H4mil anak kedua… Anzalna minta doa yang terbaik

PERNAH memberi bayangan seolah-olah kini h4mil anak kedua, pelakon Anzalna bagaimanapun lebih selesa kunci mulut tentang hal tersebut.

Bagi pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir, 34, itu adalah soal peribadi untuk dikongsi kepada umum.

“Itu soal peribadi saya.

“Doakan sahaja yang terbaik,” jawabnya ringkas kepada mStar.

Mohon doa yang baik-baik tentang cerita hamil lagi

Sementara itu, Anzalna juga berkata, dia mahu memberi tumpuan lebih buat anak lelakinya yang kini berusia dua tahun.

Justeru itu, dia memperlahankan kerjaya seni meskipun menerima banyak tawaran berlakon.

Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set

ANZALNA

PELAKON

“Saya mahu habiskan masa berharga dengan anak. Dia sekarang ini memang rapat dengan saya dan suami.

“Tawaran berlakon masih banyak datang, namun saya terpaksa tolak dan perlahankan dahulu kerjaya seni.

Anzalna mahu beri lebih tumpuan kepada anak lelakinya

“Biarlah anak saya faham kerja ibunya sebagai seorang pelakon. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set,” jelasnya.

Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki, 34, pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*