“Cutenyaaaa weh”- Video raih perhatian ramai, Haqiem Rusli & isteri terima pujian

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu Haqiem Rusli dan gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Anis Sofea nampaknya sekali lagi mencvri tumpuan umum.

Difahamkan pertama kali menghadiri majlis perkahwinan bersama, pasangan ini turut menjadi bualan peminat mereka di aplikasi, TikTok selepas satu rakaman telah dikongsikan.

Umum sedia tahu, penyanyi terkenal Haqiem Rusli telah disatukan dengan pasangannya pada 19 November lalu. Anis Sofea bagaimanapun selepas itu sering menjadi perhatian buat peminat Haqiem Rusli.

Ini kerana kecantikan isteri Haqiem Rusli itu yang juga sering dipuji ramai manakala wajah seirasnya dengan pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha turut tidak henti-henti diperkatakan.

Menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik di TikTok ini pula membuatkan Haqiem Rusli dan isteri menerima bermacam-macam pujian daripada warganet yang turut suka melihat pasangan ini yang juga tampil bergaya di majlis yang dihadiri mereka bersama.

@anissofeaz

our first time attending a wedding together✨ ##fyp

♬ original sound – anis sofea

Tidak hanya itu, kecomelan Haqiem Rusli dan Anis Sofea yang dilihat bagai pinang dibelah dua membuatkan ruang komen juga ditinggalkan ‘ratusan’ reaksi ramai sekali gus meraih lebih 70,000 tanda suka meskipun beberapa jam dikongsikan.

“Seiras Hanis Zalikha, moga jodoh kalian…”

“Seorang cantik, seorang lagi handsome, sepadan sangat…”

“Cute nyaaaa weh”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*