Suami Ummi Nazeera tampil beri ayat pedas selepas KJ dedah ada jemaah umrah tanpa vaksin

KUALA LUMPUR : Seramai 17 daripada 122 individu disahkan dij4ngkiti varian Omicr0n yang direkodkan setakat 4 Januari lalu didapati tidak mempunyai rekod v4ksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang meneliti alasan mengapa mereka tidak div4ksin sehingga kini.

Tambahnya lagi, 17 individu tersebut disahkan dij4ngkiti varian Omicr0n melibatkan 10 warganegara dan tujuh bukan warganegara.

“Negara import kes Omicr0n tanpa rekod vaksinasi ini ialah dari United Kingdom membabitkan (4) kes, Nigeria (4), Emiriah Arab Bersatu (4) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi.

“Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap pengembara dari luar negara, kita dapati bahawa daripada 122 positif Omicron selepas masuk ke Malaysia, 14 peratus (17 kes) tiada vaksinasi.

“Di sini, wujud isu ketidak patuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang div4ksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Katanya lagi, sias4tan juga akan dibuat sama ada 14 peratus mereka yang dibenarkan keluar negara tanpa v4ksin mempunyai masalah kesihatan atau sebaliknya

Jemaah tanpa v4ksin: ‘Rasa keb4l dapat tawaf beramai-ramai?’
SUAMI kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan v4ksin seperti yang tular baru-baru ini.
Kata Dr Izzar, seandainya dirinya terpilih sebagai salah seorang jemaah umrah ketika ini, antara perkara yang perlu dilakukan adalah pengambilan vaksin wajib seperti yang ditetapkan dalam syarat kemasukan ke

Arab Saudi dan negara kita sendiri, Malaysia.

“Kalau saya dapat pergi buat umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi.

“Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi v4ksin C0VID-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.

“Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu v4ksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya?

“Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko j4ngkitan C0VID-19 dan Meningoc0ccal?

“Saya tak naklah macam tu. Saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana.

“Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan mer0sakkan niat dan h4ti saya,” tegas Dr Izzar.

Natijah daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu, tambah Dr Izzar, akan mendatangkan risik0 kepada semua pihak termasuk orang awam lain.

“Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa jemaah umrah lain juga.

“Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.

“Tapi, yang paling saya takut adalah apabila saya akan menidakkan hak atau peluang jemaah lain untuk menunaikan umrah dan haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi.

“Takut Kerajaan Arab Saudi akan sekat jemaah dari Malaysia disebabkan saya.

“Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letaklah peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan,” tambahnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.

Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak div4ksinasi.

 

sumber: astro awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*