Tahniah Buat Heliza Helmi Dan Suami. Sekali Ini Ucapan Suami Heliza.

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi yang kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 11.00 pagi, pada Sabtu dengan sekali lafaz.

Mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al Quran dipersembahkan pada hari bahagia yang dilangsungkan secara tertutup itu. Sejurus majlis nikah, pasangan raja sehari itu diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya. Sementara itu meninjau menerusi Instagram suaminya, Mahadi memanjatkan rasa syukur, seterusnya memohon doa yang baik-baik daripada semua.

“Depa cakap life start at 40, kami start at 38 InsyaAllah. Doakan supaya kami dan bidadari dunia akhirat kami, Nur Heliza Helmi dapat melayari bahtera hidup bersama yang penuh dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke Jannatul Firdaus. Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘Alaykuma Wa jama’a baynakuma fi khayr.. Aamin,” tulisnya.

Menerusi hantaran sebelum ini, Mahadi turut mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. “Alhamdulillah dengan 1 kali lafaz Ijab Qabul pada 11.11am tarikh 1.1.22. Semoga perjalanan kita mempunyai matlamat 1 yang sama yakni Jannatul Firdaus. Taat pada yang 1 yakni Allah SWT. Ikut cara hidup yang 1 yakni Nabi Muhammad SAW. Berpandukan kitab yang 1 yakni Al Quran. Daripada 7.8 billion manusia, kamulah yang 1 bertakhta di hati di Jannah. Posting ini di post pada 11.11pm 1.1.22,” tulisnya. Sumber : Media Hiburan

Dalam Diam Heliza Helmi Selamat Diijabkabulkan Pada Hari Pertama 2022. Ini Pemuda Yang Berjaya Tambat Hati Heliza.

2021 baru sahaja melabuhkan tirai dan muncul tahun 2022. 2021 adalah antara tahun yang paling banyak kisah suka dan duka untuk rakyat Malaysia dan hari ini pada hari pertama 2022 satu berita gembira telah muncul.

Selebriti tanah air yang terkenal dengan penglibatannya dalam kerja-kerja amal dan kemanusian, Heliza Helmi dilapor selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Dato` Seri Mahadi BZ, Presiden AUF BMZ. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh rakan-rakan beliau di media sosial termasuklah jurugambar terkenal, Aqoimran dan pendakwah terkemuka tanah air, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff.

Melalui perkongsian yang dibuat, Heliza Helmi dan pasangan tampil bergaya mengenakan busana bewarna putih. Barakallahu fik @nurhelizahelmi @mahadibz Aqo doakan semoga bahagia ke jannah. Majlis berkenaan dipercayai diadakan secara ringkas di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

WAJAH LELAKI YG BERJAYA MENAMBAT HATI HELIZA HELMI

Selamat pengantin baharu diucapkan kepada kedua-dua mempelai dan didoakan kebahagian berkekalan di dunia dan sehingga ke akhirat.

 

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*