‘Syukur Allah kurniakan isteri baik hati’- Ucapan Romantik PU Riz Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Kuala Lumpur: Tanggal 27 Mac, genap setahun usia perkahwinan pasangan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Noor Neelofa Mohd Noor.

PU Riz, 27, menerusi hantaran di Instragram berkata, bersyukur dikurniakan isteri yang baik hatinya.

“Syukur pada Allah dikurniakan isteri yang baik hatinnya. Banyak lagi yang nak ditulis tapi tak apa ku titipkan dalam doaku. Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai. Sekali lagi, alhamdulillah ya Allah,” katanya.

Sementara itu, Neelofa, 33, mendoakan perkahwinan dibina sentiasa diberkati.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang ja yang boleh tahu apa saya luahkan),” tulisnya.

Hantaran video dimuat naik Neelofa itu mendapat lebih 570,000 tontonan dan lebih 1,100 komen.

Antara Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Neelofa bersama Suami

“Siapa cakap pak ustaz tak sweet”

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 27 Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung iaitu lelaki diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Majlis akad nikah antara pasangan Noor Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz berlangsung dengan meriah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Acara tertutup diadakan seawal pukul 10 pagi itu dihadiri anggota keluarga dan sahabat rapat kedua-dua belah pasangan.

Berikut dikongsikan info penuh dan fakta menarik mengenai majlis perkahwinan yang menjadi ‘trending’ di laman sosial, Twitter, itu.

1. Berdekorasi umpama sebuah taman, empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin berbentuk Jabal Rahmah – sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh. Tujuh jenis bunga berkenaan, antaranya mawar, orkid dan baby breath.

2. Dekorasi impian Neelofa itu dijayakan khidmat perunding perkahwinan, Reka Teemor dalam tempoh sebulan

3. Majlis diiringi dengan alunan zikir dan dendangan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan Inteam termasuk penyanyi Lah Ahmad.

4. Sekitar 150 tetamu yang hadir mengenakan pakaian serba putih. Bagi wanita yang tidak bertudung pula diminta memakai selendang.

5. Pasangan pengantin dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor dengan sekali lafaz pada jam 11.43 pagi.

6. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hadir bagi memberikan khutbah dan tazkirah secara ringkas.

7. Bentuk hantaran yang diterima Neelofa bagaimanapun tidak didedahkannya, sebaliknya hanya menyatakan dia diberikan sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

8. Antara kelibat selebriti yang hadir sebagai tetamu termasuk Datuk Rizalman, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Hannah Delisha, Shalma Ainaa dan Kilafairy.

9. Busana Neelofa mendapat sentuhan daripada pereka fesyen Alia Bastamam, manakala jurumekap Sharman Yee pula bertanggungjawab dalam aspek solekan.

10. Lima set menu makanan adalah kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).

 

Sumber : ig neelofa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*