Macam Ada Yang Tak Kena Dengan Badan, Rupanya Ziana Zain Alami Sesuatu Dengan Kesihatannya Dan Ini Yang Dia Dedah

Penyanyi terkenal, Ziana Zain mendedahkan dia mengalami masalah gastrik dan dia mula sedar akan gangguan berkenaan sejak 2018 lalu. Menurut Ziana, dia sebelum ini pernah membuat pemeriksaan jantung susulan situasi yang berlaku. Lalu, Ziana mengharapkan yang terbaik selepas melakukan pertemuan kali kedua dengan pakar perunding operasi dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher berhubung gastik yang dialami.

“Alhamdulillah dipertemukan dengan @dr.mustafamt. Actually ini kali kedua berjumpa dengan beliau untuk consultation tentang gastrik. Since 2018 dah mula rase ade sesuatu yg tak kena dengan diri ini. Perut cepat rase tak selesa, angin dalam badan yg menyebabkan kesukaran bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan jantung. Semua ini banyak menganggu urusan harian dan kerja. Setelah membuat beberapa pemeriksaan rupanya ada masalah gastrik. Hopefully dengan awatan yang diberikan oleh @dr.mustafamt kesihatan akan kembali normal dan dapat meneruskan kerja tanpa sebarang masalah. InsyaAllah. Doakan moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” tulisnya pada satu hantaran di Instgaram. Pada ruangan komen, para peminat menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi Puncak Kasih ini, semoga terus diberikan kesihatan berpanjangan.

 

Sumber, Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*