Kembali Berjodoh Dengan Shila Amzah? Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Takdir

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi Shila Amzah kembali menjadi bualan warganet.

Semuanya gara-gara keterujaan warganet melihat Sharnaaz memberi sok0ngan kepada bekas kekasihnya menerusi laman Twitter ketika Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) berlangsung.

Menerusi sebuah temubual bersama Utusan, Sharnaaz memaklumkan dia menyedari ramai yang mengusik manja sekiranya wujud kemungkinan dia akan kembali bercinta dengan Shila.

Aktor filem Juvana ini tidak menolak seandainya ditakdirkan untuk mereka berdua kembali menjalinkan hubungan cinta kerana percaya soal jodoh, rezeki dan ajaI itu adalah ketentuan Allah SWT.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja.

“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya.

Sementara itu, apabila disoal mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila, Sharnaaz mempunyai jawapan tersendiri mengenai hal itu.

“Tak tahulah. Kalau nak brdendam pun dah tua sangat dah kot,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga mengakui saling berhubung dengan Shila yang baru sahaja menempuhi episod perceraian.

“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermus0h.

“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak brdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.

“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bun0h semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: Xtra, Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*