Comel Je Gelagat Anak Fizo Omar Teruja Nak Dapat Adik, Tengok Reaksi Maryam Tu Buat Ramai Yang Geram

Pada Februari lalu, pelakon Fizo Omar akhirnya berkongsikan berita gembira mengesahkan isterinya, Fazeera Nazri kini berbadan dua. Baru-baru ini, Fizo ada memuat naik video di Instagram memaparkan momen mesra Fazeera bersama anaknya, Wan Maryam. Menerusi video itu, Maryam dilihat teruja bakal menjadi kakak tidak lama lagi dan mencium perut Fazeera. Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut teruja melihat aksi Maryam serta mendoakan baik-baik buat Fizo sekeluarga. Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

BARU-BARU ini, pelakon Fizo Omar ada berkongsi beberapa keping foto bersama isteri kesayangannya, Fazeera Nazri dalam Instagram. Perkongsian foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian warganet apabila memuji penampilan Fazeera yang tampil berhijab. Difahamkan Fazeera dan Fizo sedang menghadiri sebuah kursus selama empat hari. Dek perkongsian foto tersebut, ruangan komen pantas dibanjiri pujian pengikut Fizo terhadap kecantikan Fazeera. Ramai berharap agar wanita itu kekal menutup aurat dengan sempurna.

Malah, ada juga pengguna Instagram mendoakan Fazeera supaya istiqamah dan menjadi wanita Muslim sejati. “Hanya nak doa semoga isteri abang Fizo terus istiqamah,” kata seorang warganet. “Cantiknya isteri Fizo bertudung,” komen seorang lagi pengguna Instagram. “Alhamdulillah. Sudah bertudung isteri Fizo. Semoga istiqamah ke arah kebaikan,” komen seorang pengguna Instagram. Diva pun mendoakan semoga Fazeera dan Fizo terus kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

 

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*