Tampil Beri Amaran Pada Dalang Penyebaran Video Tak Berbaju Gadis Ni, Sekali Caprice Nekad Dan Ini Yang Dia Buat

Selebriti terkenal Caprice kini gunakan laman media sosialnya Instagram untuk tampil beri amaran buat seseorang lelaki yang dikatakan tampil sebarkan rakaman bekas kekasihnya dengan tidak mengenakan sebarang pakaian di laman sosial. Lebih terkejut lagi, gadis tersebut merupakan seorang remaja yang baru sahaja berusia 13 tahun. Menerusi rakaman yang ditularkan di Instagram, Caprice dikatakan gusar dengan perkara yang tular dan siap tampil beri amaran buat sesiapa sahaja yang terlibat untuk memadam segala rakaman yang berkaitan.

“Ramai yang DM saya untuk bercakap pasal ni, dan minta tolong saya. Seorang budak atau ex-boyfriend pergi sebar dan jual video bog3l ex-girlfriend dia yang berumur 13 tahun. Saya ulang 13 tahun. Lebih t3ruk, orang ramai DM akaun berkenaan dan minta video yang dimaksudkan. Sebagai sorang ayah, ini adalah am4ran pertama dan terakhir. Saya akan kerjasama dengan pihak polis, MCMC dan geng-geng h4cker. Sesiapa yang terlibat, yang sebar video, yang minta, saya akan cari korang sampai dapat. Sampai masuk dalam,” katanya. Caprice dedah, perbuatan kongsi rakaman kanak-kanak bawah umur tersebut adalah merupakan salah satu kesalahan jnyh. “Ugvt dan sebar video bawah umur merupakan satu jen4yah. Korang ada enam jam untuk del3te semua video. Berita-berita macam ni menyebabkan saya tidak memberikan anak saya telefon pintar. Kalau dia nak belajar, kita beli buku. Kalau dia nak main, kita beli mainan. Senang,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai yang tampil berikan respon positif pada tindakan Caprice yang berani tampil beri amaran buat individu terbabit. Seorang warganet pula turut mengkritik mereka yang tidak mempunya rasa empati kerana menyal4hkan mgsa kerana berkongsi video sedemikian rupa. “Thank you Cap. Kesian adik tu. Jahat betul la orang yang sebarkan. Semoga dapat tangkap orangnya. Kepada yang takda empati kata kenapa bagi. Senang je kau nilai. Dia muda lagi mana kau tahu kalau dia tak kena grooming atau apa. Hanya kerana benda tak jadi dekat keluarga sendiri senang-senang je kau cakap kan. Ingat kifarah ada ya,” ujarnya.

 

Sumber, Instagram capricedaddycap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*