Beberapa hari lalu, b.anjir besar yang berlaku secara mendadak di Shah Alam menyebabkan beribu-ribu penduduk terperangkap dan memohon bantuan dengan segera kerana air naik dengan cepat.
Begitu banyak mesej yang diterima dan ditularkan dengan harapan bantuan dapat sampai dengan segera kerana masing-masing tidak dapat masuk ke kawasan yang terlalu tinggi airnya.
Dalam kekalutan mendapatkan bantuan, ramai NGO dan orang persendirian telah cuba mendapatkan bot.
Amat sayu sekali apabila jalanraya kelihatan mula didatangi dengan kereta bernombor plat dari luar Selangor datang membawa bot.
Salah seorangnya adalah Azwan Omar, yang ditularkan di media sosial dengan gelaran Abang Viva. Beliau difahamkan bergerak solo dari Melaka, dengan menaiki Viva dan membawa bot untuk misi membantu m.angsa b.anjir di Shah Alam.
Ada Pihak Kumpul Duit
Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan v.iralnya, Abang Viva terkejut selepas mendapat tahu ada pihak yang cuba meminta duit dan mengumpul dana di atas namanya.
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu m.angsa b.anjir, Azwan, 29, juga menolak d.akwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
“Tak ada. Tak pernah. Sejak hari pertama saya membantu m.angsa b.anjir sehingga menjadi v.iral secara tak sengaja, saya tak ada buat kumpul dana atau minta duit dari pihak media untuk sebarang temubual,” katanya ketika ditemui hari ini.
Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka yang menjadi hero rakyat Malaysia kerana kemuliaan hatinya membantu m.angsa b.encana b.anjir di beberapa negara ini mengulas i.su tersebut selepas ada seorang pengguna Twitter yang meminta bayaran daripada pihak media untuk menembualnya.
“Saya terkejut dengan berita ini. Saya bergerak secara solo, tak ada kawan yang uruskan atau jadi orang tengah atur ke minta duit dan sebagainya,” tambah Azwan kesal.
Azwan juga menegaskan dia tidak mahu ada pihak menghulurkan b.antuan atau tert.ipu dengan mana- mana pihak yang menggunakan namanya atas kepentingan peribadi.
“Saya mohon hentikan perkara ini dan semua lebih berhati-hati. Saya tak mahu kepercayaan orang terhadap saya atau mana mana pihak yang dipertanggungjawabkan disalah erti,” jelasnya lagi.
Meski tidak pernah mengumpul dana atau meminta duit daripada orang ramai, Azwan mengaku tetap menerima banyak sumbangan daripada individu persendirian atau agensi bukan kerajaan yang terserempak dengannya sewaktu misi menyelamat dijalankan.
Bagaimanapun dia akan menolah secara baik kerana misi utamanya adalah menyelamatkan seberapa ramai m.angsa.
“Memang ada ramai orang bagi duit dan sumbangan. Terus terang jika diberikan kepada saya, saya tak perlukannya. Saya ada duit sendiri, Insya Allah cukup untuk misi saya.
“Tapi jika penyumbang amanahkan saya untuk berikan atau belikan barang keperluan m.angsa b.anjir, saya cuba tunaikan. Sebab berat sebenarnya pegang amanah orang ni,” katanya tersenyum.
Terdahulu, Azwan menjadi tular di seluruh negara selepas hanya menggunakan kereta jenis Viva dan sebuah bot yang diikat di atas keretanya dari Melaka ke Shah Alam, Selangor berbekal RM 50 untuk menyelamatkan m.angsa b.anjir, minggu lalu.
Kredit : Astro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply