Terkini Kerajaan Umumkan Rm150 Akan Diberikan, Rupanya Ini Had Umur Yang Kerajaan Tetapkan

Program ePemula yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal memberi manfaat kepada lebih 2 juta belia dengan peruntukan sebanyak RM 300 juta, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, program ePemula ialah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. Program ePemula akan mengkreditkan RM 150 secara oneoff ke dalam akaun e-dompet para belia ini,” katanya di Bengkel Pengurusan Kewangan My Money Me sempena Global Money Week 2022 yang diadakan secara maya di sini pada Ahad.

Katanya, terdapat banyak dana dan pembiayaan yang disediakan khas untuk golongan belia melalui Bajet 2022. Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang usahawan muda, Pelan Pembiayaan Belia Usahawan sebanyak RM 150 juta ditawarkan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank,” katanya. Katanya, kerajaan juga telah mula membayar elaun sebanyak RM 900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri sejak 2019. Beliau berkata langkah itu untuk membantu mengurangkan beban kewangan golongan belia.

Tengku Zafrul turut mengambil kesempatan dengan mengingatkan golongan muda mengenai kepentingan masa depan dan amalan konsep pengurusan kewangan yang positif. Bagi mencapai tahap kesejahteraan kewangan yang positif, anda perlu membiasakan diri dengan konsep kawalan diri. Kawalan diri akan membolehkan anda mengagihkan simpanan dan berjinak-jinak dengan dunia pelaburan serta menerajui pelan takaful dan insurans yang sedikit sebanyak akan membantu memastikan tahap kesejahteraan kewangan,” katanya.

Di bawah Bajet 2022, sejumlah RM 300 j.uta telah diperuntukkan untuk memanfaatkan sekitar dua juta belia melalui sebuah inisiatif etunai, ePemula. Belia yang layak akan menerima kredit etunai sebanyak RM 150 setiap seorang melalui aplikasi edompet yang dipilih, kata satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini. “Empat penyedia perkhidmatan edompet iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch n Go eWallet telah dipilih untuk menjayakan program ini,” kata kenyataan yang sama. Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-Dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 j.uta.

Memandangkan program itu bermula pada pertengahan bulan April, peniaga PKS yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan edompet yang terlibat bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula.

 

Sumber : Sinar/MG.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*