“Sejak selepas ‘dos penggalak’ hari itu, ayahanda hanya boleh minum susu melalui tiub”- Dr Maza bagitahu perkembangan terkini bapa sampai dia kena batal kuliah secara mengejut

Terdahulu Dr. Maza atau Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang juga Mufti Perlis meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan kesihatan bapanya selepas mengambil suntik dos penggalak vaksin Covid-19, ramai yang mula tampil menyatakan kebimbangan yang sama.

Respon orang ramai kepada hantaran Maza di Instagram peribadinya ramai yang menyokong dan bersyukur dengan keberanian ulama berkenaan bersuara.

Menurut amirul_qassam07

Syukurlah klau dr maza bangkitkan isu nie. Ramai lgi di luar sana kena kesan sampingan. Ttpi sbagai marhaen apa saja yg boleh di lakukan. Skdar menerima dgn redha. Klau Dr seorang yg brpengaruh. Mngkin boleh bangkitkan isu nie

edrinaezrin
Alhamdulillah…ada juga cerdik pandai agama berani bersuara…kalau kami yg bawah2 ni bersuara bagaikan mencurah air ke daun keladi….

khairul.anuar88
Salah satu fakta saintifik Vaksin ni adalah ianya boleh ganggu kepekatan darah tu, makna kata boleh membawa kpd strok, darah tinggi, sakit jantung, ganngguan salur darah.. ni bkn konspirashit aluminium ya, tapi itulh salah satu kesan sampingan yg perlu kita setujui utk pengambilan vaksin ni…

“Ayahanda saya sudah lebih seminggu di hospital. Selepas dos ketiga, beliau mula muntah dan menjadi sangat lemah. Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi stroke di bahagian yang sensitif di kepala. Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan.”

“Kebetulan minggu sebelum itu ada anak seorang sahabat meninggal setelah jatuh sakit mengejut selepas dos ketiga. Beliau sebelum itu sihat. Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci. Mereka hanya kata “lepas vaksin nombor 3, tak pasai pasai dia sakit, lepas tu meninggal”. Mungkin juga ada punca lain.”

Perkembangan Terkini Ayah Dr Maza, Terpaksa Di Bawa Ke Hospital Semula

Dalam posting terbaru, Dr Maza terpaksa membatalkan kuliah agama secara mengejut kerana ada virvs dalam paru-paru

“Sejak selepas ‘dos penggalak’ hari itu, ayahanda hanya boleh minum susu melalui tiub. Kami bawa balik selepas berapa lama di hospital. Kemudian, selepas sebulan lebih di rumah dengan pengurusan rawatan yang kami uruskan secara keluarga, beliau didapati ada virus pula dalam paru-paru. Kini beliau di hospital semula. Semalam saya batalkan kuliah mengejut dan terus bergegas ke hospital kerana dimaklumkan beliau muntah darah. Mohon semua sahabat berdoa untuk kesembuhan beliau.”

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Hospital Tuanku Fauziah atas rawatan yang telah dan sedang diberikan. Khas untuk sahabat saya DS Dr Paras Doshi yang banyak membantu dalam rawatan ayahanda saya. Jasa beliau dan semua kakitangan hospital amat saya hargai.”

Sebelum itu, ada juga orang yang rapat dengan saya yang menceritakan seorang bakal ahli jamaah umrah beliau yang ambil dos penggalak sebagai syarat umrah, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal. Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan? Kena kajian pakar.

Apapun, pihak KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai. Ramai yang menyebut hal ini di sosial media. KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kesan adverse – mudarat – susulan kes imunisasi (AEFI) membabitkan bapa Mufti Perlis.

“Pihak NPRA telah menghubungi hospital yang berkenaan dan mereka dalam proses menyiasat dan menyediakan laporan AEFI,” kata Program Perkhidmatan Farmasi KKM pada satu kenyataan ringkas.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (singkatan NPRA) bertanggungjawab terhadap ujian, kelulusan dan pengawasan produk kesihatan termasuk penggunaan v4ksin di Malaysia.

 

Sumber : trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*