizi Ali dan aktres Shakilla Khoriri mengejutkan ramai pihak termasuk rakan penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar. Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, tidak dapat menahan sebak ketika membaca perkongsian Fizi di Instagram mengenai berita perpisahan itu.

“Kita sebagai kawan, dah bertahun kerja sama. Apabila tengok Meena (anak Fizi) dan lihat mereka happy family tapi apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. “Nak cakap fasal janji, yela kita mesti pernah janji nak setia dengan pasangan sampai bila-bila tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Fizi menerusi laman Instagram mendedahkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama. Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Feeya atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah ini mengakui berasa sedih dengan berita perpisahan tersebut.

Mendoakan agar mereka terus kuat, Feeya turut memuji Fizi dan Syakilla yang tetap mengutamakan anak mereka biar apa pun terjadi. Fizi dan Syakilla dilihat sebagai pasangan yang bahagia. “Tak boleh nak cakap… kita ada anak dan kita sebagai kawan sudah tentu rasa sedih. Kita tengok mereka happy family. “Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. Tapi baguslah, tak ada gdh-gdh. Sama-sama jaga anak walaupun dah tak bersama. “Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik,” ujarnya.

https://www.facebook.com/watch/?v=393756689163687

‘Ini soal hati, kami dah sepakat berpisah’ – Shakilla Khoriri

Kuala Lumpur: Biarpun diduga dengan perpisahan, pelakon Shakilla Khoriri, 32, reda dengan ketentuanNya dan mengakui fokus utama ketika ini adalah untuk membesarkan anak, Ameena yang berusia dua tahun. Shakilla berkata biarpun jodoh bersama suami, Fizi menemui titik noktah, namun mereka tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk memberikan kasih sayang buat Ameena.

“Saya tahu ramai yang melihat kami gembira dan tidak bermasalah, cuma sebagai manusia kita reda dengan ketentuanNya. Tipulah jika tidak sedih, kami sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, malah berkawan sejak 2013 lagi. “Hubungan itu sudah lama sangat, namun Allah SWT sudah tentukan sehingga detik ini saja perkahwinan kami. Saya percaya, Allah mempunyai aturan yang lebih baik buat kami berdua.

“Bagi saya, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana adat dan lumrah perkahwinan. Buat masa ini, hanya doa yang baik-baik saja yang diperlukan daripada semua pihak. “Sudah penat sebenarnya saya menangis, jadi jika ditanya keadaan ketika ini, sudah tiada apa hendak disedihkan lagi kerana perkara sudah terjadi. Kami berdua masih menyambung kerja seperti biasa dan bergilir-gilir menjaga Ameena,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali menerusi paparan di Instagram memberitahu dia dan isterinya, Shakilla Koriri kini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Malah, Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin, 32, berkata, biarpun mereka bukan lagi suami isteri, namun Fizi dan Shakilla ingin memastikan anak mereka, Ameena membesar dengan baik.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. Mengulas juga mengenai ‘ruang berbaik’ buat mereka, Shakilla berkata selepas sah berpisah, memang ada yang meminta kami berbaik demi Ameena namun ini membabitkan soal hati. Malah, kami sudah capai kata sepakat untuk berpisah.

“Biarpun Ameena diserahkan kepada saya, namun kami berdua bergilir-gilir menjaga Ameena memandangkan jadual kerja sudah padat sehingga Mac tahun depan. Jadi tidak timbul istilah berebut anak dan sebagainya. “Apabila tiba masa yang sesuai, kami akan menjelaskan situasi sebenar kepada Ameena. Cuma, sekarang saya terpaksa membuat alasan mengatakan Fizi bekerja jika dia bertanya mengenai ‘daddy’ dan InsyaAllah, Ameena akan faham juga nanti,” katanya.

sumber: mstar

Fizi Ali Dan Shakilla Khoriri Sah Berpisah. Sekali Ini Yang Mereka Janji Dengan Nasib Anak Mereka.

Fizi Ali dan Shakilla umum sudah bercerai pada Rabu. Tiada angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM Fizi Ali pada Rabu memaklumkan dia dan isterinya pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah. Fizi berkongsi berita duka itu di Instagram berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua… Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” ujarnya.

Dalam pada itu Fizi berkata, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya. “Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini,” ujarnya.

“Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha. Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” ujarnya. Sumber : Mstar

Lama Menyepi Siti Saleha Nak Tuntut Pisah Dengan Suami. Sekali Peguam Dedah Rupanya Ini Punca Siti Saleha Nak Berpisah.

TIADA persefahaman menjadi punca pelakon Siti Saleha membuat tuntutan untuk berpisah terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar. Perkara itu didedahkan peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan ketika ditemui mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Khamis.

Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perpisahanya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan. Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Siti Saleha yang memakai baju kurung hitam hadir ditemani ibu bapanya dilihat memasuki mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi. Berkongsi tentang perkembangan kes berkenaan, Azmi berkata JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum tarikh berkenaan berikutan defenden dan wakilnya gagal hadir pada sesi sebelum ini.

“Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir. “Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara. “Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam,” ujarnya.

Pada 13 Oktober lalu, Siti Salehah Mohd Baharum mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perpisahannya dengan Ahmad Lutfi. Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata. Sumber : MSTAR ONLINE

Enggan Mendedahkan Secara Terperinci. Akhirnya Siti Saleha Memberitahu Apa Yang Sebenarnya Terjadi Di Mahkamah.

Tidak menunggu lama, aktres terkenal Siti Saleha akhirnya membuka mulut mengesahkan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi memfailkan kes pisah ke atas suaminya, Ahmad Lufti Azhar. Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perpisahan atas kebenaran mahkamah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes pisah dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih,” jawab ringkas pelakon berusia 31 tahun itu kepada Kosmo! Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tentang tindakan nekadnya memfailkan perpisahan ke atas Ahmad Lutfi, 35, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, media hari ini melaporkan bahawa Siti Saleha dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang untuk sebutan kes pisah ke atas suaminya. Prosiding tersebut telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi yang turut dihadiri Ahmad Lutfi. Perkhabaran tersebut mengejutkan ramai pihak memandangkan kakak kepada Sam Bunkface itu jarang bercerita kisah peribadi terutama kisah perkahwinan dengan suaminya yang sebelum pernah bertugas di sebuah jabatan kerajaan itu,

Saleha bagaimanapun sering mengelak apabila diasak persoalan berhubung kejernihan hubungan perkahwinan apabila dilihat jarang berkongsi foto atau momen bersama suaminya dalam media sosial.  Kali terakhir Siti Saleha berkongsi gambar mesra bersama suami adalah pada 24 Mac tahun ini bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35.  “It’s your birthday bubbaboo. Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan kabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan anda,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.  Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*