Bomba panjat tangga seIamatkan kanak-kanak perempuan terper4ngkap di luar tingkap tingkat 3 pangsapuri

TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di luar tingkap rumah di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Kuantan.

Dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi Jumaat di Taman Pelindung Damai, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu disel4matkan sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

Menurut Ketua BBP Kuantan, Kamarul Bieza Mohamed Kassim, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk pukul 10.11 pagi berhubung kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak tersebut masih berada di luar tingkap dan tindakan menyelamat segera dijalankan.

“Anggota menggunakan tangga untuk naik dan membawa turun kanak-kanak tersebut,” katanya.

Kamarul Bieza berkata, pvnca kej4dian tidak dapat dipastikan namun kemungkinan kanak-kanak itu keluar melalui tingkap dan gagal naik kembali untuk memasuki rumah.

“Tindakan segera penduduk memaklumkan kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada kejadian tidak diingini,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*