Ramai ‘terbeliak mata’ tgk aksi p4nas Zul Ariffin, Ini tindakan Menteri Agama

Nama aktor terkenal Zul Ariffin tiba-tiba tular dan menjadi bahan bualan ramai apabila dia berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram semalam.

Dalama pada itu, Menteri Agama melahirkan kegusaran dan kecewaan dengan mutu hiburan drama Melayu yang semakin melanggar batas-batas sebagai orang Muslim

“Hela nafas panjang saya.

” Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.

Hiburan tidak dihalang dalam Islam.

Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati.

Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadhan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela.

Moga Allah terus memimpin kita.

#Ramadan
#TidakKepadaMaksiat
#NegarawanMuslim

kredit: FB Idris Ahmad

Ramai ‘terbeliak mata’ tengok aksi panas Zul Ariffin

Terdahulu Video yang mencetuskan kemarahan ramai itu memaparkan beberapa babak aksi mengghairahkan lakonan pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 36, bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara babak yang membuatkan ramai netizen terkejut ialah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara secara berbogel. Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Disebabkan video tersebut juga, nama Zul dan pengarah drama tersebut iaitu Erma Fatima sohor kini dalam Twitter.

Majoriti netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tindakan pengarah termasuk pelakon tempatan yang bersetuju untuk melakukan adegan panas terbabit.

Malah, ada juga yang kecewa video tersebut dikongsi pada hari Nisfu Syaaban dan sebulan sebelum Ramadan menjelang.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan babak tersebut sama dengan filem 50 Shades of Grey yang terkenal dengan aksi lucah.

“Daripada minat Zul, automatik jadi menyampah bila menonton video tersebut, jijik sungguh,” ciap seorang peminatnya.

“Sumpah menyesal lihat Instagram Zul. Industri seni Malaysia sudah rosak nampaknya,” luah seorang netizen yang kecewa.

Nama Pelakon Siti Hariesa Tular Selepas Zul Ariffin Muat Naik Klip P4nas

Tiada angin, tiada ribut. Secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Dengan jelas, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama itu memaparkan beberapa babak panas yang menyebabkan warganet merasa terkejut.

Tidak kurang juga ada yang keliru mengapa babak tersebut dibenarkan untuk dilakonkan; apatah lagi ditayangkan untuk tontonan khalayak.

Dalam klip yang kini sudah mencatatkan 393,000 tontonan dan 6,3999 komen, Zul Ariffin tampil bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Lakonan mereka membuatkan warganet merasa tidak selesa terutamanya ketika Zul menggendong Hariesa yang menyarungkan persalinan ala uniform pembantu rumah.

Tidak cukup dengan itu, Zul juga melakonkan babak menanggalkan baju dari pandangan belakang manakala Hariesa menyuapkan whipped cream ke dalam mulut Zul sebelum menghabiskannya.

Biarpun ada yang mempertahankan di ruangan komen dengan berkata watak wanita itu telah dilakonkan oleh seorang lelaki ketika penggambaran babak panas terbabit, ramai masih merasakan babak sebegitu rupa hanya mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja yang bakal menontonnya.

Bukan hanya Zul yang menjadi mangsa kecaman, malah nama Siti Hariesa juga terpalit dalam ruangan komen.

“Masa berlakon dua dua tak rasa pape ke. Takde rasa bersalah ke adoi lahai.”

“Serius la malaysia buat cerita macam ni?”

“Payah ibu bapa sekarang nak didik anak..sana sini pengaruh.”

Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.

Terdahulu, drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Mimi Lana pernah menjadi bualan ramai setelah salah satu watak dalam drama itu ditawarkan kepada usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli.

BUAT hal lagi! Babak panas yang dimuat naik pelakon Zul Arifin di laman sosial pada malam Jumaat menerima kecaman netizen.

Video memperlihatkan pelakon 35 tahun itu mendukung pelakon baharu Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah filem lucah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan aksi yang dipercayai drama baharu lakonannya berjudul Perempuan Itu.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila drama arahan Erma Fatima itu difahamkan bakal ditayangkan pada Ramadan ini.

“Kita sibuk bersedia untuk Ramadan dan kamu mempromosi drama begitu?”

“Mereka cuba bawa 50 Shades of Gray dalam industri Malaysia. Perkara ini terlalu menjijikkan.

“Zul Ariffin saya ingat anda dah berhijrah? ErmaFatima anda merosakkan bulan Ramadan!” ujar beberapa netizen.

Video yang dikongsi kira-kira pukul 9 malam tadi kini sudah mencecah 800,000 tontonan dan lebih 12,000 komen di Instagram.

Malah, nama Zul Ariffin kini trending di Twitter gara-gara aksi tersebut.

Usaha mStar untuk mendapat penjelasan Zul mengenai perkara ini masih belum berjaya.

ANTARA babak panas yang mencetuskan kontroversi. FOTO IG ZUL ARIFFIN

Rata-rata netizan mengec4m babak panas tersebut

“bukan si zul ni ke dlu..pernah kluar vdeo…ckp…stail dia..xsuka gi mjls² kawen, tapi lagi suka pergi ziarah kematian sebab akan lagi mengingatkan beliau tentang kematian, agaknya, dah lama xgi tmpt org mati kot, tu yg terlupa, yg beliau pun akan mati juga..”

“Kalau artis sembang berhijrah ke dapat hidayah ke tak payah laa beria sangat percaya. Semua tu hipokrit je. Kalau betul berubah mesti takkan terlibat dalam dunia seni ni.. Sedaya upaya cuba tinggalkan apa yang dilarang.. Ini dengan muka stimnya..yang betina pulak muka memang ajak ke katil je.. Wtf laa penulis skrip dan pengarah drama malaysia. Jangan cakap alasan nanti sebab nak bagi pengajaran. Taik ngko pengajaran”

Tinjauan Kosmo! Online mendapati video yang telah meraih lebih sejuta tontonan dan 21,000 komen tersebut telah dipadamkan menerusi Instagram Zul.

Sebagai info, selain Zul dan Siti Hariesa, Mimi Lana turut membintangi drama tersebut.

Sebelum ini, Zul pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi membabitkan aksi mesra dengan beberapa pelakon wanita termasuk Ruhainies.

 

Sumber : Trending

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*