Menangis Shuk Garagara Satu KlipVideo Yg Dimuat Naik Oleh Rossa

Baru baru ini dilihat penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing selepas berjaya menurunkan berat badan lebih 10 kilogram.

Dengan menerusi satu perkongsian terbaru, Serra ada memuat naik satu video yang dilihat sedang mempromosikan produk. Kata Serra lagi, dia tidak percaya dia kini boleh tampil cantik.

“Sakit sangat dihina. Dipandang rendah, penat kena ejek. Jangan berharap pada orang, sekarang alhamdulillah dah turun lebih 10 kg,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu video lain, Serra turut berkongsikan video perbandingan sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut.

Perkongsian Serra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Serra dilihat semakin cantik dan bergaya.

Dalam pada itu, ramai memberikan kata semangat supaya terus pandang ke hadapan dan kuat untuk menempuh dugaan rumah tangga.

Rossa Dipuji Semakin Kurus & Menawan, Netizen Kata Menangis Shuk Tengok

Sejak kebelakangan ini, penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing.

Terbaru, Rossa ada memuat naik videonya mengenakan busana warna hijau dengan kapsyen supaya sayangi diri sendiri.

Klip Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan netizen yang memuji Rossa yang dilihat semakin cantik dan menawan. Malah, ada yang mengatakan Rossa kini lebih bahagia.

Dalam pada itu juga, ada dikalangan netizen mengatakan menangis Shuk melihat Rossa sekarang kerana dia semakin cantik dan maju kehadapan.

Awal November tahun lalu, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*