‘Insya-Allah, dalam bulan ini juga…’-Ruhainies jawab dakwaan sudah berkahwin

Kuala Lumpur: “Dalam bulan ini juga, Insya-Allah, saya akan ceritakan semuanya.”

Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika diminta mengulas mengenai desas desus yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Ruhainies, 30, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ketika dihubungi berkata, dia juga menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan dan menjawab persoalan itu.

“Apa yang boleh dikatakan, perkara baik dan menggembirakan tentunya saya akan kongsikan dengan semua. Tapi, belum masanya lagi. Insya-Allah, dalam bulan ini juga,” katanya kepada Harian Metro.

Ruhainies sebelum ini ketika ditanya mengenai kriteria calon suaminya berkongsi dia tidak terlalu cerewet, namun cukup sekiranya ia menepati kriteria lelaki idamannya.

“Apa yang penting, dia adalah lelaki yang baik dan menepati kriteria untuk menjadi suami yang baik buat saya,” katanya.

Terbaharu, Ruhainies baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Sayang Tak Dikenang yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Dikatakan Telah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Ini Jawapan Ruhainies

Sebelum ini, dua pelakon tanah air iaitu Zul Ariffin dan Ruhainies telah menjadi perhatian orang ramai selepas tular dua video memaparkan kemesraan mereka berdua.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, mereka dilihat saling berpegangan tangan serta Zul sempat memegang muka Ruhainies dan memusingnya ke arah kamera.

Adegan mesra itu sempat mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sehingga ada yang menyifatkan mereka sebagai pasangan kekasih.

Namun, ada juga yang beranggapan bahawa kedua orang pelakon itu telah mendirikan rumah tangga dek kerana kemesraan mereka salin tak tumpah seperti pasangan suami isteri.

Hangat diperkatakan sedang bercinta, ini jawapan Ruhainies
Berhubung dengan perkara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas telah tampil memberikan penjelasan akan persoalan itu.

Menurutnya, hubungan mesra dengan Zul Ariffin hanyalah sekadar seorang rakan karib dalam industri sekaligus menepis dakwaan mereka berdua telah mendirikan rumah tangga.

Saya dengan Zul tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersua­ra’.

Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu.

Ruhainies dan Zul Ariffin saling bergandingan dalam drama Wifi Sebelah Rumah.
Tambahnya lagi, netizen mungkin tidak mengenali hubungan rapat antara mereka berdua sehingga timbul sifat kurang senang terhadap kemesraan itu.

Zul tahu perangai saya dan saya juga tahu perangai dia. Zul sebenarnya bukanlah seperti apa yang orang ramai fikirkan.

Bercerita mengenai video yang tular itu, Ruhainies mengakui kedua-dua video tersebut telah dirakam oleh pembantu peribadinya sebelum dimuat naik ke laman TikTok.

Katanya, dia tidak sesekalipun memarahi tindakan pembantunya itu selain mengakui perkara tersebut merupakan cara mereka bermesra sebagai kawan.

Biodata

1. Nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas.

2. Kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang pada 27 Julai 1992.

3. Berusia 27 tahun.

4. Kediamannya di Kuala Lumpur.

5. Anak kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa) dan Che Bunga Salleh (ibu).

6. Anak ketiga daripada lima beradik.

7. Adik kepada pelakon Risteena Munim.

8. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pengurusan Pelancongan.

9. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

10. Mula mendapat perhatian menerusi drama ‘Hello, Mr. Perfect!’ sebagai watak Alya Adriana dan Nurul Ain.

11. Antara lain, beliau pernah membintangi drama Si Montel, Menantu Ting Tong, Bagaikan Kelip-Kelip, Jejak Karmila, Menantu Bilal dan Cinta Lemon Madu.

12. Juga telefilem Sopeah Jin, Karlisa, Pujaan Malaya, Bedah Motor, Luna Elvira, Cikgu Dina Pakai Prada, Jatuh Cinta Buta, Katakan Tidak Pada Cinta, Cik Misi, Oops Terlajak Nikah dan Matilahnak.

13. Bakal muncul dalam filem Musyrik arahan sutradara Arjin Uppal.

Fakta Menarik

Wajahnya dikatakan mirip pelakon Nora Danish.

Suka belajar memasak. Berkebolehan menyediakan juadah ayam masak merah, sup sayur, udang kunyit, sotong masak kunyit, sotong goreng tepung, nasi goreng dan banyak lagi.

Mengakui sukar menangis kecuali ketika menonton filem hindustan!

Antara tabiat buruknya ialah cepat moody, cepat marah, merajuk walaupun tidak berlanjutan lama. Juga tidak suka orang yang bercakap kasar.

Pantang jika lelaki tidak tahu menjaga kebersihan serta tidak berpakaian kemas. Juga bencikan lelaki yang curang terhadap teman wanitanya.

Tidak pandai meluahkan kata-kata cinta terhadap yang tercinta, kecuali hanya mampu memberi isyarat dengan harapan si dia menyedarinya.

 

Sumber : Kosmo!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*