Lepas Tular Beberapa Video Mesra. Akhirnya Ruhainies Buka Mulut Jawab Persoalan Warganet Tentang Hubungannya Dengan Zul Ariffin.

Nama aktor kacak Zul Ariffin dan pelakon Ruhainies menjadi perhatian wargamaya selepas tular dua video memaparkan aksi mesra mereka di dua buah acara berbeza.Adegan antara Zul dan Ruhainies yang dikongsi dalam platform TikTok mengundang pelbagai reaksi sehingga ada yang menyifatkan mereka sebagai pasangan kekasih.

Malah, warganet juga seolah-olah memberi restu jika pasangan pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu disatukan sebagai suami isteri. Menjawab tentang perkara tersebut, Ruhainies ketika dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, hubungannya dengan pelakon bertubuh sasa itu sekadar seorang rakan karib dalam industri.

“Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah warganet akan ‘bersua­ra’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

“Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu,” ujarnya.

Tambah pelakon drama Cukup Derita Itu lagi, warganet mungkin tidak mengenali hubungan rapat antara mereka sehingga berasa kurang senang melihat kemesraan yang ditonjolkan kepada umum.

“Tapi Zul sangat mengenali saya dan begitu juga sebalik­nya. Dia tahu perangai saya dan saya juga tahu perangai dia. Zul sebenarnya bukanlah seperti apa yang orang ramai fikirkan,” ujarnya.

Bercakap tentang video mesra tersebut, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, menjelaskan bahawa kedua-dua video tersebut dirakam oleh pembantu peribadinya sendiri sebelum dimuat naik dalam TikTok.

“Saya tidak marah pun pada dia. Sebab sudah biasa. Memang begitu cara kami bermesra sebagai kawan,” katanya.-Sumber;Kosmo

Baru Je Tular Video Mesra Pegang Tangan. Sekarang Zul Ariffin Dan Ruhainies Berpelukan Pula. Sekali Ini Komen Warganet.

Nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies tiba-tiba menjadi bualan wargamaya apabila video yang memaparkan kemesraan antara mereka berdua menerima interaksi yang banyak di platform TiktTok. Menerusi akaun dengan nama Zaharzbubu, kedua pelakon itu dilihat berpegang tangan dan berpelukan ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Sebelum ini juga tular video mesra Zul Ariffin dan Ruhainies memegang tangan dan tindakkan Ruhainies menyentuh badan Zul Ariffin tanpa rasa malu.

Pada ruangan kapsyen, tertulis: “Hari ni depa lagi sweet laaaa, auchhhh,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Video:

https://www.tiktok.com/@zaharzbubu7/video/7043793989094477083?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6907441421259671042

Meninjau ruangan komen, ada yang menganggap hubungan Zul dan Ruhainies sudah seperti adik beradik.

“Mungkin anggap mcm adik je kot. Macam Nelly dengan Sharnaaz. Dorang rapat macam adik dan abang,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Sweetnya Zul..” seorang lagi pengguna TikTok memberikan reaksi.Ada juga yang memberi komen suka melihat Zul dan Ruhainies jika mereka serius ke fasa seterusnya.

“Kahwin cepat sikit boleh omagad I ship diorang… sumpah comel,” tulis seorang warganet pula.

Dalam pada itu, ada juga yang bersetuju bahawa mereka perlu memberikan kerjasama memandangkan keduanya bergelar pelakon.

“Betul.. kena sporting lah.. dah mcm adik-beradik sebab lama sangat bekerjasama kat set drama atau filem,” tulisnya.

Komen Warganet:

Sebelum ini, nama Zul dan Ruhainies pernah menjadi bualan netizen apabila adegan mesra mereka menerusi drama bersiri Wifi Sebelah Rumah dianggap keterlaluan.Begitupun, Zul pada waktu itu berkata, kemesraan yang dipaparkan adalah disebabkan oleh chemistry yang kuat antara dirinya dengan Ruhainies.Menurut Zul lagi, isu berpegang tangan dan terlebih mesra dalam drama merupakan satu hal yang sensitif dan tidak perlu diperbesarkan.

Muat Naik Story Sentuh Badan Dan Video Berpegang Tangan . Zul Ariffin Dan Ruhainies Dikritik Warganet.

Pelakon terkenal, Zul Ariffin sekali lagi menjadi perbualan hangat warganet apabila sebuah video yang memaparkan dirinya berpegangan tangan serta memegang muka pelakon jelita, Ruhainies tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai @Zaharbubu di TikTok, memaparkan ‘kemesraan’ kedua-dua pelakon berkenaan ketika menghadiri sebuah majlis.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan Zul Ariffin bersama Ruhainies seperti sedang berbual sebelum Pelakon Lelaki Terbaik FFM31 itu memegang muka Ruhaines dan memusingnya ke arah kamera lalu berpegangan tangan.

Video:

https://www.tiktok.com/@zaharzbubu7/video/7043350063443119386?sender_device=pc&sender_web_id=6907441421259671042&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Sebelum ini, pemilik nama Zulkifli Ariffin mengakui dia tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita hanya untuk mendapatkan keserasian. Malah, dia masih menghormati prinsip serta pendirian setiap pelakon yang berlakon dengannya.Video berdurasi 10 saat itu meraih lebih 2 juta tontonan dan mendapat lebih 187 tanda suka di TikTok.

Ruhainies juga telah memuat naik instagram story yang memaparkan dirinya memegang badan dan tangan Zul Ariffin dengan mesra.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terkejut melihat video berkenaan dan mendakwa sebelum ini pelakon terbabit sudah berubah. Malah ada juga di antara mereka mengatakan kedua-kedua pelakon tersebut kelihatan serasi bersama.

‘Hari tu cakap tak nak berlakon sentuh perempuan’

Sumber : zaharbubu7

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Viral Gambar Selfie Dengan Sorang Gadis Cantik. Akhirnya Wanita Itu Tampil Bersuara Bongkarkan Hubungan Sebenar Dia Dengan Zul Ariffin.

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik foto selfie bersama seorang gadis cantik di Instastory miliknya sehingga membuatkan warganet tertanya-tanya status hubungan mereka. Enggan warganet terus berteka-teki, wanita bernama Sharleen atau nama sebenarnya Sabrina Sharleen, 24, memberitahu mereka sudah mengenali satu sama lain sejak tiga tahun lalu.

Namun, hubungan mereka hanyalah kawan biasa semata-mata. “Sebenarnya saya dengan Zul dah berkawan lama sejak tiga tahun lalu dan pernah jumpa beberapa kali. “Ada satu hari tu saya cakap kat dia why not one day you let me into your drama, saya nak belajar.

“So ya betul, dia tolong saya jadi pelakon tambahan untuk drama Tarik Aku ke Syurga,” katanya kepada mStar. Mengakui kapsyen pada foto tersebut mengundang spekulasi warganet, Sharleen berkata, tujuannya memuat naik foto itu hanya ingin mengusik pengikutnya di Instagram miliknya yang rata-rata meminati Zul Ariffin.

“Motif saya buat kapsyen macam tu just nak tease my follower sebab memang ramai minat Zul ariffin. “Saya tak sangka pula ramai kecewa dan anggap benda tu real. Saya terharu juga baca komen yang memuji dan positif. “Tapi dont worry, he still single. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Zul pun repost dia letak caption dan buat biasa je,” ujarnya.

Bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan yang kini berkerja sebagai ejen insurans dan perunding unit amanah berharap penglibatannya dalam industri hiburan diterima ramai. “Saya masih baru dalam industri banyak benda lagi nak belajar da cari banyak pengalaman lagi. “Untuk masuk dalam industri insyaAllah kalau ada rezeki saya akan teruskan,” ujarnya.

Sumber: mStar

Elak Sifat Riak Dan Akan Cuba Usaha Perbaiki Diri. Zul Ariffin Mengaku Sedang Belajar Mengawal Lidah Daripada Ini.

PERKONGSIAN pelakon popular, Zul Ariffin mengikuti pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew keluar berdakwah telah menarik perhatian ramai.

Namun berbeza dengan beberapa selebriti lain yang terbuka berkongsi penghijrahan mereka ke arah lebih baik, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin mempunyai pandangan berbeza. Jelas Zul, perkongsian tentang perkara itu bukan untuk menjadikan ia kisah sensasi tetapi sekadar kenangan kepada sebuah pengalaman.

“Penghijrahan yang saya lakukan adalah dari segi rohani. Kebetulan saya ada banyak masa senggang kerana tidak dapat keluar bekerja seperti kebiasaannya. “Jadi saya terfikir untuk mengikuti Ustaz Ebit keluar berdakwah dan mengikuti program bantuan.

“Beliau banyak berkongsi cerita-cerita yang baik, jawab persoalan saya dan solat jemaah bersama, itu sahaja. Tidak ada apa yang perlu disensasikan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penunggang Agama 2 secara maya, pada Rabu.

Ditanya adakah dia akan lebih selektif dan terbatas dalam dunia lakonan selepas mendalami ilmu agama, Zul mengakui masih berusaha mengubah diri secara perlahan-lahan.“Sudah ada yang bertanya, sama ada saya akan terus berlakon atau tidak selepas ini. Pertamanya saya akan kawal lidah dahulu.

“Saya tidak mahu seronok bercakap dan akhirnya tidak akan mengotakan kata-kata saya. Sedikit demi sedikit saya akan berusaha mengelak atau mengubah diri saya,” jelasnya.

Kisah realiti

Dalam pada itu, bercakap tentang isu penunggang agama, jejaka berusia 35 tahun itu mengakui wujud individu seperti gambaran pengarah, Syafiq Yusof dalam kehidupan seharian. “Saya rasa, orang akan berjumpa penunggang agama sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Ketika mula membawakan watak Amir dalam Penunggang Agama 2 ini, saya agak ragu-ragu juga dengan sikapnya. Tetapi ia realiti dan orang sebegini memang wujud. “Oleh sebab itu kita harus tunjuk perangai yang baik. Orang bukan Islam, mereka tak baca al-Quran, sebaliknya, mereka (orang bukan Islam) baca perangai kita (orang Islam).

“Pacak tripod rakam tengah sembahyang, itu bukan saya. Senang cerita, jangan pergunakan agama untuk kepentingan sendiri,” tegasnya. Sementara itu, mengulas mengenai wataknya dalam Penunggang Agama 2, Zul berkata, karakter Amir kali ini lebih mencabar kerana dia pula yang berubah ke arah negatif. “Kalau dalam Penunggang Agama, kita akan nampak hitam dan putih, watak baik dan jahat. Tetapi dalam Penunggang Agama 2 ini berbeza,” katanya.

Sumber:Sinarplus.

Zul Ariffin terpaksa dikejarkan ke hospital. Terkejut bila pengurus dedahkan ini yang terjadi pada Zul Ariffin.

Pelakon Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Damansara ekoran masalah tekanan bp tinggi. Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Afdal Shahizad kepada Gempak pada Ahad.

“Zul mengalami hypertension but all good lepas jumpa doktor. Zul kini berehat di rumah sahaja,” katanya. Zul, 35, ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari pukul 4 petang tadi.

Terdahulu, Zul berkongsi sekeping fotonya terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanannya. Tulis Zul: “Rest jap.” “Semoga dipermudahkan dan berehat la di rumah. Kalau ada isteri syok sket kan zul..huhu” – Admin ASN

Apakah maksud Hipertensi

Hipertensi atau tekanan bp tinggi merupakan salah satu risiko kepada penyakit jantung, angin ahmar atau strok, masalah buah pinggang dan pembuluh cairan merah. Diagnosis tekanan bp tinggi diberikan mengikut julat tekanan bp seseorang yang telah dipantau sekurang – kurangnya selama 24 jam dengan purata bacaan tekanan darah melebihi bacaan julat normal.

Julat bacaan tekanan bp yang normal sebelum ini adalah 120/80 mmHg dan definisi hipertensi ialah tekanan bp melebihi 140/90 mmHg. Manakala bacaan kurang dari 140/90 mmHg tetapi melebihi 120/80 mmHg dikategorikan sebagai tekanan bp meningkat atau (Elevated bld pressure).

Hipertensi menurut WHO adalah sebuah keadaan di mana tekanan di dalam pembuluh bp meningkat secara berterusan. Julat bacaan tekanan bp yang baru telah diguna pakai pada masa kini untuk mengklasifikasikan tekanan bp tinggi.

Sumber : GEMPAK / DoctorOnCall

Selalu kongsi foto ikut Ebit Lew. Sekali ada pula yang kata Zul Ariffin cuba menunjuk nunjuk dan ini responnya.

Sejak kebelakangan ini, pelakon Zul Ariffin sering mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew (UEL). Bagaimanapun, Zul Ariffin tampil memohon maaf sekiranya dia banyak memuat naik posting yang kaitan dengan agama di media sosial.

Tak ada niat untuk menunjuk

Menerusi akaun Twitter miliknya, aktor kacak ini menjelaskan bahawa tujuan dia berkongsi mengenai hal agama bukanlah untuk menunjuk atau mendapat pujian daripada warganet sebaliknya dia cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja.

Minta maaf tau kalau saya post kat Instagram atau Twitter pasal agama. Langsung tak ada niat nak menunjuk, raih pujian, nak perhatian, cuma share experince je.

Pemilik nama Zulkifli Ariffin juga meluahkan rasa teruja walaupun hanya mencedok nasi untuk golongan gelandangan ketika dia mengikuti misi mengagih makanan baru-baru ini bersama Ebit Lew. Perkara berkenaan membuat dirinya berasa gembira dan boleh tersenyum selama satu hari.

Walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya kat tempat tu. Cedok nasi pun boleh senyum satu hari tau.

Seronok ambil tahu mengenai hal agama

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut memaklumkan bahawa dia masih mencuba untuk menimba ilmu sebaik mungkin dan mula rasa seronok untuk mengambil tahu mengenai hal agama dengan lebih mendalam lagi.

Korang jangan pula ingat saya ni tiba-tiba nak jadi itu ini pulak ya. Saya cuma ‘trying’ sebaik mungkin untuk menimba ilmu, pengalaman. Kerisauan dan sokongan korang saya hargai. sweet korang ni.

Saya now tengah seronok nak ambil tahu lebih tapi kena kawal diri sendiri dan sekeliling sebab riak dengan ilmu ni bagi saya lebih teruk daripada kaya-raya sebab riak tu macam dalam poket kita je. Dia tak duduk jauh pun.

Sumber : zul_ariffin86

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*