Baru je Ekin dedah alami mental breakdown. Sekali Mawi pulak tampil jelaskan perkara sebenar mengenai rumah tangganya.

Penyanyi dan penyampai radio Mawi tampil menafikan dkwaan sesetengah pihak kononnya hubungan dia dan isteri Ekin sedang beretakkan. Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, isu berkenaan tercetus susulan ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini. Jelas Mawi, kesemua itu tidak benar dan ketiadaan Ekin pada majlis tersebut bukanlah disebabkan mereka berg.4duh.

“Masa kami buat sidang media filem ‘Hantu Kuat Ketawa’, isteri saya tak dapat hadir atas sebab tertentu. Masa itu Ekin di Johor Bahru. Bukan sebab kami g.4duh dan sebagainya,” katanya. Tambahnya, dia berharap isu berkenaan tidak dipanjang-panjangkan.

“Alhamdulillah 13 tahun dah kami bersama. Semalam baru je kami keluar berdendut sambil makan aiskrim mangkuk. I Love my ‘Masyhur Sang Sakti,” tulisnya di satu hantaran di Instagram, semalam. Sekadar info, Ekin sebelum ini akui mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka.

“Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok. Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya ‘kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? cerai ke?? Allahuakbar,” maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.

Terus menerus diasak dengan pertanyaan mengenai hubungan rumah tangganya dengan Mawi, Ekin Rahmat mengakui emosinya terganggu serta mengalami ment4l ‘breakdown’. Ramai yang menghantar pesanan bertanyakan keadaan Ekin seolah-olah mahligai yang dibina bersama Mawi itu sedang dilanda masalah.

“Terima kasih kepada yang sudah bertanya sama ada saya okey atau pun tidak. Apa yang membuatkan saya stress adalah soalan yang mereka ajukan. Mereka tanya kenapa tak nampak saya di pelancaran itu. Adakah kerana rumah tangga ada masalah atau sudah tidak sefahaman atau bergaduh atau kerana kami sudah bercerai. Allahuakbar,” katanya menerusi Instagram.

Menjawab segala persoalan, isteri kepada penyanyi dan penyampai radio itu menjelaskan mereka berada di Johor Bahru sedang menjalani kuarantin. “Anak-anak positif cvdI9 dan kami ‘terperangkap” di Johor Bahru. Sudahlah stress menjaga anak-anak yang meragam sakit, Tetapi, majlis yang sudah dirancang itu perlu diteruskan.

Komen Warganet:

“Bila kata ftn4h datang, sesukanya bercakap tanpa si4sat, lagi tambah tertekan. Saya mohon, kepada yang bertanya seperti itu, berhentilah kerana ia menyebabkan saya stres,” katanya. Ekin dan Mawi mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika.

 

Sumber: Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*