“Telah membawa anak berjumpa dgn Ustaz” Kak Long mula buka cerita selepas kes mak1 staff KFC tular

Sebelum ini tular berkenaan dengan seorang wanita yang mengamuk dan menengking pekerja 7 Eleven kerana anaknya dituduh mencuri. Wanita yang memanggil dirinya Kak Long itu telah mendapat perhatian ramai kerana tindakannya yang melebih-lebih.

Ramai warganet yang tidak berpuas hati dan meminta wanita ini menjaga adab. Walaubagaimanapun, dia telah pun meminta maaf dengan pekerja 7 Eleven tersebut dan sudah pun dianggap selesai oleh kedua belah pihak.

Wanita ini marah pekerja KFC pula

Namun terbaharu, viral pula sebuah video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh GGanG_ berkenaan dengan wanita dari Dungun, Terengganu ini memarahi pekerja KFC. Amukan itu berlaku dipercayai gara-gara KFC yang dikunjungi tersebut kehabisan ais. Menerusi video yang diambil dari live wanita tersebut, dia juga kelihatan merungut berkenaan dengan sikap pekerja KFC yang masam mencuka sewaktu membuat pembelian.

Sambil makan KFC bersama anak-anaknya dia juga sempat membebel beberapa perkara yang lain. Turut kedengaran juga suara anaknya yang sempat memanaskan situasi. Lebih teruk lagi, kedengaran juga suara anaknya yang sempat menengking meminta pekerja KFC menghantar ais secepatnya.

Kak Long Minta Beri Peluang

Di hari Jumaat ini, dia juga mengigatkan netizan jika dia sakit, pengsan hari ini, agak-agak adakah dia akan maaafkan semua netizan yang mengata dia

Menurut akak ni, dia juga telah membawa anak dia berjumpa dengan Ustaz

Berhenti Sekejap Dari Sosial Media

“kak kena berenti sekejap dari media sosial ni nanti lagi tension. jangan tengok sgt benda ni sekejap akan brenti xlama. lagi kak tension nanti. jgn tgk dlu. kak doa kat allah. jaga anak2.”

“berubah la kk lepas ni allah tgur kita ni. kita semua ada salah. terkejut tgk video kat kfc tu pulak. bella knal kak mmg baik orgnya.”

Tak payah la bising-bising..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai situasi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton. Namun rata-ratanya bengang dengan perangai wanita ini yang dianggap tiada kesabaran dalam diri. Malah ramai juga mempersoalkan kenapa nak marah sampai sebegitu rupa memandangkan tiada ais bukanlah isu yang besar.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan nanti minta maaf pula dan ada juga yang sempat berkata sekiranya selepas ini nampak akak ini nak masuk kedai, terus tutup.

“Baik tak payah makan KFC… baik makan tepi jalan saja. Ais batu tak ada, sudu tak ada… kalau orang ramai pun, servis kena terbaik… tip top.

“Kena beritahu… sudahlah masa ambil pesanan, muka tu ‘gelebek’ (masam). Saya ada hak sebab saya customer. Dan customer is always right. Saya bukan orang senang, datang sini bawa RM30 saja.

“Saya nak ais batu, sekarang! Panas hati aku datang makan tak ada ais batu. Kalau tiada, tutup kedai!” katanya sebagaimana di dalam video tersebut.

Di dalam video tersebut juga, kedengaran suara tenang seorang kakitangan restoran yang cuba menerangkan situasi dengan memberitahu ketiadaan sudu dan ais batu adalah kerana jumlah pelanggan yang ramai pada hari berkenaan.

Video lama ‘Kak Long’ kini viral di Twitter.

Apa yang membuatkan netizen panas hati, kedengaran suara kanak-kanak lelaki dipercayai anak wanita tersebut turut sama mengherdik kakitangan restoran berkenaan seolah-olah menjadi ‘batu api’ untuk menambahkan lagi kemarahan ibunya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar rakaman berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wanita berkenaan suka mencari publisiti murahan dengan melakukan live demi content.

“Ni memang content dia cari duit ke? Tak faham… memang perangai buruk macam ni ke? Minta maaf berkali-kali pun tak guna… tak percaya.

“Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis.

Antara komen netizen terhadap perkongsian video lama ‘Kak Long’.

“Bila aku cakap aku benci budak, budak macam inilah yang aku maksudkan. Kecil-kecil tak beradab, dah besar menyusahkan masyarakat,” demikan antara komen netizen.

Malah ada juga netizen yang tertanya-tanya sama ada majoriti rakyat negeri Pantai Timur bertutur kasar seperti wanita berkenaan.

“Orang pantai timur memang macam…..?” komen seorang netizen.

“Malu aku sebagai orang Ganu (Terengganu). Sorry geng… orang Ganu ni baik-baik je semua kecuali keluarga Kak Long ni,” tulis seorang netizen lain pula.

Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis.

Namun tidak kurang juga ada yang menasihatkan wanita berkenaan agar berubah sikap selepas isunya mendapat perhatian ramai.

Terdahulu pada Rabu, video wanita berkenaan ‘mengamuk’ di 7 Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri menjadi tular di media sosial.

Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).

Insiden amukan ‘Kak Long’ di 7 Eleven sudah selesai selepas dia membuat permohonan maaf atas tindakannya.

Bagaimanapun, wanita tersebut dikecam hebat kerana bertindak biadap dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan.

Namun kurang daripada 24 jam selepas ‘amukan’ berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.

Pada Khamis, wakil 7 Eleven pula tampil mengeluarkan kenyataan dan menceritakan perkara sebenar, serta meminta masyarakat agar berhenti mengecam wanita berkenaan.

Sepatutnya dalam masyarakat kita yang sangat menitik beratkan soal adab tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini. Jika ada tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak sekalipun, tidak perlu untuk mengamuk, menengking atau meninggi suara. Cuba bincang dan beritahu baik-baik. Bukankah itu lebih baik?

 

Sumber : Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*