Teruk Dikritik Ramai, Kini Menteri Komunikasi Beri Komen Dan Ini Tindakan Yang Bakal Beliau Lakukan

Drama bertajuk Perempuan Itu yang cetuskan kritikan orang ramai baru-baru ini mungkin tidak akan dapat ditontonkan di kaca televisyen jika pihak produksi tidak berjaya berikan laporan bertulis gara-gara kejadian tersebut. Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jika laporan yang diberikan tidak munasabah, kerajaan bertekad untuk tidak akan memberikan tayangan tersebut bakal disiarkan semasa bulan ramadhan. Malah menurutnya, stesen televisyen perlulah juga menghormati bulan ramadhan. Pihak bertanggungjawab juga tidak boleh benarkan menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian di bulan mulia tu. “Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut. Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut,” katanya selepas menyampaikan bantuan Back To School kepada pelajar tingkatan enam di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini hari ini.

TV3 pandang serius isu adegan panas drama Perempuan Itu. Stesen TV3 Malaysia bertegas adegan panas drama tersebut amatlah tidak sesuai untuk dijadikan bahan tontonan umum walaupun ianya sekadar untuk promosi. Stesen TV juga tampil beritahu pihaknya amatlah memandang serious dengan isu terbabit terutamanya setelah rakaman tersebut tular sehinggakan menjadi bahan kritikan orang ramai. “Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu. Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi,” katanya.

Tambahnya, aksi panas tersebut juga tidak pernah dibincangkan atau mendapat kelulusan pihak stesen untuk ditayang kepada umum. “Adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). “Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” katanya lagi.

Terdahulu, teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baru, Siti Hariesa. Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream. Rata-rata orang ramai memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum. Rakaman tersebut turut mendapat teguran daripafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti.

 

Sumber : Era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*