Iqbal dedah air mata mengalir, Pihak astro pula bagitahu Iqbal tak sihat dan mungkin akan terus ke klinik

Menepati ramalan dan ‘kehendak’ netlzen, usahawan sensasi lqbal akhirnya diumumkan sebagai peserta pertama terslngkir dari program realiti Big Stage 2022 selepas mendapat markah yang terendah.

Kelibat Iqbal Tldak Muncul Di Sidang Media.Seperti kebiasaan dalam mana-mana program secara langsung, sesi sidang media akan diadakan usai tamatnya program tersebut.

Namun, kelibat Iqbal tidak muncul sehingga diberitahu oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh bahawa pelantun Hujan itu terpaksa bergegas pulang kerana secara tiba-tiba mengalami msalah kesihatan.

“Saya baru diberitahu oleh pihak produksi selepas sesi penyingkiran tadi dia (lqbal) terus dibawa pulang. Katanya, dia tk sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut ” ujar Norzeha ketika ditemui Murai.my

lqbal Hanya Dapat 9.2%

Dalam minggu kedua program realiti itu, lqbal hanya mendapat markah sebanyak 9.2% dan dituruti komen yang ‘pedas’ daripada juri tetap, Ajai. Selain mempunyai banyak kesalahan di dalam persembahannya, Ajai dengan tegas menyifatkan Iqbal tidak mempunyai kredibiliti dan bakat sebagai seorang penyanyi.

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan” tegur Ajai yang hanya memberikannya empat markah.

Imbas kembali, selain Ajai, Iqbal turut menerima markah rendah dari seorang lagi juri tetap, Dato Sri Siti Nurhaliza yang memberikannya sebanyak 20 peratus. Manakala, penyanyi Aina Abdul yang diundang sebagai juri juara pula hanya memberikan Iqbal 10 peratus.

Air mata saya mengalir selepas kenang kembali kritikan Ajai — Iqbal Zulkefli

MENGHADAM kritikan pedas Ajai di pentas Big Stage bukanlah semudah yang disangka buat usahawan, Iqbal Zulkefli meskipun pada hakikatnya dia mengatakan tidak terasa hati.

Iqbal memberitahu, air matanya mengalir sebaik sahaja dia pulang dan bersendirian mengenang kembali kata-kata Ajai selepas persembahannya.

“Saya pun tidak sedar yang sebenarnya saya ada perasaan sedih kerana saya mengajar diri saya untuk menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka.

“Secara jujur saya menerima kritikan Ajai dengan hati yang terbuka dan saya sendiri akui bahawa saya bukanlah seorang penyanyi yang baik,” katanya kepada Majoriti.

Kongsi penyanyi lagu Hujan itu lagi, dia juga merasa sedikit kecewa kerana tersingkir dari pertandingan Big Stage walaupun semasa penyingkiran dia nampak gembira selepas namanya diumumkan.

Katanya, dia gembira kerana rakan lain (Megat Rahim dan Lia Aziz) masih dapat meneruskan perjuangan di pentas Big Stage.

“Saya ada rasa kecewa kerana tersingkir kerana ini baru minggu kedua dan saya baru nak ‘panaskan enjin’, tetapi apakan daya bukan rezeki saya.

“Bagaimanapun, saya gembira kerana Megat dan Lia dapat teruskan perjuangan kerana ini minat dan impian mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, meskipun menerima kritikan pedas dan tersingkir di Big Stage, dia tidak akan berputus asa untuk bernyanyi dan akan tetap menghasilkan single pada masa akan datang.

Katanya, meskipun mendapat kritikan bahawa dia ‘tidak berbakat dalam nyanyian dan semuanya bukan boleh dibeli dengan wang’, dia akan terus berkarya dan memperbaiki diri walaupun ia akan memakan masa yang lama.

“Dalam posisi yang lain saya tidak akan putus asa dan saya akan teruskan dalam bidang seni, sama ada saya mahu buat empat atau lima lagu saya akan tetap buat.

“Saya tidak boleh fikirkan apa yang berlaku, saya tetap akan teruskan kerana maruah diri saya adalah untuk mempertahankan semangat saya,” kongsinya. — Majoriti

Sejak diumumkan sebagai peserta yang ke-12 Big Stage 2022, Iqbal terus dikecam hebat oleh netizen sehingga ada yang memintanya untuk menarik diri dari program tersebut.

Dengan penyingkiran Iqbal, 11 peserta lain yang akan mara ke minggu seterusnya adalah Aisha Retno, Alica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Azi, Sofia Marieylla, Ajoi Zainal,Syafiq Abdillah, Megat Rahim dan Danial Chuer. Untuk info, Danial tidak dapat membuat persembahan pada minggu ini kerana mengalami dem@m panas.

Peminat ‘cucuk’ Iqbal suruh saman Ajai, mengaku pedih dengar komen juri

“Sejujurnya sedikit kecewa tersingkir… saya ada letak harapan nak kekal dan teruskan menyertai program ini. Saya pun sedang belajar dan baru nak panas, rasa selesa bekerjasama dengan semua orang termasuk peserta lain yang sebaya dengan saya, kami baru nak rapat.

“Tapi nampaknya tak ada rezeki untuk saya teruskan, saya pun sedar mungkin akan tersingkir sebab tu saya buat yang terbaik di konsert minggu kedua.

“Secara keseluruhannya saya bangga dengan diri sendiri, saya melangkah berani dan semua orang di dewan beri sorakan meraikan saya.

“Alhamdulillah ramai dah mula suka dan nampak semangat saya, mereka puji kata saya berjiwa kental dan merendah diri. Memang ramai yang mesej beri kata semangat,” katanya kepada mStar.

Iqbal terima komen Ajai dengan hati terbuka.

Pada konsert minggu kedua, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan mendapat markah tercorot iaitu 9.2 peratus sekaligus gagal meneruskan perjuangan.

Menurut juri tetap iaitu Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

Saya okay sahaja, menerima dengan hati terbuka dan serap semua komen yang diberi oleh orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam industri

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi… ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur,” komen Ajai.

Iqbal tidak akan berhenti menyanyi.

Mengulas mengenai komen pedas juri itu, Iqbal mengakui tidak terasa hati dengan kritikan berkenaan, namun menegaskan sama sekali enggan berhenti mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

“Saya tak sentap, okay sahaja, menerima dengan hati terbuka dan serap semua komen yang diberi oleh orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam industri.

“Walaupun ada penyokong saya marah di laman sosial dan minta saya saman Ajai kerana komen begitu tapi saya terima daripada sudut positif sahaja. Meskipun pedih tapi saya kena reda dengan komen yang diberikan juri.

“Walau apa pun kata Ajai, itu tak bermakna saya akan berhenti, kata-kata itu tidak akan membuatkan saya putus asa atau berhenti daripada menyanyi. Saya bukan nak jadi hebat cuma saya berminat untuk belajar lebih lagi mengenai muzik dan mahu jadi seorang penghibur.

“Saya tak mahu pertikaikan komen juri itu tapi sejujurnya saya tak boleh berhenti menyanyi, kata-kata itu sama sekali tidak menutup minat saya. Saya akan tetap teruskan minat ini. Kalau boleh saya nak galakkan semua orang belajar vokal bukan semata-mata untuk jadi penyanyi tapi k

Aina Abdul tak sanggup dengar komen ‘pedas’ juri, puji Iqbal berani bersaing walau tiada kebolehan

SELAKU juri undangan konsert Big Stage 2022 minggu kedua, penyanyi Aina Abdul menganggap peserta pertama yang tersingkir iaitu usahawan Iqbal Zulkefli sebagai seorang yang bijak mencari peluang.

Tidak melihat persembahan Iqbal terlalu teruk, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia juga menghormati keputusan usahawan itu untuk bersaing di pentas Big Stage.

“Bagi saya dia bijak la. Bagaimanapun saya tidak pasti mengenai mengapa dan bagaimana dia boleh menyertai program ini. Bukan mahu mengatakan persembahannya teruk, tetapi kalau nak dibandingkan dengan peserta lain, kebolehan dia itu mungkin sedikit ke bawah.

Iqbal menjadi perserta pertama Big Stage 2022 disingkir.

“Apa sahaja Iqbal punya objektif, dia bijak. Dia juga tahu menggunakan peluang yang dia ada. Untuk saya, that is really brilliant.

“Saya salute pada Iqbal sebab berani. Saya tak akan seberani itu. Contohnya macam sertai Maharaja Lawak, saya tak akan buat sebab saya sedar diri ini tidak lawak.

“Jadi kepada Iqbal, tak kisahlah komen apa-apa yang awak terima, saya tahu awak mesti sudah kuat, lali dengan semua komen,” katanya kepada mStar.

Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan menjadi peserta pertama tersingkir di Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Untuk saya la, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain.

Lebih memalukan apabila Iqbal hanya mendapat empat peratus daripada juri tetap komposer Ajai manakala penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan 20 peratus dan Aina Abdul pula 10 peratus sahaja.

Memuji sikap berani peserta Big Stage, penyanyi lagu Sepi ini yang pernah menyertai program realiti mengakui dia juga akan diserang panik apabila mendapat kritikan atau komen ‘pedas’.

Turut terlibat dalam seni secara serius selepas menyertai sebuah program realiti, Aina tidak menafikan, para peserta miliki semangat yang kuat khasnya ketika berdepan komen para juri.

“Saya jadi anxiety… sayalah yang berada di situ, rasanya saya tidak kuat seperti mereka. Mereka masih lagi boleh senyum.

Aina tidak sanggup mendengar komen ‘pedas’.

“Untuk saya la, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok sebab saya boleh rasa apa yang mereka rasa,” ujarnya lagi.

Aina tidak melihat persembahan Iqbal terlalu teruk.

 

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*