Lebih Sebulan Suami Meningg4l Dvnia Dlm Tidur Di Ruang Tamu, Anita Baharom Bagithu Apa Yg Berlaku Kepada Dia

KUALA LUMPUR: Lebih sebulan selepas pemerg1an suami ke Rahmatullah pada 1 Januari lalu, pelakon, Anita Baharom, 39, mengaku masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama anak tanpa kehadiran tonggak keluarga.

Lebih 16 tahun berkongsi hidup bersama, pelakon drama Dunia Baru ini sukar melupakan Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembvskan naf4s terakhir secara mengejut, ketika tidur, di kediaman mereka.

Bukan tidak reda atas ujian dilalui, namun akui Anita, siapa yang berada di tempatnya pasti sukar mem4damkan kenangan bersama pasangan.

Biarpun dilihat kuat di laman sosial, hakikatnya, hati Anita dan anak-anak sesekali rapuh. Dua minggu pertama pemerg1an Allahy4rham Ismadi dianggap get1r.

“Saya alami rindu yang tidak tert4han kepada suami sehingga seperti orang g1la. Setiap hari pada jam 6 pagi, saya bangun dan buka semua pintu, tingkap, lampu dan jeriji besi kerana rasa terkvrung dan lem4s.

“Setiap jam enam petang, saya duduk menangis di hadapan rumah. Saya cuba tidak menang1s kerana pen4t dan tidak mahu berk4bung lama-lama.

Anita berkongsi foto sambutan hari jadi anak, Syifa Dhia (kanan) bersama arw4h suami di Instagram (IG). Foto IG Anita Baharom

“Namun, sukar untuk saya bendung rasa rindu dan sunyi,” katanya kepada BH Online.

Sejak pemerg1an suaminya, Anita dan anak-anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8, masih belum ‘kuat’ untuk tidur di bilik yang terletak di tingkat atas kediaman.

Sebaliknya, mereka lebih selesa tidur di ruang tamu.

Anita berkongsi, setiap kali memanjat tangga yang dihiasi gambar suami pada dinding, Anita menyebut nama suaminya seolah-olah arw4h masih hidup.

“Setiap hari saya dan anak-anak akan bercakap mengenai arw4h atau kami akan meniru gaya arw4h bercakap.

“Ketika suami masih hidup, arw4h yang bangun menyediakan sarapan jika saya tidak sempat. Arwh juga membancuh air Milo untuk saya.

“Jadi, saya dan anak-anak sentiasa teringat perbualan kami bersama arwh. Itulah yang menjadi kenangan dan pengubat rindu kami terhadapnya,” katanya.

Anita berkata, kebimbangannya agar anak-anak tidak mengalami nasib sama sepertinya yang hilang bapa ketika berusia 12 tahun, menjadi nyata.

“Beberapa bulan sebelum kepulangan suami ke Rahmatullah, saya bawa anak sulung z1arah kvbur arw4h bapa.

“Saya ceritakan bagaimana peritnya kehilangan bapa pada usia kecil. Tidak sangka pula anak-anak melalui keadaan sama.

“Ibu h1lang suami ketika berusia 40-an. Tidak sangka rupa-rupanya, saya ikut jejak langkah ibu h1lang suami pada usia muda, malah, lebih muda daripada ibu,” katanya.

Sebelum pemerg1an suami yang juga penerbit, Anita mend4kwa m1mpi h1lang semua gigi. Ketika itu, Anita menyangka bakal keh1langan ibu yang ketika itu uzur.

Anita berkata, biarpun dij4ngkiti kenc1ng man1s hingga ibu jari kiri terpaksa dipot0ng, arw4h suami sihat sebelum menghembvskan n4fas terakhir.

“Sebenarnya, banyak petanda suami akan tinggalkan kami tetapi saya tidak perasan.

“Antaranya, suami tidak bersetuju menjual rumah yang kami diami. Arw4h kata bukan mudah untuk membeli rumah baharu ketika hartanah semakin mahal.

“Arw4h juga selalu meminta saya menunggunya hingga mati. Ketika menyaksikan persembahan Aina Abdul, baru-baru ini, di mana suami menjadi pengurus pentas acara itu, saya tergerak hati merakamkan video.

“Tidak sangka itu rakaman video terakhir arw4h yang saya simpan,” katanya.

Anita berkata, dia perlu keluar bekerja demi mencari pendapatan.

“Dua teman rapat menawarkan diri untuk menjaga anak-anak jika saya sibuk dengan penggambaran.

“Saya perlu kembali bekerja kerana saya adalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengec4m saya kerana mel4nggar tempoh edah, terpulanglah.

“Jika saya tidak keluar bekerja, siapa yang akan memberi makan dan melangsaikan komitmen bulanan saya,” katanya.

Suami Anita Baharom men1nggal dun1a dalam tidur di ruang tamu

PELAKON Anita Baharom berkongsi berita duka apabila suaminya, Ismadi Ismail, 50, men1nggal dun1a di rumah mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi, Sabtu.

Difahamkan Allahyarham men1nggal dun1a dalam tidur di ruang tamu.

Anita memaklumkan berita pemergian suami tercinta melalui Instagram.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa daripada saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya di Instagram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*