Ada Yang Tanya Pasal Shuib Dekat Wan Sharmila. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Tuan Badan Tampil Bongkarkan Sesuatu Pasal Ni.

Pelakon Wan Sharmila enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya yang dikaitkan dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.Jelas Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala, 40, dia enggan kenyataannya nanti disalah tafsir dan mengguris hati pihak lain.”Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa.

Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain.”Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak. Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah,” katanya kepada Gempak.

Lala ditemui pada majlis previu bufit ramadan Destinasa Rasa bersama cef selebriti, Chef Naem Ramli di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini. Mengimbas semula, khabar angin mengenai hubungannya dengan keluarga Shuib mulai tercetus menerusi sepotong video yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Siti Sarah Raisuddin.

Lala dipercayai meluangkan masa bersama anak perempuan Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9. Bagaimanapun, Lala mengakui menjadi pengguna setia dan pembeli tudung yang diusahakan oleh Allahyarham Sarah, Loveta. “Saya pakai tudung Siti Sarah sebab tudung dia sangat selesa. Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada Sarah.

Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan.”Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib). “Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,” tambahnya. Untuk rekod, Lala pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada 2007 namun berpisah dua tahun kemudian.

Genap 11 Tahun Ulangtahun Perkahwinan Shuib Dengan Siti Sarah. Sekali Ini Ucapan Shuib Sempena Ulangtahun Perkahwinan Buat Ramai Yang Sebak.

Biarpun sudah enam bulan isteri tercinta pergi menghadap Ilahi, perasaan sayang pelawak Shuib terhadap Siti Sarah Raisuddin masih mekar di hati. Genap 11 tahun usia mahligai pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya.

Dengan kapsyen yang menyentuh jiwa, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian Sarah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi ‘background music’ untuk entri tersebut.

Bukan hanya pemilik nama Shahmira Muhamad yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Elvina Mohamad dan Datin Rebecca Nur Al Islam antara yang tinggalkan komen. Rata-rata warganet menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar Sarah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi psra yang terletak di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu. Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi pada 9 Ogos tahun lalu

selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19. Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*