Rumah cantik, Diminta Buat ‘House Tour’. Memang Tersergam Indah Rumah Intan Najuwa

Pelakon jelita, Intan Najuwa sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan di media sosial apabila tidak hanya menjadi pelakon kegemaran dengan bakatnya itu malah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini. Untuk info, Intan Najuwa kini mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang.

Perkara itu sekali gus mengundang Intan Najuwa dikagumi kerana kebolehannya itu namun baru-baru ini juga perkongsian Intan Najuwa diruangan akaun TikTok miliknya atas nama, intannajuwaaa yang turut diikuti hampir 400,000 pengikut ini turut mencuri tumpuan umum.

Jika diikuti perkembangan Intan Najuwa, pasti ramai yang tahu dia turut mempunyai tempat tinggal yang cantik namun perkongsiannya pada kali ini memaparkan pula suasana rumah ibu bapanya.

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai kerana suasana rumah ibu bapa Intan Najuwa ini tak kurang cantiknya juga. Ada juga yang meminta agar pelakon jelita ini turut membuat

Kali ini ialah video tentang rumah Intan Najuwa. Pelakon berumur 24 tahun ini, sedang berehat dan pulang ke rumah keluarganya di Johor Bahru.

Intan kemudian ada muatnaik sedikit sedutan ruangan rumah keluarganya itu. Ternyata ramai yang kagum melihat rumah family Intan Najuwa.

Rumah berkenaan dilihat amat besar, selesa dan cantik sekali, dah macam hotel pun iya juga.

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya permintaan peminat Intan Najuwa itu turut mendapat respon daripadanya manakala rata-rata warganet juga dilihat meninggalkan pelbagai respon positif kepada dirinya ini.

Ini ruang luar dan dalam rumahnya.

“House tour please”

“Walaupun Intan anak have have tapi dia tetap berusaha…”

“Dia bukan pelakon cantik bagus malah dia pandai”

“Anak orang kaya rupanya…”

Bakal Jadi Peguam, Intan Najuwa Sibuk Bergelumang Dengan Buku

Dalam diam, pelakon Intan Najuwa kini bergelar pelajar dalam jurusan undang-undang di sebuah pusat pengajian di Singapura.

Baru-baru ini perkongsian Intan menjadi perhatian ramai apabila dimana dia sentiasa menghabiskan masa terluang dengan menulis nota dan bergelumang dengan buku.

“Habiskan masa cuti saya dengan buku-buku. Otak ini tak pernah berhenti. #lawstudentlife” tulisnya.

Melihat perkembangan terkini pelakon ini sebagai pelajar undang-undang di media sosial, rata-rata peminat mengagumi Intan serta mendoakan yang terbaik.

Malah, ada yang tertanya-tanya bagaimana Intan menguruskan masa sebagai seorang pelajar dalam masa sama bergelar pelakon dan menguruskan perniagaan.

Bagus Intan, walaupun bergelar pelakon namun masih pentingkan pelajaran untuk masa depan yang lebih cerah, barulah digelar ‘beauty with brain’.

Biodata

Nama penuh: Intan Najuwa binti Abdul Wahid

Nama popular: Intan Najuwa

Tarikh lahir: 18 Ogos 1997

Umur: 21 tahun

Kelahiran: Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @intannajuwa

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

2. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

3. Dikatakan mempunyai wajah iras pelakon Wawa Zainal.

4. Sebelum bergelar selebriti, beliau merupakan seorang penulis blog.

5. Mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak umur 18 tahun di mana dia diperkenalkan oleh penerbit syarikat Metrowealth Pictures, David Teo.

6. Beberapa drama yang dibintanginya seperti Gantung (2016), Hantu Punya Bos (drama slot Iris di TV3 pada tahun 2016, membawakan watak sebagai Abby), Khabar Dari Casablanca (siaran TV2 pada 2017, membawakan watak sebagai Sharina), Kekasih Paksa Rela (siaran Slot Akasia di saluran TV3 pada 2017, memegang watak sebagai Hanan Khaira) dan Kenyalang I’m In Love (drama slot Dahlia ditayangkan di TV3 pada 2018, memegang peranan sebagai Sutera).

7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

8. Pada Mac 2018, beliau menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap ‘diva’ kerana kononnya selektif terhadap tajaan dan wartawan yang ingin mewawancara. Dalam kenyataan sama, beliau mengakui sudah mempunyai teman lelaki yang dikenali sejak tiga tahun lalu iaitu semasa zaman kolej, sebelum bergelar artis lagi.

9. Pada hujung 2018, Najuwa menerima kecaman hebat netizen kerana mendedahkan tidak tahu cara mengisi minyak kenderaan. Kejadian itu berlaku ketika pembantu peribadinya sedang bercuti.

 

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*