Dedah Makan Nasi Dengan Penuh Ulat Roti, Sekali Tiz Zaqyah Buat Ramai Terkejut Tengok

Warganet tergamam dan gerun lihat ulat roti dalam makanan pelakon. Satu perkongsian milik pelakon jelita, Tiz Zaqyah mengundang pelbagai reaksi dan respon dari warganet di media sosialnya. Pelakon ini memuatnaik gambar dan video yang memaparkan ulat roti dalam makanan di Instagram nya.

Makan Ulat Roti?

Melihat hantaran Tiz dengan kapsyen ringkas di media sosialnya membuatkan orang ramai tertanya-tanya sama ada aktres tersebut benar-benar memakan ulat tersebut. “Midnight snack (emoji cacing) Bolehkah anda letak beberapa dalam mulut? TIDAK.” tulisnya

 

Rakan Artis Dan Warganet Tergamam

Perkongsian tersebut mencuri perhatian rakan artis dan orang ramai di media sosialnya, ramai yang gerun dan tergamam melihat posting tersebut. “DraQya rasuk kau ke Tiz?” komen Raf Yaakob “Eeeeee kenapa kau makan mereka” soal Tiara Jacquelina “OMG! Terkejut tengok klip video tu.. Tetiba saya terfikir ni antara Fear Factor ke cerita seram? Aiyoo saya nak pegang pun nangis. OMG, betul ke? Tidak… Tidak… Geli buk Tiz” komen mereka.

Lakonan Untuk Telemovie Sakanak

Sebenarnya Tiz tidak makan ulat roti tersebut, sebaliknya gambar dan klip video yang dikongsikan itu adalah sekilas gambaran babak lakonannya untuk telemovie Sakanak yang bakal ditayangkan pada hari raya nanti di TV3. Melihat babak yang dikongsikan buatkan ramai yang teruja nak menonton lakonan Tiz akan datang ini nanti! Sumber, Murai.my

Mencabar! Pertama kali Tiz Zaqyah mandi bunga, puas dapat berlakon babak tak boleh tayang di TV

Mahu mengembangkan lagi karier lakonannya menerusi platform penstriman video, pelakon Tiz Zaqyah mencabar diri menerima tawaran membintangi drama bersiri eksklusif WeTV berjudul Villa Kristal. Kata Tiz, 33, menerusi platform berbayar itu dia dapat melakonkan banyak babak dan aksi yang mungkin tidak boleh dilakukan untuk siaran televisyen.

“Berlakon dalam premium series seperti ini memang berbeza sebab ia bukan untuk tayangan televisyen… antara cabaran dalam drama ini apabila ada babak saya perlu mandi bunga untuk buang suwey (bala) watak Diana yang dilakonkan oleh saya, memang selama ini tak pernah buat babak macam itu. Penggambaran dilakukan pada waktu pagi dalam rumah yang berselerak dengan kamera, bunga dan air. Itu la kali pertama saya buat babak seumpama itu. Ada juga babak-babak lain yang tidak boleh ditayangkan di televisyen ditonjolkan dalam drama ini… sebagai pelakon kalau boleh kita nak buat macam-macam scene tapi sebab stesen televisyen ada tapisannya jadi melalui platform ini memang sesuai,” katanya.

Tiz ditemui semasa pelancaran drama Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain Tiz, drama ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri.

20 hari saya terpaksa berehat sepanjang berlakon dalam drama ini

Bukan sahaja berdepan cabaran untuk menghidupkan watak tersebut, Tiz berkata dia juga diuji dengan jangkitan CvdI9 sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama beberapa hari. “Semasa script reading, saya dijangkiti CvdI9 dan terpaksa berhenti rehat kerana menjalani kuarantin dan selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula diumumkan, terpaksa la berehat lama sebelum masuk ke set penggambaran semula. Kemudian dah sambung penggambaran, tiba-tiba saya jadi kontak rapat kepada seorang kawan dan kena berhenti untuk kuarantin kendiri selama 10 hari lagi. Jadi 20 hari saya terpaksa berehat sepanjang berlakon dalam drama ini… saya rasa ini antara cabaran yang saya lalui sepanjang menjalani penggambaran dalam norma baharu ini,” ujarnya. Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong ini boleh ditonton menerusi aplikasi WeTV tidak lama lagi.

 

sumber: era

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*