Impian Jadi Realiti! Aina Abdul Terharu Wajah Kini Terpampang Di Billboard

Penyanyi bersuara emas, Aina Abdul meluahkan rasa terharu selepas wajahnya kini terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.

Sambung Kolaborasi 

Ia susulan syarikat produk penjagaan wajah tempatan, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) telah menyambung kolaborasi mereka bersama Aina untuk tahun yang kedua. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, bermula sebagai pengguna rangkaian produk penjagaan wajah Truskin di bawah jenama Trulooks, Aina terus menjadi wajah pilihan syarikat tersebut.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

“Sebelum ini saya pernah menyimpan cita-cita untuk melihat wajah sendiri pada papan iklan besar di tepi jalanraya. Tidak sangka kini menjadi realiti.

“Masalah kulit wajah saya pula semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya.

Enggan Tipu Pelanggan 

Aina ditemui Murai.my di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.

Menurut Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila disebalik pemilihan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu, dia akui terdapat kata-kata sumbang kedengaran. Jelas Julia, dia mengambil prinsip untuk tidak menipu pelanggan mereka.

Lantaran itu, Aina yang sebelum ini mempunyai masalah kulit wajah yang serius kini tampil yakin dengan perubahan sekaligus menjadi testimoni mereka yang berjaya.

“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.

“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya.

Bagi Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari pula berasa gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan pelantun lagu Sepi ini.

“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya.

“Majlis ini juga melancarkan Truskin Trio Happyness Edition dan meraikan kerja keras CEOBOSS, ejen kami yang bekerja keras sepanjang tahun lalu serta menyuntik semangat agar kecemerlangan itu berterusan pada 2022,” katanya.

Untuk info, Trulooks merupakan syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium sejak 2016. Bermula pada tahun 2019, Trulooks mula mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit mereka, Truskin. Sehingga sekarang, jenama ini mempunyai lebih 2,000 stokis dan ejen di seluruh negara, termasuklah Brunei dan Singapura.

 

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*