Selepas 7 Hari Menimang Cahaya Mata Akhirnya Ernie Dan Syamel Umumkan Nama Anak. Memang Sedap Betul Nama Puteri Sulung Ernie Zakri.

SELEPAS tujuh hari menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel mengumumkan nama untuk anak perempuan mereka itu. Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Nur Khawla Soleha. “Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha.

“Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT. Panggil saya Khawla,” tulis Ernie. Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Boneka ini turut memuat naik foto memperlihatkan genggaman tangan mereka bertiga.

Ernie umum nama anak sulung. Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan memuji pemilihan nama kepada bayi tersebut. Malah, rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga Khawla membesar menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT

“Khaula seorang srikandi yang hebat dan Allah rakamkan kisahnya di dalam Al-Quran. Wanita ini disegani oleh Saidina Umar ketika menjadi khalifah, beliau tidak akan beredar selagi Khaula belum habis memberi maklum balas. “Nama yang sangat indah. Subhanallah! Selamat datang Khawla Soleha. Cantik sungguh nama seindah makna.

Ernie, Syamel doa Khawla jadi anak solehah. “Sedap nama Khawla, semoga menjadi anak solehah, penyejuk mata ayah dan bonda,” tulis pengikut. Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu.

Alhamdulillah Dah Selesai Majlis Tahnik. Sedap Betul Nama Putera Sulung Dayah Zubit.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis cantik manis yang menggelarkan dirinya sebagai ‘kakak’ kepada anak penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.

Dia merupakan bekas pengasuh anak penyanyi popular, Dato Sri Siti Nurhaliza. Nurhidayah Zubit atau lebih dikenali sebagai Dayah telah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin yang lepas.

Berita gembira itu dikongsi Dayah menerusi sebuah hantaran di Instagram memberitahu dirinya selamat bersalin pada jam 2.41 pagi di sebuah hospital swasta di Terengganu. Dalam hantaran itu, Dayah memuatnaik foto bersama suaminya disisi yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II), Ridzuan Razali.

Menitipkan rasa syukur atas kurniaan tersebut, Dayah turut berkesempatan mengucapkan terima kasih buat suaminya. Bagaimanapun, wajah dan jantina bayi mereka masih belum didedahkan pasangan itu. Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yg kau kurniakan.

Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik in shaa Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran anugerah & amanahMu untuk kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi. Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yg terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama2 buat yg terbaik untuk anak kita pulak yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yg abang lakukan

Menerusi posting dilaman ig, pasangan ini selesai membuat majlis tahnik & cukur rambut untuk cahaya mata pertamanya yang diberi nama Muhammad Al Fattah. Alhamdulillah, tabarakallah mashaAllah. Hari ke7 selepas kelahiran, selesai majlis tahnik & cukur rambut untuk Muhammad Al Fattah. Semoga mendapat keberkatan & rahmat Allah.

Semoga Allah swt takdirkan Muhammad Al Fattah menjadi anak soleh, alim, cerdik & bijak. In shaa Allah ameen ya mujib. Terima kasih kepada para ustaz & hafiz alquran yg sudi meluangkan masa untuk tahnik & cukur rambut Muhammad Al Fattah alhamdulillah.

Terdahulu, Dayah mengejutkan ramai pengikut dan kenalannya setelah terjtuh daripada motorsikal ketika sedang sarat mengandung. Kesan kejadia tersebut, Dayah mengalami kelukaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ridzuan razali (@are9ridzuan)

Bagaimanapun, keadaan Dayah dan kandungannya ketika itu berada dalam keadaan baik. Untuk rekod, Dayah dan Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan pada 5 Januari 2021.

 

Sumber:IG are9ridzuan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*