Dengar Macam Kerja Tanpa Gaji, Individu Ni Bongkarkan Sesuatu Pasal Pensyarah Uitm Buat Ramai Yang Terkedu

Tindakan pensyarah yang seakan-akan menempelak atau menghina golongan B40 sememangnya amat dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku. Bagaimanapun, orang ramai juga perlu adil dalam memahami konteks yang ingin disampaikan oleh pensyarah itu adalah untuk kebaikan pelajar dalam penyediaan kelengkapan pembelajaran. Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, kejadian berkenaan dikesali terutama membabitkan pensyarah di sebuah universiti awam.

“Namun, kita jangan cepat melatah dan menghamburkan kata-kata tidak sepatutnya kepada pensyarah berkenaan kerana perlu diadili kata-kata beliau dengan sebaiknya. “Pada perkiraan saya, apa yang dikatakan oleh pensyarah berkenaan ada benarnya cuma mungkin agak keterlaluan ketika menyentuh golongan B40. “Pada hari ini, kita dapat melihat tidak mengira golongan mana, mereka mampu untuk memiliki gajet serta telefon pintar dengan harga beribu-ribu ringgit namun untuk penyediaan pembelajaran, tidak pula begitu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berikut lagi perkongsian dari warganet mengenai sikap baik Prof ini. Dengaqnya Kerja Tanpa Gaji. Warganet kalau buat kerja memang laju. Satu Malaysia bash Prof ni bila viral video dia marah seorang pelajarnya. Simpati bertali arus kepada pelajar lelaki berkenaan. Bila dah viral, macam macam maklumat yang sampai kepada kita sama ada positif mahupun negatif. Saya kongsikan sedikit perkongsian maklumat, sama ada sahih atau tidak, wallahualam. Kejadian berlaku dah lama. Prof tu dah bersara, dan pelajar tersebut pun telah bergraduasi. Prof ni memang jenis ‘mulut laser’ dan garang. Tapi hati dia baik. Itu penanda aras yang bekas2 pelajarnya katakan.

Maklum balas daripada majoriti bekas pelajar beliau, semua memuji sikap dan komitmennya kepada anak bangsa beliau di UiTM. Dan, khabarnya, selepas dia marah pelajar berkenaan, dia juga belikan laptop untuk pelajar tersebut dan juga bantuan zakat. Hebat kan. Selepas bersara, beliau terus mengajar tanpa gaji. Kata kawan2 pensyarah, notice tak kat title tu ada tulis khas. Tu maknanya dia takde gaji, cuma beliau boleh guna title Prof dan guna facilities Universiti. Punya lah nak tengok anak melayu berjaya, dia kerja tanpa gaji. Kalau kita, Ermmmm.. Dan Prof ni pun pencapaian dia bukan calang calang. Banyak kejayaan dan kajian ilmiah beliau yang sukses terutama dalam bidang kejuruteraan. Dan UiTM sebagai sebuah Universiti berteraskan melayu dan B40, beruntung dapat menggunakan kepakaran beliau.

Silap Prof ni cuma dia sentuh B40 je. Namun, itu bukan sebuah pemberitahuan umum pun. Ia hanya dalam kelas beliau. Cuma tak tahu kutu mana yang pi rakam dan viralkan. Cuma, proses membasmi kemiskinan ini bukan sebuah proses yang mudah. Kemiskinan adalah dinamik. Ia sentiasa bergerak. Setiap hari akan ada orang miskin. Kadang2 B40 yang nak memohon bantuan ni pun, ayat2 mereka lebih pedih daripada ayat Prof ni. Contoh paling mudah, KWSP. Sewaktu PM belum umumkan yang baru baru ni, apa warganet tak kata dan maki pada PM. Cuma sebab warganet tu bukan Profesor, bukan seorang selebriti umum, maka nampak macam tak salah dan bebas bersuara lah.

Saya mengzahirkan simpati kepada Prof Roshana ini. Mesti dia sekeluarga tertekan emosi dan fizikal bila tiba tiba jadi tumpuan ramai dari semalam. Moga beliau kuat dan terus halalkan ilmu yang beliau curahkan kepada anak bangsa beliau. Setiap orang berbeza. Ada yang keras, ada yang lembut. Ada yang nampak sopan, ada yang nampak kurang ajor. Yang penting niat dan output mereka. Saya tidak memihak mana mana. Dua2 ada salah. Cuma sedikit lebih adil penilaian kita kepada jasa-jasa Prof tu untuk anak anak kita di UiTM. Perkongsian, Anggun Tg Malim

Belum Selesai Lagi Rupanya, Pihak Universiti Dedah Terpaksa Buat Laporan Sebab Ini

Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis terhadap dokumen tiga muka surat mengenai laporan kronologi berhubung insiden video tular seorang pensyarah yang memperlekeh mahasiswanya. Laporan tersebut dibuat selepas dokumen yang tular itu dikatakan sulit serta untuk melindungi institusi berkenaan, kakitangan dan mahasiswanya. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, laporan tersebut juga dibuat sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk kebocoran maklumat itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, beliau mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap isu tular yang dihadapi UiTM dengan membocorkan maklumat sulit. “Saya minta buat sebab sudah empat kali UiTM kena, setiap kali ada isu yang melibatkan tular, saya akan ke balai polis dahulu. Laporan polis ini adalah berhubung laporan tersebut. “Pada saya semalam (siasatan dan pertemuan) sudah siap, ramai sahaja yang tanya apa berlaku. Kita anggap perkara itu sudah selesai (perbincangan). Pada saya (buat laporan polis) sebab ada undang-undang (dokumen sulit),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Susulan tular video memaparkan tindakan pensyarah memperlekeh mahasiswanya ketika mengendalikan kuliah secara dalam talian baru-baru ini, terdapat satu lagi dokumen siasatan tersebar. Dokumen tersebut didakwa sulit untuk diusulkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bagi memutuskan tindakan diambil berhubung kejadian tersebut. Jelas Roziah, mesyuarat tersebut akan diadakan pada malam ini yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah.

“Mesyuarat itu termasuk melibatkan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam LPU yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Abu Shah. “Insya-Allah keputusan dijangka dicapai pada malam ini, tetapi itu kita akan salurkan kepada kementerian, apa yang sudah terbocor itulah sebenarnya pilihan yang akan dibentangkan,” jelasnya. Dalam masa sama beliau turut mengingatkan semua kakitangan dan mahasiswa supaya menghayati penubuhan UiTM sebagai dasar untuk membantu bangsa Melayu dan Bumiputera terutama golongan B40.

“Hendak mengingatkan itu, saya selalu ingatkan dalam amanat, kadang-kadang orang ini terlupa, cuma saya tak rasa pensyarah ini atau mahasiswa lupa, sebab apa, kita ada 70 peratus mahasiswa kita adalah B40. “Dengan keadaan pandemik ini pun, semua itu memang meningkatlah statistiknya. Cuma sekarang ini saya hendak katalah, B40 ini adalah satu tindakan melabel, saya tak suka melabel (membeza-bezakan) orang,” jelasnya.

 

Sumber, Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*