Teruk Dikec4m, Kak KM Jelaskan Kenapa Dia Bagi Anak Perempuan Hisap R0kok Secara Terbuka

Nama us4hawan jamu Liana Rosli sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular video dia membenarkan anak perempuannya menghisap r0kok.

Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM menerima kecaman hebat dan dilabel sebagai seorang ibu yang gagal mendidik anak tentang bahaya r0kok.

Mengulas tentang hal tersebut, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berkata dia masih bersikap rasional untuk tidak memberi sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anak.

“Saya bukannya b0doh nak beri anak hisap rok0k ada temb4kau.

“Dalam video tersebut anak saya hanya hisap r0kok daun tanpa t3mbakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam masa sama, Kak KM juga meluahkan rasa bimbang terhadap anak-anak yang mengambil barang terlarang itu secara sorok-sorok.

Bagi Kak KM tindakannya membenarkan anak-anaknya menghisap r0kok itu sebagai satu pengajaran buat mereka.

“Kepada ibu bapa yang kecam itu biarkanlah kerana yang hisap r0kok dalam video itu anak saya.

“Kita patut lebih risau jika anak-anak bawah umur hisap r0kok secara sorok-sorok tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Saya mahu anak rasa pengalaman hisap rok0k supaya mereka tahu kesan yang akan diterima,” jelasnya.

VIDEO

Sementara itu, Kak KM yang juga menganggap ia sekadar aktiviti suka-suka setiap kali pulang ke kampung.

“Dulu-dulu ketika arwah datuk masih hidup kami selalu akan duduk bersama makan sireh dan hisap r0kok t3mbakau.

“Ia bagaikan satu aktiviti untuk imbau semula apa yang pernah dilakukan bersama arwah dahulu,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*