Prom0sikan aksi ber4hi “Zul Ariffin, kamu punya kerja rakan-rakan artis kena tempias!” Ini nasihat mereka

RAMAI pihak melahirkan rasa marah, kurang senang dan tidak puas hati.

Gara-gara tindakan tidak bermoral aktor Zul Ariffin yang berkongsi adegan berbaur seks drama Perempuan Itu, penggiat seni lain turut terkena tempias ‘telur busuk’ itu.

Malah, Zul sendiri menerima padah apabila dia telah dipanggil oleh unit siasatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk diambil keterangan.

Itu semua kerja bodoh, perkara yang seharusnya tidak dibuat oleh pelakon berpengalaman dan pemenang banyak anugerah termasuklah Pelakon Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Kalau ia datang daripada artis baharu setahun jagung yang kemaruk publisiti murahan, ia mungkin boleh dimaafkan lagi.

Penyanyi dan pelakon Datuk Awie dalam reaksinya mengenai hal itu cukup menarik. Kata Awie, Zul boleh menolak perkara buruk itu tetapi dia memilih ‘sedap’ yang akhirnya menconteng arang ke muka industri seni berkonsepkan Islamik.

Pengarah drama Along Kamaludin juga berasa jelik dengan aksi itu.

Gara-gara Zul, penat kita jaga nama baik – Fauziah Nawi

Berkongsi keresahan serupa, pelakon veteran Fauziah Nawi mengakui terkena tempias gara-gara tindakan Zul.

Menurut Fauziah, 68, disebabkan kejadian itu masyarakat mula memandang serong dan menyalahkan artis dalam segala hal.

“Saya memang rasa sedih apabila perkara sebegini berlaku.

“Penat kita menjaga nama baik, tetapi dek kerana perbuatan tersebut nama anak seni lain turut terkait.

“Tak adil sebab orang akan pandang negatif terhadap industri kita hanya disebabkan kejadian seperti itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Langkah itu mungkin sebuah promosi, pelakon filem Sayang Salmah ini berkata jika benar, dia tidak bersetuju dengan cara produksi berkenaan menggunakan pendekatan sedemikian.

Ujarnya, promosi keterlaluan dengan paparan aksi berahi bertentangan dengan etika dan adab budaya sebagai seorang Islam.

“Bad promotion is still a promotion. Mungkin produksi sengaja mahu memperkenalkan nama pengarah drama tersebut.

“Tetapi sebagai warganegara Malaysia, kita sepatutnya faham dan tahu etika dalam bekerja. Bukan hanya memikirkan soal promosi untuk naikkan jumlah tontonan.

“Tak perlulah saya nak beri nasihat walaupun sebagai artis senior kerana mereka sudah dewasa. Sepatutnya tahu membuat pilihan sendiri,” ujarnya lagi.

Jangan pandang rendah isu moral – Eizlan Yusof

Dalam pada itu, pelakon dan produser Datuk Seri Eizlan Yusoff berkata, sebagai pelakon berpengalaman seperti Zul, isu moral tidak seharusnya dipandang rendah.

Justeru katanya, tindakan Zul berkongsi babak ‘director cut’ drama arahan Ain Sharif itu merupakan satu kesilapan besar.

“Zul memiliki nama besar dalam industri. Jadi cara promosi begini merupakan satu kesilapan buat dia.

“Mereka sudah tahu babak tersebut tak boleh ditayangkan di televisyen.

“Namun dari sudut moral, kita harus faham dan hormat sensitiviti masyarakat

vanidah

Vanidah minta tidak letak kesalahan kepada Zul sahaja.

Jangan salahkan Zul semata-mata – Vanidah Imran

Sementara itu Pelakon Wanita Terbaik FFM20, Vanidah Imran berpendapat kesalahan tidak sepatutnya diletakkan kepada Zul semata-mata.

Menurutnya, ramai pihak yang terlibat dalam isu berkenaan kerana klip tersebut tidak boleh disunting sendiri oleh pelakon.

“Sesebuah projek drama atau filem hanya akan berlaku dengan kelulusan pihak-pihak yang memberi kelulusan.

“Maka pelakon tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Seorang pelakon itu tidak menyimpan raw klip untuk disunting sendiri dan dikongsi di sosial media.

“Jika pihak berkuasa hendak ambil tindakan, perlu berjumpa dengan produksi atau stesen televisyen yang meluluskan,” jelasnya.

Video aksi panas lakonan Zul bersama pelakon Siti Hariesa yang dimuatnaik pada 18 Mac lalu menerima kecaman teruk peminat dan turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Susulan itu Zul hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi keterangan pada Selasa selepas dipanggil pihak berkenaan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sebelum itu Zul juga telah memohon maaf dan berjanji lebih berhati-hati berkongsi sebarang bentuk kandungan di media sosial.

Cara salah mahu ubah industri

HUJUNG minggu lalu, atmosfera dunia hiburan panas dengan perkongsian klip video promosi drama Perempuan Itu yang dikongsikan pelakonnya, Zul A­riffin dalam Instagram.

Sejurus perkongsian hangat tersebut, berderu-deru kecaman, kritikan bahkan teguran diberikan ramai pihak termasuklah netizen, agamawan dan menteri.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut, terkedu bersulam kecewa kerana dalam tempoh kurang sebulan umat Islam akan menyambut Ramadan, negara digemparkan dengan video tidak senonoh sebegitu.

Netizen yang menjadi penonton berpendapat, sedari dahulu ada banyak desakan dan tuntutan agar kualiti naskhah lakonan tempatan dinaik taraf dan tidak tertumpu dengan jalan cerita hambar terutamanya melibatkan kisah cinta, perebutan kuasa dan orang kaya semata-mata.

Cuma, bukan ini caranya. Bukan bermaksud naik taraf tersebut dibolehkan dengan babak-babak panas dan kontroversi yang melanggar batas agama.

Jika alasan membuat kandu­ngan sebegitu untuk pengajaran, ternyata keputusan tersebut sangat salah. Ada banyak lagi perkara yang boleh diperhalusi untuk memberi teladan kepada penonton dan sepatutnya babak sebegitu tidak perlu untuk dita­yangkan kepada umum.

Pierre Andre yang sebelum ini merupakan pelakon dan pengarah terkenal menerusi YouTube miliknya tampil memberi pandangan.

Kata sutradara filem 9 September itu, tidak semua benda yang ada dalam kepala seseorang pe­ngarah atau penerbit boleh ditunjukkan kepada umum.

“Sepanjang saya mengarah filem sebelum ini, benda ini (aksi tak senonoh) sangat sensitif.

“Sepatutnya perkara sebegini kena lebih berhati-hati. Tak boleh nak visualkan ikut suka hati kita. Kalau tak, lama-lama drama kita jadi drama porno. Itu sangat bahaya dan tak nak industri kita terjebak seperti Barat. Mereka lain, kita ini Islam,” ujarnya.

Tambah Pierre lagi, ada ba­nyak perkara lain yang boleh diangkat dalam sesebuah naskhah dan boleh memberi imej lebih baik kepada masyarakat yang menonton.

“Kita boleh buat karya yang beri imej baik dan bentuk minda masyarakat jadi lebih positif dan elok.

“Bayangkan kalau budak-budak atau remaja yang sukakan Zul tengok babak itu, sangat tak sesuai dan memang tak patut dibuat. Saya tak salahkan sesiapa, tapi janganlah buat karya tak fikir kesannya selepas orang tonton.

“Saya sendiri tak pasti adakah ini cara marketing produksi. Ini sangat memalukan,” kata Pierre lagi.

Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) Syed yang sebelum ini cukup lantang bersuara dan kerap menegur isu sensasi membabitkan golongan selebriti turut tampil memberi teguran dan nasihat.

Katanya, perbuatan melakonkan watak tanpa sensitif isu halal dan haram yang ditetapkan me­nunjukkan kita berani menentang hukum Allah SWT.

Perbuatan yang dilakukan Zul dalam babak berkenaan menunjukkan sesuatu yang mencarik keharmonian Islam.

“Sedarkah kita, dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam, ada halal dan haram. Ada juga perkara syubhah. Mendedahkan aurat dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram satu perkara yang haram.

“Apalagi kalau melakonkan watak-watak walaupun mungkin tidak berlaku perkara tersebut tapi kita melakonkan seolah-olah itu terjadi, maka itu pun haram.

“Jika sebelum ini saudara (Zul) ada menyebut tentang orang menunggang agama, jadi tunggangan apakah yang saudara te­ngah buat sekarang?” soalnya.

Kecewa dan marah dengan kontroversi itu, PU Syed turut menyeru agar stesen televisyen tidak menayangkan drama yang diibaratkan sebagai sampah dan mendedahkan sesuatu yang tidak baik kepada masyarakat.

 

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*