Ingat Lepas Delete Dah Selesai, Sekali Ini Tindakan JAKIM Buat Zul Ariffin Menyesal

Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dimuat naik oleh Zul Ariffin bersama seorang pelakon baru, Siti Hariesa mengundang kecaman ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian bekas pelakon Zul Yahya yang memberikan pendapatnya dipercayai mengenai isu berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zul berkata karya sedemikian memalukan drama tempatan dan pihak yang terlibat seolah tiada otak mempertontonkan babak sedemikian pada masyarakat Islam.

Dalam perkongsian lain, Zul berkata sepatutnya semakin tua sepatutnya mendekatkan diri dengan Allah bukan semakin bangga menunjukkan cara-cara berzina.

Sementara itu, dalam entri lain Zul turut meminta kepada orang ramai supaya memadam dan berhenti menyebarkan babak luc4h lakonan Zul Ariffin itu.

Ujarnya lagi, jika ada yang berkongsikan video tersebut secara tidak langsung telah mempromosikan adegan zina.

Terdahulu, pengarah drama berkenaan memberitahu adegan itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama ‘Perempuan Itu’

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan ‘panas’ yang bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur” katanya selepas diminta mengulas lakonan panas antara Zul Ariffin bersama Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu di sini pada Ahad.

Sebelum itu beliau hadir ke Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa.

Menurutnya, seluruh pemain industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara ini.

Beliau berkata, perkara tersebut telah menimbul keresahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani dengan sebaik mungkin.

Pada Sabtu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum.

 

Sumber : Daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*