“Oi cover2 la sikit, tahu lah baru kahwin” Aksi terlajak mesra Kamal Adli & Uqasha jadi bualan warganet.

Buat peminat drama tempatan, pasti kisah berjudul Setelah Terlafaznya Akad menjadi antara yang begitu disukai oleh anda apabila selain jalan cerita yang menarik, lakonan antara pelakon, Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose pula memegang watak Nawal menyebabkan drama ini mendapat sambutan

Tambahan pula, keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang berjaya memegang watak masing-masing itu mengundang drama terbabit juga trending di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KamalxUqasha (@kamalxuqashafanclub)

Malah drama Setelah Terlafaznya Akad juga hangat diperkatakan ramai peminat apabila ditayangkan sekitar tahun 2019. Walau bagaimanapun, terbaharu difahamkan bahawa kedua-dua pelakon terbabit bergandingan lagi dalam Setelah Terlafaznya Akad musim kedua.

Rasanya makin istimewa drama tersebut, ini kerana di musim pertama mereka digos1pkan oleh peminat disebabkan keserasian mereka namun siapa sangka, mereka telah sah bergelar suami dan isteri pada tahun lalu.

Jadi melihatkan pula satu perkongsian yang memaparkan gelagat mereka di set penggambaran Setelah Terlafaznya Akad musim kedua, tentu sahaja peminat begitu gembira dan teruja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KamalxUqasha (@kamalxuqashafanclub)

Perkongsian di akaun Instagram bernama KamalxUqashafanclub itu bagaimanapun membuatkan peminat pasangan sama cantik, sama padan itu turut terhibur melihatkan kecomelan mereka yang sempat dius1k lalu dirakam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*