“Nampak sangat pilih bulu…”- Kecewa, DSV Dakwa GV8 Hanya Gunakan Saiful& Yassin?

Kumpulan ‘SaYa’ yang diketuai oleh Yassin Yahya bersama Saiful Apek akhirnya tersingkir pada minggu ke-8 semalam. Ini sekali gus membuatkan mereka gagal mara ke pusingan separuh akhir apabila sekadar mendapat markah 58.20% iaitu di kedudukan paling rendah. Percubaan membawakan lagu berjudul ‘Blus Terengganu Kita’ nampaknya tidak berjaya mengagumkan para juri.

Melihat konsep pentas yang diketengahkan oleh mereka, tidak dinafikan percubaan membawa ramai penari latar boleh dikatakan sangat menarik. Meskipun sekali dengar lagu ini nampak seperti mudah dibawa, hakikatnya ia menuntut dua penyanyi berkenaan menggunakan banyak energy sehingga persembahan itu nampak sangat ‘hidup’.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Penyingkiran kumpulan pelawak itu ternyata membuatkan ramai peminat kecewa. Malah DSV sendiri selaku bekas penaja rancangan realiti nyanyian tersebut menerusi Instagramnya semalam juga sempat meluahkan kekesalan dan beranggapan ada unsur ‘pilih bulu’ kerana peserta yang bagus malah disingkirkan pula.

Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui kumpulan Sa Ya yang dianggotai Saiful Apek dan Yassin telah tersingkir di peringkat suku akhir program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung pada malam Ahad.

“Ada Masalah GV Minggu Penting Ni”-Vida

Menerusi posting di Instagram, Vida berpendapat bahawa program Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8) mempunyai masalah pada minggu yang sangat penting itu dan merasakan persembahan kumpulan Sa Ya yang mempunyai ‘X Factor’ pada malam tadi.

“SAYA RASA ADA MASALAH GV MINGGU PENTING NI..TOWARDS KE SEPARUH AKHIR..

“SA.YA PERFORMANCE ADA X FACTOR MALAM NI.. SHIDEE PULA NAK DI SIMPAN ..NAK SELAMATKAN ….NAMPAK SANGAT PILIH BULU..BULU PAHAT TAK KELUAR SUARA..TAPI DISIMPAN..?ATAS DASAR APA?..LAGEND? KALAU DAH SAH SAH PANCIT ? NAK SELAMATKAN LAGI?

“YANG BAGUS DI SINGKIRKAN..ADAKAH SEBAB MEREKA PELAWAK..MENJADI FILLER JER DALAM GV..TIBA TIBA LAIN JADI..MEREKA BERUSAHA BAIKI KELEMAHAN MEREKA..AKHIRNYA HASILKAN GREAT IMPROVEMENT SETIAP MINGGU…

“SAYA TAHULAH..MAINAN NI..SAYA MANTAN SPONSER GV…” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Lantaran itu, rata-rata pengikut Dato Seri Vida meluahkan pendapat masing-masing dan bersetuju dengan tindakan DSV yang bersuara mengenai ketidaktelusan dalam cara juri menghakimi persembahan peserta GV8 kalini.

Sumber dipetik dari dunia media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*