Siti Nordiana Kongsi Perasaan Dapat Mendaki Gua Hira

Semua sedia maklum bahawa sekarang ini Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana telah berada di Mekah dan Madinah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Mendoakan Untuk Mendapat Umrah Mabrur

Dalam perkongsian sebelum ini, Nana meminta orang ramai mendoakan dia mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci.

Kongsi Kisah Gua Hira

Terbaru, Nana memuat naik satu gambarnya yg berada di atas Gua Hira yang merupakan tempat dimana Rasullullah SAW menerima wahyu pertama apabila didatangi malaikat Jibrail AS.

Tambahnya lagi, disinilah baginda Rasullullah membaca 5 ayat pertama dalam surah al – Alaq.

Pendakian Yang Menginsafkan

Tulisnya, pendakian tersebut merupakan satu pendakian yang menginsafkan dan terlintas difikirannya bagaimana isteri baginda Siti Khadijah menghantar makanan setiap hari menaiki bukit yang memakan masa 40 minit pendakian itu.

Bagi Nana, kakinya mengigil selepas menaiki Gua Hira dan dapat dilihat Nana kagum dengan ketaatan Siti Khadijah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Untuk makluman, penyanyi Angkara itu mengerjakan umrah buat kali pertama pada Disember 2017 bersama anak dan bapanya dan ini merupakan umrah keduanya.

 

Sumber : murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*