“Kamu tak ada hak m4rah dia..” – Rakaman Kak Ogy bertikam Lidah Dgn Dato Ramli MS Kembali Tular

Sebut sahaja Ramli MS, Kak Ogy pasti nya sinonim dengan tugas mereka sebagai juri dalam mana mana pertandingan nyanyian di Malaysia. Besar jasa mereka juga dalam industri seni tanah air dalam melahirkan penyanyi yang menguasai ilmu dalam melontarkan vokal dengan baik.

Menerusi satu klip durasi pendek, Ramli MS atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tokram menegur Kak Ogy dalam memberi komen pada penyanyi. Kelihatan seperti Tokram mene.gur ‘pitching’ nya yang kedengaran seperti ma.rah pada peserta tersebut. Namun, Kak Ogy tenang dalam menjawab dan menerima komen yang diberikan pada nya.

Lihat video dibawah:

Lihat juga komen dibawah:

@Bellpunisher:kannnn..komen jer..jgn ma.rah…mula kata ma.rah xdtg kelas ..pastu tanye sy mar.ah ke …

@Susu Petai:Tapi dia x dtg class,knp x boleh ma.rah.. Ayat last pulak, “saya ma.rah ke dia“? sebenarnye die marah ke tak ahahaha..

@Munjis@benjid:pertama kali juri tegur juri. ogy ko.yak kena te.gur..stady tok ram yehhh Llki memang.

@Dekna.AF5: Ohhh fahammm sebab tu masa dekna dlu die dh praktikkannn tpi syg tok ramm x de nak selamatkan dekna hahah

@Suryaliana90:mmg dia kata tak m.rah tp masalahnya mcm tok ram kata la nada dia tinggi mcm org mrah² klu rndahkan sikit suara,kan bagus.

Seni tak menipu dan tak boleh menipu seni – Ramli MS

“AWAK sudah kahwin?” tanyanya saat memulakan bicara panjang sejurus selepas penulis duduk di sofa di sebelahnya lalu menjawab, sudah.

“Masa awak masuk rumah ini pun saya sudah boleh meneka. Orang seni ini memang begitu. Orang macam kami ini melihat kehidupan ini daripada semua perspektif,”ujarnya yang sudah sedia ada menyarung kain pelikat dan berbaju T ringkas di rumah.

Sebenarnya, bagi mereka yang mengenali Datuk Ramli MS atau Tok Ram, tentunya sudah terbiasa dengan sikapnya yang suka bergurau dan gemar berbual.

Ciri itu melengkapi perso­nalitinya yang ramah dan mudah didekati meski ada yang berpandangan, keadaan itu mungkin sedikit berbeza dengan sewaktu dirinya berdarah muda. Kata orang, dia lebih tegas dahulu.

Dari kisah dan ragam orang sudah berkahwin, cerita mengenai industri, sehinggakan topik hantu dan kejadian mistik pun boleh jadi bahan bualan bersama penulis tempoh hari, menunjukkan, lelaki ikon seni muzik tanah air ini memang kaya dengan bermacam cerita.

Namun, satu yang boleh dilihat, Tok Ram di usia 63 tahun kini, lebih tenang, relaks dan sangat menikmati dan menghargai kehidupan.

“Perkara terbaik dalam hidup adalah kebahagiaan. Saya bekerja dari usia 9 tahun dan semua kerja pernah saya buat. Tapi saya selalu gembira sebab bukan jenis yang mudah letakkan noktah pada kerja.

“Saya ini, bukan orang yang suka melihat semalam. Sejarah bagi saya adalah hanya rujukan. Bukan tidak bersyukur. Tapi, apa yang berlaku semalam, tak akan balik atau berulang pada kita sebab setiap hari adalah berbeza. Sebab itulah kena sentiasa pandang dan terus ke depan.

“Saya buat apa yang boleh membuatkan diri gembira. Saya bukan seorang yang suka bermain api. Tak akan buat sesuatu yang saya tak tahu, tak akan laburkan masa atau wang pada sesuatu yang saya tak mampu. Satu lagi, saya bukan seorang pemimpi atau suka berangan-angan,”katanya.

Berkongsi lanjut, Maestro dan pemuzik terkenal negara ini bagaimanapun percaya, bukan mudah untuk seseorang itu mencapai tahap kebahagiaan dalam diri kerana selain subjektif, ia juga bukan satu ukuran sebuah kesempurnaan.

“Saya kerja dengan dunia seni, jadi saya nampak semua. Manusia ini tidak akan sempurna. Nabi pun tidak sempurna, siapa pula kita bukan? Tapi Tuhan berikan kita akal untuk kita mencari mana yang baik dan usaha untuk meraih kebahagiaan itu.

“Muda ini, mungkin tidak dapat rasa tahap itu. Ia sukar digambarkan. Sebab ada juga orang, yang sudah buat macam-macam, tapi dia masih juga tak bahagia. Di situ awak akan faham bahawa ternyata bahagia itu tidak boleh dibeli.

“Tapi pendek cerita, sebab itulah saya cakap, jangan main api, jangan cari masalah. Sederhana. Pilih apa yang awak perlukan dan bukan apa yang awak mahu,”katanya.

Seiring mendengar kata-kata bijaknya tentang soal hidup, sudah namanya manusia, tentu ada perasaan penyesalan terhadap sesuatu perkara yang tertinggal di belakang ketika meniti perjalanan usia.

Perkara itu tidak dinafikan figura muzik ini. Namun, menyelami isi hatinya mengenai hal ini, dia mengaku tiada guna untuk menangisi kesilapan lalu.

“Jika saya pernah menyesali sesuatu dalam hidup? Bagi saya, tidak. Sebab, keputusan dibuat sebelum kita melakukan sesuatu. Sebelum buat, mesti awak berfikir panjang bukan? Kalau saya salah buat tafsiran, biasanya saya akan cuba belajar dan perbaiki untuk tidak ulangi lagi.

“Selalunya, setiap kesalahan itu boleh diperbaiki. Bukan disesali sahaja sepanjang waktu. Benda sudah berlaku. Kita jadikan ia satu peringatan dan tauladan dalam hidup. Tak akanlah nak kecil hati selamanya?

“Bagi saya, usah duduk berlama-lama dalam keadaan negatif itu. Tapi, ada satu yang kita tak boleh kata apa. Jika kesilapan itu dikategorikan sebagai takdir atau bencana alam. Contoh, perihal perceraian saya. Itu kategori bencana alam, takdir,” katanya sempat berseloroh.

Tak ada identiti? Kita tak rekod

Larut bercerita mengenai perihal industri, bagi Tok Ram, suasana kini sangat berbeza dengan apa yang dilaluinya pada zaman muzik analog.

Ini kerana pengamal seni muzik zaman itu memberi keutamaan pada kerja dahulu sebelum memancing populariti yang mana, ia menjadi faktor penting dalam memastikan seseorang artis itu kekal bertahan.

“Dulu, kalau orang macam kami ini nak uji bakat, sampai ke urat hijau kita tengok. Maksudnya, betul-betul buat sebab nak pastikan artis itu mampu bertahan lama. Kalau ada identiti, berwibawa, kemudian dengan bakat yang ada barulah kami bawa untuk merakamkan lagu.

“Kalau tiada identiti, menyanyi sama saja macam sedia ada, kita tak akan rakam. Itu sebab artis dulu sangat kuat. Mereka sudah ditapis. Dulu, RTM ada gam lagu atau orang kan jika tidak sesuai? Sekarang apa pun boleh.

“Kalau tak boleh, artis ini ada pilihan lain, iaitu platform Youtube misalnya. Itu sebablah tahu-tahu sahaja ramai artis baru muncul,”katanya.

Membawa­nya kepada topik kualiti lagu yang kini bagaikan sambil lewa dihasilkan segelintir pemuzik namun melata bermain di corong radio atau ikutan ramai, dia juga mengaku menyedari situasi ini.

Pun begitu, berbalik kepada prinsipnya untuk tidak memperlekehkan hasil karya orang lain, Tok Ram bertegas dia tiada sebab untuk mudah mengkritik soal ini.

“Ada yang kritik dan tergamak melabel lagu atau penyanyi dalam kategori ini sebagai sampah. Saya tak akan cakap begitu.

“Berbalik juga kepada peredaran zaman analog ke digital tadi. Sekarang kemudahan ada, semua tertumpu pada digital yang kemudiannya mewujudkan situasi ini. Puncanya, tiada penapisan berlapis.
“Itu dilakukan oleh pengamal industri sebelum ini, sebab itu tak mudah jadi penyanyi atau pemu­zik,”katanya.

Memberikan contoh Misha Omar sebagai artis acuannya dibuat sepenuhnya oleh syarikat rakaman, Tok Ram menganggap pentingnya syarikat rakaman dalam memainkan peranan menjaga kualiti artis di bawah naungan mereka.

“Dia antara barisan artis yang masih ikut prosedur dulu, penapisan yang ketat. Tengoklah lagu Sampai Bila itu. Kualitinya bagaimana? Misha usianya sudah 40 tahun dan boleh menyanyikan lagu itu sehingga jadi hits. Bukan satu perkara main-main.

“Itu menunjukkan syarikat rakamannya dan pasukan di belakang Misha itu begitu teliti. Baik dari aspek menjaga kualiti artis, muzik, lagu termasuk seni kata karya itu,”ujarnya menutup bicara.

Siapa pelapis ganti Tok Ram?

Dalam santai, soalan seperti berikut sengaja diajukan kepada lelaki ini. Dalam konteks, ingin melihat apa pandangannya tentang potensi pemuzik yang mampu menggalas kerusi yang sama pada kedudukannya dalam industri kini.

Ini kerana, rata-rata orang industri muzik, cukup tunduk dan hormat pada Tok Ram, menjadikannya pusat rujukan dan mengambil setiap kata-kata dan ilmunya dengan penuh hemat dan cermat.

Jika anda merasakan dia akan tersenyum lebar mendakap rasa bangga, anda barangkali silap. Tok Ram, ada jawapan untuk pandangan sedemikian.

“Dari segi apa orang tengok saya begitu? Saya tak rasa pun diri di atas. Sebenarnya, ramai orang yang lebih bagus. Saya ini, biasa saja. Ini fakta. Saya tak akan pernah merendahkan orang lain.

“Kalau awak tengok, saya ini tak pergi sekolah tahu. Sekolah muzik pun saya tak pergi. Tapi, saya seorang peniaga, pengamal bunyi dan visual komersial. Datuk Ahmad Nawab, Datuk M.Nasir, ini orang peniaga muziklah macam saya.

“Saya duduk dengan mereka ini semua dan belajar banyak tentang muzik komersial. Bila duduk di arus perdana, itu sebab orang kata saya dilihat seperti tiada galang ganti. Padahal, banyak lagi pemuzik lain yang bagus-bagus, cuma mereka tidak mengkomersialkan diri. Dari segi pengalaman, sama,”katanya.

Dalam merendah diri, Tok Ram juga mengaku, bukan senang untuk dia sewenang-wenangnya memperkatakan atau memperlekehkan hasil kerja muzik orang lain kerana sedar, terdapat ramai orang yang mahu merebut peluang berada dalam dunia muzik komersial.

Cuma, baginya, sesetengah daripada mereka gagal untuk memikirkan kualiti pada sesebuah karya yang dihasilkan dan fokus pada hasil jualan semata-mata.

“Kalau hendak cakap pasal industri muzik kita sekaranglah, situasi seperti itulah yang banyak berlaku. Ramai tak fikirkan kesan hari esok. Lihat dan dengar kata-kata ini sebagai nasihat. Seni tak pernah menipu dan kita tak boleh tipu pada seni.

“Nak jadi orang seni, saya berani cakap, rata-ratanya jujur dan sangat telus. Kalau bulat, bulatlah ia. Kalau empat segi, itulah ia. Kalau tiada kejujuran dalam diri dan kerjaya, apa yang awak tengah lakukan itu?

“Bila dah sampai satu masa, 47 tahun dalam industri macam saya, benda ini sudah jadi sebati dan kelaziman dalam cara hidup,”katanya.

Berkongsi lanjut, kata Tok Ram, bahkan kerana ketelusan dalam berkata-kata jugalah maka orang mengandaikan dirinya garang sehingga ada yang gerun untuk menuntut ilmu darinya.

“Tak adalah begitu. Sebenarnya, saya ini banyak kawan sampai ada yang pelik. Satu sikap saya, tak suka menipu orang. Itu nombor satu. Kalau saya cakap A, A lah. Saya juga tak akan cakap benda yang akan menyakitkan hati orang.

“Satu kelebihan orang seni ini, mereka berada di kedudukan kehidupan fitrah manusia. Kalau awak tengok M.Nasir contohnya. Hairan tak, dia boleh fikirkan karya, yang orang lain tak nampak pun sudut itu.

“Itu sebab dia nampak fitrah manusia. Dia masuk dari segala pelosok kehidupan yang sama dengan saya sebagai orang seni. Dan kita bukan orang yang peduli dengan kamera. Terma kami, biar kamera yang cari kami,”katanya.

 

Sumber: Tiktok, utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*