Tr4gis! Selepas buat 2 kerja kumpul duit hantaran, GF minta putus… tahu-tahu bertunang dengan laki lain guna pelamin, baju tunang dipilih bersama

“SEPERTI dibvnuh tapi tidak m4ti, seperti lvka tapi tidak berd4rah.”

Begitulah kapsyen yang ditulis oleh seorang pemuda di media sosial menggambarkan situasi hibanya apabila hubungan cintanya terputus di tengah jalan.

Menurut Fakhrul Hakimi Md Zainurin, 26, dia terpaksa menanggung rasa kecewa kerana bekas kekasih mengambil keputusan untuk membatalkan majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Disember 2021 atas alasan ‘tiada jodoh’ di saat segala persiapan sudah pun dilakukan.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Fakhrul mengakui masih lagi dalam keadaan sedih namun menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka.

“Tipulah kalau saya cakap tak kecewa. Siapa saja yang boleh terima bila kena lalui situasi sedih macam ni. Saya sanggup jadi penghantar makanan untuk dapat duit cepat semata-mata mahu menghalalkan dia.

“Waktu keluarga dia buat keputusan minta kami bertunang, saya baru lagi mula bekerja sebagai penghantar makanan lebih kurang lima bulan. Saya sebenarnya tengah praktikal di Serdang, Selangor. Jadi saya buat dua kerja dalam satu masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Jejaka ini bekerja sebagai penghantar makanan walaupun sedang menjalani latihan industri.

Imbas Fakhrul, untuk merealisasikan permintaan keluarga kekasihnya termasuklah hantaran berjumlah RM20,000 dia juga berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.

“Waktu ni nak cari kerja bagus bukanlah senang. Gaji saya bekerja sebagai rider tak konsisten setiap sebulan. Itu pun cukup-cukup saja untuk belanja diri sendiri dan bagi mak ayah. Selebihnya saya simpan untuk persiapan bertunang.

Saya pernah dikecewakan perempuan lain sebelum ni. Tapi dengan dia ni saya sayang betul sebab tu saya nak memperisterikan dia.

FAKHRUL HAKIMI

“Bekas kekasih saya pula masa tu dah mula beli barang-barang tunang dan kahwin. Masa itulah saya keluarkan wang simpanan. Tapi setiap kos yang kami tanggung, kami bahagi dua. Dia bayar separuh, saya pun bayar separuh,” katanya.

Ditanya sejak bila hubungan mereka mula bermasalah, anak kelahiran Kluang, Johor ini berkata semuanya berlaku secara tiba-tiba selepas beberapa hari keluarganya datang merisik.

“Keluarga saya datang merisik dia 16 Oktober tahun lalu. Dalam tempoh bercinta selama setahun lebih, saya dan dia tiada masalah pun. Walaupun ada perselisihan faham tetapi kami akan berbaik semula.

Antara tangkap layar perbualan Fakhrul dan bekas kekasihnya dalam memilih barang persiapan bertunang.

“Satu hari tiba-tiba dia minta nak batalkan majlis pertunangan. Sebelum tu kami ada berg4duh juga. Alasannya kerana dia lihat saya seperti tiada masa dan usaha untuk luangkan masa dengan dia.

“Padahal dua pekerjaan saya buat. Ini yang saya dapat setelah semua kemahuan dia saya ikut. Akhirnya kami sepakat batalkan pertunangan yang sepatutnya dibuat pada 18 Disember 2021.

“Tak mengapalah, saya sedar saya pun bukan datang daripada keluarga senang. Mungkin keluarga dia dah jumpa jodoh lebih sesuai untuk dia,” luah Fakhrul.

Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, kini dia pasrah dengan dugaan yang menimpa dirinya dan berusaha untuk menguatkan diri menerima kenyataan.

“Saya pernah dikecewakan perempuan lain sebelum ni. Tapi dengan dia ni saya sayang betul sebab tu saya nak memperisterikan dia. Walaupun tempoh perkenalan agak singkat tapi saya rasa dia yang terbaik dan serius pada masa tu,” jelasnya.

Fakhrul merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Ditanya adakah masih ada harapan untuk dia dan bekas kekasih kembali bersama, Fakhrul berkata dia tidak yakin akan berlaku sebegitu.

Rider GrabFood ini berkata, keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah menerima ketentuan ini dengan berlapang dada.

Mengenai perkongsian di TikTok, dia cuma mahu menyimpan kisahnya sebagai kenangan dan tidak menyangka postingnya mendapat perhatian netizen.

“Saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Lagipun saya dapat tahu dia dah bertunang dengan orang lain pada tarikh sepatutnya kami bertunang 18 Disember lalu. Pakaian dan pelamin pun dia guna semua yang sama. Mungkin pilihan dia kali ni jauh lebih baik daripada saya.

Jejaka ini masih dalam usaha menerima hakikat tentang takdir yang ditentukan oleh Allah untuknya.

“Susah juga nak lupa sebab kami dah rancang nak kahwin pun. Dalam kepala saya dah set untuk memperisterikan dia dan jadikan peneman hidup saya tapi perancangan Allah lagi baik.

“Saya harap dia berbahagia dengan pengganti yang dia pilih. Saya reda dengan apa yang terjadi. Hanya masa yang dapat menentukan segalanya,” cerita Fakhrul menutup kisahnya.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*