Dikatakan Seiras, Kisah Kem4tian Tangmo Nida Turut Menyentuh Hati Wanita Ini

KES kematian aktres Tangmo Nida masih h4ngat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Berbagai spekvlasi dan teori dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mengesy4ki kem4langan ini adalah dirancang.

Ketika k1sahnya menjadi perhatian, muncul seorang wanita di Malaysia yang wajahnya dikatakan saling tak tumpah dengan bintang terkenal antarabangsa dari Thailand itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh adik iparnya, rata-rata netizen turut mengakui bahawa wajah wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Fee Fitroh, 34, mirip aktres berkenaan.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Fee berkata wajahnya sudah disamakan dengan Tangmo sejak dulu lagi tetapi semakin diperkatakan selepas k3s kem4tiannya menjadi perhatian rakyat Malaysia.

“Saya tak tahu adik ipar nak post video tu. Saya tahu pun selepas kawan dan customer dari Thailand beritahu video saya dah v1ral sampai negara sana. Customer tu selalu datang salun milik saya dekat Sungai Golok, Thailand.

“Saya sendiri pun memang berasal dari Thailand. Bagi saya, wajah kami tak sama pun. Tapi sejak kes kem4tian Tangmo, makin ramai orang tegvr dan cakap sama,” jelas Fee.

Rakan dan pelanggan dari Thailand beritahu video gadis ini sudah v1ral sampai negara asalnya, Thailand.

Ketika dihubungi mStar, sesi temubual melalui panggilan WhatsApp ini terpaksa diterjemahkan oleh adik iparnya, Lely Malik, 28, seorang warga tempatan yang menjadi perantara perbualan.

Ini disebabkan Fee baru menetap di Malaysia setelah berkahwin dengan jejaka berasal dari Kelantan, Nik Rosdi, yang berusia 41 tahun.

“Saya tak berapa fasih nak cakap Melayu kecuali dalam slang Kelantan. Tetapi sekarang boleh membaca dan mengeja perkataan Melayu cuma lambat sikit.

“Lagipun saya datang Malaysia sebelum PKP tahun 2018 lepas kahwin. Jadi saya masih baru lagi. Saya dan suami tinggal dekat kawasan Rantau selepas mendirikan rumahtangga.

“Saya kenal suami dekat Facebook. Pertama kali jumpa dia pun masa hari perkahwinan. Masa bercinta pun kami cuma berbual melalui video call saja,” jelas Fee.

Wanita ini masih belajar untuk fasih berbahasa Melayu setelah menetap di Malaysia sejak 2018.

Bercerita lanjut, Fee mengakui bahawa dia terkesan dengan berita kematian Tangmo walaupun tidak mengenali aktres itu secara peribadi.

“Bila video muka saya sama dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah meninggal. Tapi bagi saya cerita kematiannya sangat menyedihkan.

“Saya memang ambil tahu perkembangan Tangmo sebelum kes kematian dia lagi. Bagi saya banyak cerita yang tak betul dikeluarkan. Kita masih tak tahu macam mana sebenarnya kejadian sampai dia mati, jadi hal ni bagi saya belum selesai.

Fee juga merupakan seorang model untuk sebuah syarikat tudung.

“Apa yang saya tahu, Tangmo ni orangnya baik. Dulu dia orang susah duduk dengan bapa selepas berpisah dengan ibunya. Masa dia bercinta pun pernah nak bunuh diri sebab putus dengan kekasihnya,” jelas Fee yang prihatin dengan berita dan gosip aktres ini semasa di Thailand.

Bercerita mengenai dirinya, Fee merupakan seorang model koleksi tudung sejak tahun 2018 sehingga kini.

Wanita ini berkata dia sudah mula membiasakan diri dengan budaya Melayu namun masih terus makan makanan Thailand yang pedas dan masam kerana ibu mentuanya di Kelantan juga berasal dari Thailand.

Wanita berasal dari Thailand ini turut meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa aktres Tangmo Nida.

Dalam pada itu, Fee begitu teruja setelah mengetahui tentang festival makanan Thailand di Malaysia iaitu Absolut Food Fest yang bakal diadakan kelak di Kuala Lumpur kerana dia dan adik iparnya juga akan berniaga di sana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*