4 Tahun Berjauhan & Hanya Video Call, Anak Teruja Akhirnya Jumpa Bapa Kandung – ‘Kenapa Suara Abie Dah Lain’

Berp1sah atau berjauhan dengan insan tercinta amat per1t lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging sendiri. Tiada kata yang boleh diungkapkan betapa rindunya terhadap mereka. Tak din4fikan, tiada seorang ibu atau ayah pun yang sanggup berjauhan dengan anak-anak namun kadangkala keadaan yang membuatkan mereka terpaksa berbuat demikian.

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ini yang terp4ksa men4nggung rindu terhadap bapa tersayang dan setelah empat tahun, anak beranak ini akhirnya bersatu.

4 tahun tak jumpa bapa

Menerusi sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok Nana Feedoow, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Adam tidak dapat menahan kegembiraan dan keterujaan saat melihat wajah bapa tercinta. Bayangkan selama empat tahun, Adam hanya berhubung bersama bapa tercinta menerusi panggilan video sahaja.

Lebih mervntun hati apabila anak kecil ini langsung tidak berkesempatan bermesra dan bermanja bersama bapa sendiri seperti kanak-kanak lain. Setelah empat tahun bekerja di Australia, bapa Adam akhirnya pulang ke tanah air.

Alhamdulillah, welcome home Abie. Selalu video call/voice call je dengan anak. Kali ni kita surprise Adam reaction bila jumpa Abie depan-depan.

‘Kenapa suara dah lain?’

Jika dilihat daripada video yang dikongsikan, Adam berada di lapangan terbang bersama ibunya. Wanita tersebut ingin membuat kejutan kepada anak lelakinya itu dengan kononnya menyuruhnya mencari kedai ‘donut’. Namun langkah Adam terhenti saat seorang lelaki yang memakai pelitup muka menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dengan wajah yang agak ‘kel1ru’, kanak-kanak ini kemudian menyambut salam sambil menc1um tangan lelaki itu.

Adam seakan tidak mengenali wajah lelaki itu disebabkan wajahnya ditutupi dengan pelitup muka. Saat lelaki itu membuka pelitup muka tersebut, wajah Adam berubah serta merta. Dia sangat terkejut rupanya lelaki tersebut adalah insan tersayang yang dirinduinya selama ini. Adam kemudian memeluk bapanya sambil tertawa bahagia.

Namun apa yang membuat ramai seb4k selepas Adam bertanya kepada bapanya mengapa suaranya sudah berubah. Tak dapat digambarkan betapa bahagia anak kecil ini akhirnya dapat bertemu dengan bapa tersayang.

Sebaknya…

Komen netizen

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 500k tontonan dan kebanyakan netizen mengakui sebak selepas menonton video tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*