Sakit sebenar Datuk Aaron Aziz didedahkan, ini saranan doktor supaya pembedhan dilakukan

Terdahulu Pelakon Datuk Aaron Aziz, 46, berkongsi dia kini bergantung dengan ubat-ubatan akibat penyakit saraf dihidapinya, namun masih lagi boleh aktif dalam kerjaya lakonan.

Aaron yang kini membintangi drama Gerak Khas Undercover dan ditemui pada sidang media secara virtual di Google Meet, semalam, berkata dia tetap bersemangat kuat apabila bekerja, tetapi akan berhadapan kesakitan sewaktu berada di rumah.

“Saya kalau bekerja di lokasi okey saja, tidaklah berasa sakit sangat. Namun, jika di rumah tidak bekerja memang akan jadi terlalu sakit. Apapun, saya tetap bersyukur masih boleh bekerja lagi.

“Cuma, untuk tahan segala kesakitan dirasai saya sekarang memang bergantung dengan pelbagai jenis ubat-ubatan daripada doktor. Kena makan ikut waktu, kalau tak ambil akan lebih sakit,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aaron, dia juga sebenarnya kurang selesa untuk membicarakan masalah kesihatan dialami itu kerana bimbang ada pihak produksi enggan mengambilnya berlakon selepas ini.

“Walaupun sakit, insya-Allah saya masih boleh bekerja dan pihak produksi usah risau untuk memberikan tawaran. Saya cuma harus berhati-hati saja ketika melakonkan aksi terlalu lasak dan elak dari jatuh ke hadapan atau ke belakang, termasuk dari tempat tinggi.

“Untuk watak yang bukan aksi, saya okey saja untuk melakonkannya seperti biasa. Terus-terang, saya sangat sayangkan kerjaya lakonan ini dan sampai sekarang saya masih boleh berlakon dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura itu pernah mendedahkan dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.

Kali pertama Aaron berhadapan penyakit ini pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.Begitupun, dia membuat keputusan tidak menjalani pembedahan seperti disarankan doktor.

Tum0r makin membesar

Dalam perkembangan terkini, Aaron kini terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit. Menurut doktor, tumor yang di hidapi oleh Aaron makin membesar dan memerlukan pembedahan

“90 minutes dlm benda ni. Doctor said I need surgery and need to be on medical leave for 2month Tapi tak boleh Sebab byk ongoing project skrg ni..so for now I’m just using the drugs to kill the pain…. Working in pain… only ALLAH knows what I feel. Korang tengok Abg senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati Abg menangis kesakitan…Doc said the tumor is bigger”

Rata-rata peminat dan rakan artis, terus menerus mendoakan Aaron Aziz

“Get well soon abang. Semoga dipermudahkan..”

Tawar hati pulang ke Singapura, Aaron Aziz seronok berniaga minyak wangi

KEHILANGAN ibu tercinta dua tahun lalu memberi kesan yang amat mendalam buat pelakon Datuk Aaron Aziz.

Kata Aaron, 46, beliau kini rasa tawar hati untuk pulang ke Singapura kerana suasananya tidak sama seperti dahulu.

“Selepas ibu meninggal, saya jadi tawar hati untuk pulang ke sana. Dahulu ada alasan untuk balik iaitu berjumpa ibu.

“Perasaan itu sudah berbeza sekarang. Saya sendiri tidak mengharap untuk balik ke sana.

Anak lelaki Aaron, Danish (kanan) berkongsi gambar menziarahi pusara neneknya

“Tambah lagi dengan kesibukan kerja. Jadi tak terlalu fikirkan soal nak pulang ke Singapura,” ujar Aaron.

Ibu Aaron iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia akibat serangan jantung pada November 2020.

Aaron memberitahu anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini berada di sana akan berkongsi cerita setiap kali menziarah pusara ibunya.

Perasaan itu sudah berbeza sekarang. Saya sendiri tidak mengharap untuk balik ke sana

“Keadaan sekarang pun menyebabkan kami sukar untuk ke sana.

“Bagaimanapun anak saya akan berkongsi gambar dan cerita apabila ziarah ke pusara ibu. Itu momen menyedihkan kerana dia tidak dapat pulang ketika ibu saya meninggal,” ujarnya.

Terus memberi fokus kepada kerjaya, pelakon filem Pisau Cukur ini sibuk dengan urusan perniagaan selain dunia lakonan.

Seronok uruskan perniagaan minyak wangi

Aaron juga akui selesa bergelar seorang ahli perniagaan selepas tiga tahun memasarkan produk wangian jenama sendiri The Oud by Aaron Aziz.

“Ketika memulakan perniagaan, niat saya adalah untuk membantu orang di luar sana menjana pendapatan lebih.

“Syukur ia mendapat sambutan yang memberansangkan. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei,” jelasnya.

Sumber : Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*